Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tentang Rini

10 perkara tentang RINI SAFIYYAH

Seorang yang sangat mudah berubah 'mood'nya. Boleh jadi dalam satu hari itu, pagi moodnya OK, tetapi pada sebelah petang tiba-tiba jadi 'bad mood'. Pendiam dan pemalu. Tetapi apabila bersama kawan rapat dan keluarga, tiba-tiba mulutnya jadi becok mengalahkan Minah Kepoh. Apabila meminati seseorang, dia hanya akan membuat wajah selamba dan berpura-pura tidak tahu apabila berhadapan dengan jejaka tersebut, tetapi dalam masa yang sama jantungnya berdegup kencang sampai nyaris tertanggal lalu terjatuh ke tanah. Satu lagi, dia juga jarang bertegur sapa dengan orang yang diminatinya. Malu... Tidak suka makan sayur yang bermula dengan huruf 'T' - timun, tomato, terung dan paling penting, taugeh. Paling benci akan bunyi mercun. Serangga paling ditakuti : LIPAS. Sanggup melepak di dalam kedai buku berjam-jam lamanya. =P Sangat sayangkan kucing ^_^ Agak kelelakian sewaktu kanak-kanak: bola sepak, figura Ultraman termasuk dalam senarai permainan kegemaran =...

Siapakah gerangan Rini Safiyyah?

RINI SAFIYYAH. Siapa dia? Haha, tak payah nak berteka teki lagilah. Sebenarnya RINI SAFIYYAH tu nama samaran saya sahaja. Mengapa? Hendak tahu jugakah? Errmm...tak mengapalah, suatu masa nanti kalian akan tahu juga. =P RINI tu adalah nama singkatan saya = Ruzaini. Memandangkan ramai yang kata nama saya macam nama lelaki (terutamanya cikgu @ pensyarah yang selalu berkata demikian!), jadi saya singkatkan kepada RINI. Hmm, hampir sama dengan nama panggilan saya di rumah **** (hanya diketahui oleh keluarga dan kenalan paling rapat sahaja, dan bakal suami akan datang =P). SAFIYYAH...haha, memang itu bukan nama saya. Cuma letak sahaja sebagai sesedap sebutan. Sebenarnya itu cadangan saya dan rakan saya merangkap classmate yang gila2 bahasa, EyMAH sewaktu sibuk mencari nama samaran saya dahulu. Oh ya, dia sendiri pun ada nama penanya, Mia Kireina. Apa maksudnya? Tanya dia sendiri. =P Sejak letak nama samaran di profile FB, nampaknya ramai yang gemar panggil saya Rini termasuk ayah a...