Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Segala puji hanya untuk Allah S.W.T. "Taqabbalallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima amalan dan ibadat kita semua di bulan Ramadan). Ramadan berlalu pergi, dan pemergiannya tetap dirindui. Semoga dengan keizinanNya, aku akan bertemu lagi dengan Ramadan kerana aku berasa tidak puas berdampingan dengannya. Syawal dirai dengan penuh kesyukuran. p/s: Tapi mengapa program raya di TV kali ini banyak sangat disiarkan filem hantu seram angker? Meluat pula rasanya. Ingat Raya ni perayaan Halloween ke??? Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri 1431H kepada semua pembaca blog ini serta semua yang mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf andai ada sebarang tulisan yang menyakitkan hati kalian selama ini. Kepada sahabat-sahabat saya yang berada di perantauan pada hari raya kali ini, harap jangan bersedih. Tabahkan hati kalian kerana saya percaya kalian antara insan terhebat yang tetap merayakan Idul Fitri tanpa keluarga te...