Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Diriku bukan insan sempurna, maaf untuk segalanya =(

"Nobody is perfect." Ya. Akulah manusia itu. Hanya insan biasa. Punya sempurna sifat, tapi masih ada cacat celanya. Masih ada sisi hitam yang sukar untuk dikikis. Aku juga seorang yang tidak pandai menyembunyikan perasaan. Sukar menjadi seorang yang 'plastik'. Apabila aku tidak berpuas hati akan sesuatu, wajahku akan menggambarkannya. Apabila aku marah dan kecewa, aku tidak berupaya menguntum senyum lagi. Aku tidak mampu untuk ketawa tatkala hati bergelodak marah. Aku cuba juga untuk mengatasi perasaan kurang senang itu, namun gagal. Ternyata ia sangat sukar bagiku. Payah. Suatu petang itu, pada waktu itu, aku seolah-olah memprotes semua orang. Namun, lama-kelamaan aku merasakan ia suatu tindakan yang bodoh. Tidak matang. Aku sendiri berasa tidak matang walau umur mencecah 24 tahun pada Disember kelak. Sebab itulah aku katakan, aku adalah manusia yang tidak sempurna. Aku tidak berupaya memenangi hati semua pihak. Malah, aku berasa malu kerana berti

Perutusan Idul Fitri 1431 H

Imej
Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Segala puji hanya untuk Allah S.W.T. "Taqabbalallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima amalan dan ibadat kita semua di bulan Ramadan). Ramadan berlalu pergi, dan pemergiannya tetap dirindui. Semoga dengan keizinanNya, aku akan bertemu lagi dengan Ramadan kerana aku berasa tidak puas berdampingan dengannya. Syawal dirai dengan penuh kesyukuran. p/s: Tapi mengapa program raya di TV kali ini banyak sangat disiarkan filem hantu seram angker? Meluat pula rasanya. Ingat Raya ni perayaan Halloween ke??? Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri 1431H kepada semua pembaca blog ini serta semua yang mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf andai ada sebarang tulisan yang menyakitkan hati kalian selama ini. Kepada sahabat-sahabat saya yang berada di perantauan pada hari raya kali ini, harap jangan bersedih. Tabahkan hati kalian kerana saya percaya kalian antara insan terhebat yang tetap merayakan Idul Fitri tanpa keluarga te