Kabare aku...14 Ramadan 1431

Huhu, sejak akhir-akhir ni, aku lebih suka memerapkan diri di rumah. Selalunya masa ini aku pasti akan berada di Main Lib UM untuk mencari bahan research proposal yang seringkali ditanya lecturer saban minggu tu (wahh, ayat...tak tahan!). Tapi disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik kerana diserang virus trojan...ehh...bukan, virus selesema, jadi aku mengambil keputusan untuk berehat di rumah saja (aku tak rela sakitku bertambah teruk dek penangan air-cond library yang terlalu sejuk membeku macam di Antartika!).

Lagi tak seronoknya, sudahlah diserang selesema, otak pun jadi 'beku' memikirkan tajuk proposal untuk subjek Kualitatif. Sudahlah perlu dibentangkan dalam seminar lepas Raya nanti. Minta-minta sempatlah siap nanti, huk3! (Nasib kau la jadi student Master, jangan nak membebel macam-macam pula!) Ok, tajuk sebenarnya sudah ada, tapi masih memerlukan sedikit pencerahan. Sekurang-kurangnya ada 2 jurnal. Masalahnya, tajuk aku yang berkaitan dengan komik ni, ada ke jurnalnya??? 0_O;;;

Baru-baru ini ada permintaan daripada rakan karib yang merupakan rakan sekuliah waktu degree dahulu untuk melukis logo syarikatnya. Dengar khabar dia teringin hendak membuka syarikat pakaian untuk lelaki Melayu. Wah, syabas! Tak lama lagi rakan aku yang seorang ini bakal jadi usahawan muda...^^ Tapi, buat masa ini aku masih lagi melakar rekaan logonya sebab dia mahu lebih kurang 2-3 design logo untuk dinilai mana yang terbaik. Huhu, serius, sebenarnya walaupun aku minat dan boleh melukis, tapi bab logo ni....aku lemah sikit. Logo tak sama dengan ilustrasi manga kerana logo tak perlu terlalu detail. Lebih ringkas, lebih baik dan perlu unik sifatnya. Walaupun konsepnya comel dan 'funky' tapi mesti unik dan melambangkan apa yang ingin diusahakan oleh kawan aku tu. Ermm...agak2 bilalah aku boleh finalize design tu ye? Setakat ni, sudah 'sketch' 4 design...tapi tak mengapalah, demi sahabat, aku akan usahakan design logo dalam minggu ni, Insya Allah.

Soal hati...ahaks! Ya, aku akui, buat masa ini hati aku agak 'terusik' setelah kembali bertemu dengannya walaupun di alam 'mayapadah' (errk? istilah apa tu? tolong jangan merepek pada petang puasa begini)...hehehe...apa lagi, alam FBlah. Setelah setahun menyepi tanpa khabar, akhirnya dapat bersua kembali. Walau apapun, kisahku kali ini sangat 'complicated'...sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata (eewah2). Biasalah, perempuan Melayu tentulah lebih gemar menyimpan perasaan sendiri daripada meluahkannya di hadapan orang yang diminatinya, bersesuaian dengan sifat pemalu macam pokok semalu tu. Rasanya diriku dan dirinya terlalu banyak perbezaan daripada persamaan (memanglah, dia lelaki tentulah berbeza!). Lagi satu, kemungkinan aku hanya 'SS' (syok sendiri). Huhu... sedihnya. =P Yalah, siapalah aku....

p/s: Sejak akhir-akhir ni, aku mula rasa lain macam kalau dia tak online. Kalau dia online dalam FB, entah mengapa diri rasa bersemangat dan terus segar bugar seperti baru lepas minum segelen air sejuk berais. Agaknya inikah petanda orang jatuh cinta...? Wakakaka!

Haha, tiba-tiba emo pula di sini. Boleh pula petang puasa begini terkenangkan soal hati. Uhh...kalau terkenangkan kelazatan roti jala cecah kari ayam bolehlah juga. Maklum waktu berbuka tinggal 4-5 jam lagi.

Dalam FB, aku sudah ada ramai kenalan dari negara jiran, Thailand, termasuklah kenalan dari Nakhon dan kampus Walailak. Cuma sekarang ini ada seorang kenalan FB dari Yala (sebut jala) yang rajin benar nak chat dan hantar komen dalam profile aku. Hahaha, jangan nak buat apa-apa spekulasi ya. Buat masa ini aku cuma nak berkawan dengan sesiapa sahaja. Tambahan lagi, kenalan aku tu boleh berbahasa Melayu dengan baik (dia Melayu-Islam), jadi amatlah mudah untuk saling berkomunikasi.

Baiklah, rasa hendak berhenti menaip di sini. Aku mahu meneruskan kerja-kerjaku yang tergendala tu. Oh ya, sebelum terlupa, aku mahu membuat pengumuman (promosi sekejap)...sesiapa yang berminat hendak menceburi bidang penulisan kreatif, dan berkarya dengan penerbit PTS, pendaftaran untuk pelbagai bengkel penulisan telahpun bermula. Antara bengkel-bengkel yang boleh disertai (termasuk bengkel2 baru):

  • Bengkel Teknik Penulisan Kreatif Teori Surah Yusuf*
  • Bengkel K.J Method *
  • Bengkel Bahasa Melayu Tinggi *
  • Kursus Menulis Buku Cerita Kanak-kanak
  • Kursus Bagaimana Merancang Kejayaan Karya dalam Pasaran (aku mahu pergi!) ^^
  • Kursus Bahasa Persuasif (untuk non-fiksyen)
  • Kursus Teori Sastera : Aplikasi Teori Interteks
  • Kursus Menulis Buku Bukan Fiksyen Menggunakan Teknik Adaptasi
* kursus yang wajib pergi bagi yang baru saja berjinak2 dengan dunia penulisan kreatif. Penulis lama dan pro pun perlu pergi bagi memantapkan gaya penulisan.

Tarikh akan diberitahu kelak, namun sudah boleh mula mendaftar sekarang. Maklumat lanjut, layari http://universitipts.com/

Jumpa lagi dalam post akan datang. Choe kan mai!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya