Perancangan 2011

Hari ini, rakyat Malaysia sedang sibuk membincangkan Bajet (Belanjawan) 2011 yang baru sahaja dibentangkan. Seperti biasa, aku sering tidak mempedulikan semua ini sebab biar segah mana pun perancangan orang atasan, bagi aku yang merupakan rakyat marhen (sudahlah menganggur, hendak sambung belajar pun atas inisiatif sendiri; ihsan daripada keluarga sahaja) tidak berasa apa-apa yang istimewa melainkan hanya tumpang mendengar sahaja. Sedangkan bajet tahun lepas entah sudah dilaksanakan ataupun tidak...

Kalau mereka sibuk dengan bajet negara pada tahun hadapan, aku pula perlu fokus untuk perancangan hidupku pada tahun 2011 (kalau panjang umurlah). Tahun 2011 nanti, aku ingin...

* Menyelesaikan pengajianku yang dijangka berakhir pada akhir tahun 2011 (Insya Allah). Moga-moga aku dapat bergraduasi pada tahun berikutnya (2012). Insya Allah.

* Menulis dua atau tiga buah novel. Insya Allah, akhir tahun ini aku cuba untuk menyiapkan novel kedua pula.

* Ingin melihat novel pertamaku diletakkan di rak kedai buku. Moga-moga ia menjadi kenyataan. Doakan ya!

* Membayar segala hutang piutang termasuk hutang PTPTN. Maklum, baru tadi aku sudah menerima tawaran bayaran secara 'ujrah' (kira bayar ikut yuran pengajian selama 3 tahun dulu tanpa "bunga-bunga cinta").

* Kahwin? Haha, belum lagi. Tak termasuk dalam perancangan tahun hadapan! =P

Harapanku, semoga tahun yang mendatang memberikan sinar yang gemilang buatku. Amin...=)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya