Ketika ulat buku menyerang PWTC...

"BERITA TERGEMPAR! PWTC diserang ulat buku dari 19 hingga 28 Mac 2010 yang lepas! Ulat-ulat buku tersebut menyerang semua booth yang ada, lebih-lebih lagi booth PTS, hehe!"

Apa punya berita daa...Hehehe! Mukadimah kali ini saya letakkan berita tidak rasmi yang dibawakan khas oleh *Awang Channel...muahahaha! Okay, berhenti daripada melalut yang bukan-bukan.

*Nota jari: Kalian tentu tertanya-tanya siapakah gerangan Encik Awang itu? Baiklah, saya akan beritahu di sini. Jawapannya....BIARLAH RAHSIA! =P


Ulat buku tersebut, termasuklah saya yang merupakan ulat gebu =P telah berkampung di booth PTS selama lima hari (asalnya cuma tiga hari, tetapi atas persetujuan dengan ketua petugas booth, akhirnya saya diterima untuk menggantikan tempat dua orang petugas yang telah menarik diri yang mana mereka sepatutnya bertugas pada hari Sabtu dan Ahad.

Nota Lengan: *Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ulat buku menjadi semakin agresif lagi aktif menyerang bangunan PWTC!


Pengalaman? Ya, mestilah ada! Maklum, buat pertama kalinya menjadi petugas booth (itu pun hendak dibanggakankah?). Tapi malaslah nak taip berjela-jela, jadi saya ringkaskan dengan gaya nota ringkas Sejarah Dunia SPM:
  • Berhadapan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah. Yang baik-baik saja, yang malu-malu meow, yang berlagak macam mak datin ;)...tapi kebanyakannya baik-baik saja. Alhamdulillah!
  • Belajar untuk berkomunikasi dan senyum...uhhh....tapi masih ramai petugas yang nampak muka saya mencuka sepanjang masa. Aduhai, tak tahu mengapa. Sukar sekali untuk menjelaskan sebab saya begitu, padahal mood saya memang baik-baik saja waktu itu. Hu3!
  • Dapat mengenal pasti citarasa pembaca pelbagai lapisan umur, jantina dan latar pendidikan secara tidak langsung. Bagus untuk membuat pemerhatian mengenai kajian pasaran buku...
  • Berjaya menahan diri yang menghidap klaustrofobia daripada pengsan di booth kerana berhadapan dengan ulat buku yang begitu ramai pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad! Syabas, Zaini!
  • Terjumpa dengan Encik Pijoul pada hari Jumaat lepas, aiyakk!! Kantoi! >_<;
  • Berpeluang berjumpa dengan penulis novel kegemaran di hadapan mata sendiri. Bertuahnya saya!!! ^_______^ Oh ya, saya juga ada terjumpa dengan beberapa orang terkenal di sekitar PWTC sewaktu bertugas memberi kupon diskaun di ruang escalator. Syabas sekali lagi, Zaini!
  • Mengenali para petugas booth PTS (part timerz dan full timerz) yang mesra belaka. Paling dikenali tentulah Tuan Bahruddin Bekri (editor a.k.a novelis) kerana suka menyapa saya setiap pagi! ^^ Cik Ain (PTS Fortuna) merupakan orang pertama yang saya rapat, siap belanja minum lagi pada hari pertama saya bertugas. ^^ Adik2 part timerz, Fatin dan lain-lain yang tak diketahui namanya, seronok betul bertemu dengan kalian!
  • Paling seronok; memborong buku yang paling banyak kerana mendapat diskaun yang melampau hebatnya! Sambil menyelam minum air, sambil bertugas memborong buku banyak2! Hahaha, apa boleh buat...kalau tidak memborong buku, bukan ulat buku namanya...=P
  • Pertama kali makan roti canai di Restoran Riverside, PWTC yang berharga RM4! *terkejut gorila* Sedangkan roti canai di kedai mamak di depan rumah cuma 90 sen....
  • Dapat makan free yang sedap2 (eh, itu pun hendak diberitahukah?)! Ruginya sewaktu saya tidak bertugas pada hari Khamis, Fatin beritahu hidangan makan tengah hari ialah spagghetti bolognese! Aaargghhh! T_T
  • Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang manis dan pahit dapat diperolehi tetapi tidak perlu ditaip di sini. Biarlah ia kekal disimpan di dalam diari hati...ceeewahhh! =P
Apa pun, jutaan terima kasih buat team PTS yang sudi memberi tunjuk ajar sepanjang saya bertugas di situ selama lima hari. Malah kerjasama yang diberikan benar-benar membuatkan saya terharu *ambil tisu lalu mengelap hingus yang meleleh* EH, sampai sekarang terngiang-ngiang di telinga, cheers PTS setiap kali booth ditutup; SIAPA COOL??? PTS!!!!! p/s: Gambar kredit daripada profile Facebook editor PTS One, Cik Husna Adnan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya