Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bingkisan rindu

Hari Raya bersama yang tiada...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau sudah memasuki 3 Syawal, namun harapnya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog yang tidak seberapa ini. Pada kesempatan ini, aku memohon sejuta kemaafan kalau sebarang tulisan di blog ini dan notes di Facebook ada yang mengguris hati kalian. Aku akui, aku adalah manusia biasa yang serba lemah dan tak pernah terlepas daripada berbuat kesilapan... "Taqabbalallahu minna wa minkum" - Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga Ramadan yang lalu telah menjadikan diri kita semua lebih bertakwa dan terus sentiasa mengingatiNya tidak kira sama ada senang atau susah. Insya Allah. Hari Raya kali ini bagiku ternyata sangat berbeza. Tidak lagi seperti sebelumnya. 1 Syawal 1432H...hari raya pertama. Kami berhari raya di dua tempat yang sangat signifikan...di Taman Baiduri, PJ dan Seksyen 9 Kota Damansara. 2 Syawal 1432H...hari raya kedua, kami ke Klang......

Ceritera Makassar

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Phew!!! Sepeninggalanku ke bumi Sulawesi, tanah tumpahnya darah nenek moyangku (kerna diriku berasal dari keturunan Bugis), ternyata blog ini dibiarkan habuk 2 inci! Oh, sebelum itu, Aga Kareba? Hehehe... Cakap Bahasa Bugis pula di sini ;P Maaf, sebulan lebih tiada sebarang perkembangan...atas sebab pelbagai masalah teknikal...dan oh ya, jadual kegiatanku di Makassar, Indonesia yang sungguh padat tidak memungkinkanku untuk mencoret kata-kata di sini. Tetapi tidak mengapa, kini aku sudah kembali! \^0^/ ...walaupun proposal penyelidikanku masih belum diselesaikan buat masa ini...~_~;;; Namun, buat masa ini aku tidak punya masa untuk bercerita panjang mengenai segala aktiviti, pengalaman dan kisah suka duka yang telah kualami sepanjang 28 hari di Makassar...berikut merupakan diari ringkas sepanjang kegiatanku di sana: 6 - 9 Jun 2011 : Berkampung di Kolej Kediaman Kinabalu (8th RC), UM.- Menyiapkan makalah, kerja2 ...

Nota R.I.N.D.U

Imej
Setahun telah berlalu. Tiada apa yang dapat diungkap dengan kata-kata buat ketika ini, kecuali hanya perkataan... R.I.N.D.U Rindu pada kenangan lalu, Rindu pada kisah manis dan pahit yang pernah dialami suatu ketika dahulu, Rindu pada insan yang pernah hadir dalam hidup ini dan kini tiada lagi di sisi, Rindu untuk kembali menjejakkan kaki ke tempat yang mengajarku erti kehidupan di dunia luar. Ya, di luar tanah airku. Namun, yang tinggal hanyalah rasa rindu di hati... Kenangan selama 27 hari di N.S.T tetap terpahat di ingatanku! p/s: Moga2 suatu masa nanti aku akan kembali ke sana lagi...

Ketika ulat buku menyerang PWTC...

Imej
"BERITA TERGEMPAR! PWTC diserang ulat buku dari 19 hingga 28 Mac 2010 yang lepas! Ulat-ulat buku tersebut menyerang semua booth yang ada, lebih-lebih lagi booth PTS, hehe!" Apa punya berita daa...Hehehe! Mukadimah kali ini saya letakkan berita tidak rasmi yang dibawakan khas oleh *Awang Channel...muahahaha! Okay, berhenti daripada melalut yang bukan-bukan. *Nota jari: Kalian tentu tertanya-tanya siapakah gerangan Encik Awang itu? Baiklah, saya akan beritahu di sini. Jawapannya....BIARLAH RAHSIA! =P Ulat buku tersebut, termasuklah saya yang merupakan ulat gebu =P telah berkampung di booth PTS selama lima hari (asalnya cuma tiga hari, tetapi atas persetujuan dengan ketua petugas booth, akhirnya saya diterima untuk menggantikan tempat dua orang petugas yang telah menarik diri yang mana mereka sepatutnya bertugas pada hari Sabtu dan Ahad. Nota Lengan: *Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ulat buku menjadi semakin agresif lagi aktif menyerang bangunan PWTC! Pengalam...