Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Luahan hati

Hari Raya bersama yang tiada...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau sudah memasuki 3 Syawal, namun harapnya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog yang tidak seberapa ini. Pada kesempatan ini, aku memohon sejuta kemaafan kalau sebarang tulisan di blog ini dan notes di Facebook ada yang mengguris hati kalian. Aku akui, aku adalah manusia biasa yang serba lemah dan tak pernah terlepas daripada berbuat kesilapan... "Taqabbalallahu minna wa minkum" - Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga Ramadan yang lalu telah menjadikan diri kita semua lebih bertakwa dan terus sentiasa mengingatiNya tidak kira sama ada senang atau susah. Insya Allah. Hari Raya kali ini bagiku ternyata sangat berbeza. Tidak lagi seperti sebelumnya. 1 Syawal 1432H...hari raya pertama. Kami berhari raya di dua tempat yang sangat signifikan...di Taman Baiduri, PJ dan Seksyen 9 Kota Damansara. 2 Syawal 1432H...hari raya kedua, kami ke Klang......

Kuntum Cinta Yang Hilang

Hilangnya insan yang kucintai Setelah menerima jemputan dari Ilahi  Perginya takkan kembali Perpisahan ini pastinya abadi Hilangnya insan yang kucintai Setelah hilangnya rasa percaya dalam hatinya Atas kesilapan dan kealpaanku sebagai insan biasa Rasa cinta yang terbina kian pudar dan suram warnanya Hilangnya insan yang kucintai  Setelah lenyapnya cinta dalam hatinya Kerna diriku tidak punya apa-apa  Apabila harta, kedudukan, pencapaian, paras rupa dan keturunan menjadi ukuran Berbanding budi pekerti  Aku sentiasa mengharap  agar kuntum cinta yang berkembang mekar ini akan terus mengharumkan taman hatimu Walau kupupuk dan kujaga sepenuh hatiku, Namun apakan daya, Suatu masa, kuntum cinta ini kan layu jua. Kini, barulah ku mengerti Cinta manusia takkan kekal abadi Rasa cinta yang tumbuh pasti akan hilang suatu masa nanti Tuhanku, Kau hadiahkanlah kuntuman cintaMu yang kekal abadi ini buatku Sebagai pengganti kuntuman cinta insan yang sentiasa pergi Dari hidu...

Warkah Buat Nenek

Awal pagi ini, aku terkenangkan dia. Nenek. Sewaktu aku masih di bangku sekolah, masih ku ingat betapa dia begitu arif dengan selera makanku. Dia tahu benar aku seorang yang cerewet makan. Mak sendiri tak tahan dengan seleraku yang macam-macam itu. Aku masih ingat, bila aku datang bertandang ke rumah nenek, dia pasti akan hidangkan masakan kegemaranku, kari ayam dan kuah sardin. Seronok dia tengok cucunya itu makan nasi berpinggan-pinggan. Apabila tibanya Hari Raya, nenek hidangkan nasi himpit, rendang dan kuah kacang yang paling kugemari. Kelazatan masakan nenek setanding dengan masakan mak. Aku masih ingat semua itu. Sewaktu aku sakit demam, nenek akan mengubatiku dengan cara tradisional, menggunakan kunyit. Dalam kelesuan dan lemah kerana dilanda demam, rasa lucu juga melihat muka dan seluruh badan serba kuning, ditandai kesan kunyit. Malah, waktu aku mengalami sakit kepala yang teruk, dia pernah melumurkan kepalaku dengan perahan air asam jawa. Tanda kasih tak terhingga kepada...

Tanpa Tajuk

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Beberapa hari yang lepas (akhir bulan Mac yang lalu), saya dapat tahu melalui status dan gambar yang di'upload' dalam profail ayah angkat dan Aajaan Abd Razak Panaemalae (pensyarah di Universiti Walailak) di Facebook, bahawa  banjir besar berlaku di Nakhon Si Thammarat, Thailand. Pada waktu diberitahu, hujan turun tidak henti dan angin kencang. Sebenarnya ini bukan pertama kali berlaku kerana pada akhir tahun lepas, kejadian banjir juga pernah berlaku di tempat yang sama, namun banjir kali ini agak kritikal kerana menurut Aajaan Razak, terdapat beberapa kampung yang terputus hubungan akibat bencana tersebut. Malah, kakak saya memberitahu (dia ada menonton Buletin Utama di TV3 - malang bagi saya, sebab TV di rumah saya rosak pula, jadi tidak dapat mengikuti berita di sana >_<), ada beberapa orang penduduk di sana yang terkorban, namun tidak pasti berapa ramai mangsa yang terlibat. Apabila saya melihat gambar-g...

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

Imej
Prolog "Kamu belajar dalam bidang apa di UM?" "Pengajian Melayu." "Pengajian Melayu? Kamu kerja apa nanti kalau ambil bidang ini? " Satu soalan wajib yang kuterima sejak berada di peringkat ijazah pertama ( Bachelor degree ) lagi.  Oh, paling tidak pun akan ada yang tanya begini; "Nanti kamu akan menjadi gurukah apabila tamat pengajian nanti?" Sekiranya hakikatnya benar, seronok juga. Namun apakan daya, cita-cita yang  kuimpikan semenjak kecil itu tidak tercapai buat masa ini. Belum ada rezeki, barangkali. Mungkin juga aku tidak ada bakat hendak mengajar di depan kelas. Menyeksakan jiwa raga pelajar sahaja sekiranya mendapat guru sepertiku ini. Hahaha! Mungkin suatu ketika dahulu, apabila menyebut bidang Pengajian Melayu, tentu ramai yang kagum dan bangga. Yalah, setelah menamatkan pengajian, peluang pekerjaan terbuka luas. Tidak sempat hendak berehat lama-lama di rumah, sudah mendapat tawaran pekerjaan. Bagi yang menyambung pengajian ke ...

Gerimis di langit, gerimis di hati...dan tsunami...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah sekian lama menghilangkan diri... Sudah sekian lama menyepi... Sudah sekian lama jari tidak menari-nari di atas papan kekunci... Namun, Hilang tidak bermakna terus hanyut... Menyepi tidak bererti terus membisu... Dalam hati, sudah penuh dengan segala isi yang ingin dicurah~! Hari ini (11 Mac 2011), di akademi, suasana begitu 'panas' walaupun gerimis membasahi bumi sepanjang hari ini. Semuanya berpunca daripada isu persepsi terhadap bahasa. Ada yang menganggap menguasai bahasa ibunda semata-mata tidak mampu membawa kita ke mana-mana. Ada juga yang menganggap bahasa Inggeris  seolah-olah menjadi 'pintu rezeki' - sekiranya kita dapat menguasai bahasa Inggeris, maka peluang untuk mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian adalah sangat cerah. Aku sendiri sebenarnya agak terusik juga dengan kenyataan ini. Yalah, aku sendiri pun antara yang tergolong dalam golongan yang tidak mendapat pekerjaan ...

Definisi SAHABAT

Apa erti sahabat??? Definisi SAHABAT (pada akhir zaman ini): A. Sahabat yang hadir pada waktu senang, gembira dan saling gelak ketawa...HAHAHA!!! B. Sahabat yang melarikan diri, menghilangkan diri tatkala diri dilanda kesusahan dan kesempitan hidup. C. Sahabat yang muncul tiba-tiba setelah lama menghilangkan diri, tetapi disertakan dengan niat dan tujuan tertentu. (contoh: mahu pinjam duit dll.) D. Sahabat dunia akhirat. Tidak kira waktu senang atau susah, dia sentiasa ada di sisi. Tumpang gembira apabila diri mendapat kejayaan, dan turut mengalirkan air mata apabila diri menerima musibah. (Sahabat jenis ini hanya satu dalam sejuta dalam dunia yang serba mencabar ini.) Anda tergolong dalam kategori yang mana?

~R-I-P~

Imej
Allah sangat sayangkan kamu. Jadi... Rest in peace. Semoga kamu tenang di sana...T_T 2008 - 2011 2009-2010

Meniti usia, Melangkah ke tahun baharu dengan azam baharu

Sekarang sudah melangkah ke 11 Muharram. Sudah 11 hari meraikan tahun baharu Hijrah. 10 Disember juga sudah berlalu. Dengan rasminya umurku mencecah 24. 24??? Sementara kawan-kawanku yang lain (selain bulan Disember) akan melangkah ke 25 lebih awal. Kira aku muda lagilah kan? Hehehe... Kepada rakan-rakan FB yang menghadiahkan ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiranku, jutaan terima kasih kuucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas baik budi kalian. Aku turut mendoakan agar kalian juga diberkati Tuhan, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, serta bagi yang masih belum berpunya cepat2 bertukar status. Hahaha...=P Selepas Isyak tadi, mak ada tunjukkan satu artikel (majalah Anis) yang benar-benar memberiku semangat. Artikel itu menceritakan seorang penulis novel Islami di negara ini (bapanya seorang penulis dan penerbit rancangan dokumentari & drama TV Islami terkenal) yang akhirnya bertemu jodoh tepat pada masa yang telah beliau tetapkan setelah bersungguh-sungguh berdo...

"Cinta tak semestinya memiliki"

Imej
Wah wah wah...apakah ini? Sejak bila Rini Safiyyah berbicara mengenai soal cinta ye?? =P Okay, entri kali ni bukan nak membuka pekung di dada ya. Ini bukan berkenaan kisah cinta saya sebab saya akui buat masa ini saya masih belum berpengalaman merasai itu semua. Abaikan status "It's Complicated" dalam FB kerana ia langsung tidak ada kena mengena dengan entri kali ni. Sebenarnya...selepas makan malam, macam biasa saya menolong mak mengemas dapur (ceewah...).Selalunya sambil menyiapkan kerja, kami akan berbual-bual mengenai pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini. Seringkali perihal agama, berkongsi-kongsi ilmu yang mak peroleh melalui pembacaan dan mendengar radio IKIM, sementara saya pula melalui internet. Namun, pada malam tadi, mak terbuka cerita berkenaan kisah pahit yang dialami oleh salah seorang sahabat akrab mak saya. Jadi, kisah pahit itulah yang saya mahu 'share' di sini, namun tak bermakna nak mengaibkan nama baiknya, sebab saya takkan letak nama p...

Diriku bukan insan sempurna, maaf untuk segalanya =(

"Nobody is perfect." Ya. Akulah manusia itu. Hanya insan biasa. Punya sempurna sifat, tapi masih ada cacat celanya. Masih ada sisi hitam yang sukar untuk dikikis. Aku juga seorang yang tidak pandai menyembunyikan perasaan. Sukar menjadi seorang yang 'plastik'. Apabila aku tidak berpuas hati akan sesuatu, wajahku akan menggambarkannya. Apabila aku marah dan kecewa, aku tidak berupaya menguntum senyum lagi. Aku tidak mampu untuk ketawa tatkala hati bergelodak marah. Aku cuba juga untuk mengatasi perasaan kurang senang itu, namun gagal. Ternyata ia sangat sukar bagiku. Payah. Suatu petang itu, pada waktu itu, aku seolah-olah memprotes semua orang. Namun, lama-kelamaan aku merasakan ia suatu tindakan yang bodoh. Tidak matang. Aku sendiri berasa tidak matang walau umur mencecah 24 tahun pada Disember kelak. Sebab itulah aku katakan, aku adalah manusia yang tidak sempurna. Aku tidak berupaya memenangi hati semua pihak. Malah, aku berasa malu kerana berti...

Kembali...

Imej
Alhamdulillah...akhirnya aku dapat kembali menari-narikan jari di sini setelah sebulan 'merehatkan' blog ini bagi menyelesaikan projek sulungku. Rindu pula nak berceloteh sendirian di sini. Dengan keizinanNya akhirnya projek tersebut telah siap sepenuhnya. Sekarang hanya menunggu proses seterusnya daripada pihak editorial, dan dijangkakan ia akan diterbitkan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Semoga segalanya berjalan lancar, Insya Allah. Projek seterusnya? Sekarang aku sedang merancang untuk menghasilkan karya kedua, tetapi tidak ada kena mengena dengan karya pertama yang baharu sahaja dihantar kepada editor baru-baru ini. Rancanganku adalah untuk menghasilkan novel kerjaya yang berkaitan dengan dunia masakan. Namun ia masih berada dalam proses perancangan dan sedang mengumpulkan maklumat dan bahan. Selain itu, aku juga sedang terfikirkan idea untuk menghasilkan karya ketiga yang berkaitan dengan dunia pra-U; persahabatan dan cita-cita. Karya ketiga ini akan di...