Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kisah klasik

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya

Imej
Saya masih terkenang sewaktu saya di bangku sekolah...apabila menjelang Syawal, perkara yang paling saya nantikan ialah...kiriman kad ucapan Hari Raya! Paling mesra disebut sebagai ‘kad raya’. Kad raya lazimnya dihantar oleh seseorang yang menetap jauh di perantauan kepada insan-insan yang disayanginya di kampung halaman – misalnya ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan tidak lupa...isteri / suami atau kekasih hati. Dapatlah dikatakan kad raya dijadikan sebagai pengganti diri kepada penerima, lebih-lebih lagi sang penghantar itu tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi meraikan lebaran. Namun, kad raya ini juga diperluaskan fungsinya dengan tidak sahaja dihantar kepada insan yang jauh di mata, tetapi juga yang seringkali kita jumpa, seperti rakan sekelas, sekuliah dan rakan pejabat, sebagai tanda penghargaan dan ingatan kita kerana mengenali dan menerima mereka sebagai sahabat yang mewarnai hidup kita.  Apabila saya ke sekolah, betapa gembiranya hati in...

Kisah Klasik untuk Masa Depan #2: Aku dan Pantai

Imej
Running around the sandy beach barefooted So happy, so enjoyable Humming along a song (YUI - "Sea") Suatu masa dahulu, aku pernah 'tercampak' ke pulau ini. Sejak aku di bangku sekolah lagi, iait u sewaktu aku dan k eluarga menetap di Labuan, Malaysia Timur pada tahun 2001, pantai seolah-olah tempat 're treat' untuk aku melepaskan lelah, penat dan tekanan perasaan kerana be lajar d an masa lah lain... Apabila mata menatap pemandangan di tepi pantai... Subhanallah...indah! Apabila pipi ditampar manja dek angin laut... Apabila kaki memijak pasir pantai dan gigi ai r... Terasa hilang seketika perasaan gundah yang melanda hati p ada waktu itu. Sejak itu, aku terus jatuh cinta dengan keindahan pantai... Maklum, selama ini, sejak aku kecil, jarang sungguh aku bertemu dengan pantai. Yalah, di Petaling Jay a, di tengah bandar yang penuh kesesakan dan kesibukan, mana ada pantai yang boleh kulawati apabila hati berasa gundah? Di Kuala Lumpur, ada suatu ...

Kisah Klasik untuk Masa Depan #1: Surat Pena

Imej
Post kali ini aku cuba untuk mengajak para pembaca sekalian untuk melupakan sejenak Facebook, Twitter, Wikileaks (sungguh kontroversi ini website), Iphone dan macam-macam lagi yang menduduki carta popular di enjin carian Google. Sila lupakan mereka semua di atas buat sementara waktu! =P Aku ingin membawa anda ke masa silam, yang mana anda mungkin pernah alaminya suatu masa dahulu. Oh ya, awal-awal aku ingatkan kepada sesiapa yang tidak berminat untuk membaca kisah berkenaan kisah lampau (maklum la, berbaur sejarah...tentu mengantuk!), dipersilakan untuk mengundurkan diri daripada terus membaca post kali ini. Terima kasih! Kepada yang tetap setia untuk membaca post ini, sila pasangkan mata dan hati. Haha, ini bukan post yang serius dan berat untuk difikirkan seperti seputar dunia politik dan gejala sosial yang mengecamukkan kepala otak, tetapi hanya sekadar untuk mengimbau kenangan lampau yang mungkin pernah mewarnai hari muda anda suatu ketika dahulu... Kali ini aku ingin bercerit...