Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Misc

Teenlit, Chicklit, PELIT, ....Lit???

Imej
Setelah menjadi novelaholic tegar sejak beberapa bulan yang lalu, saya memang sentiasa mengikuti perkembangan terkini novel-novel fiksyen terbitan dalam negara. Apa yang sedang laris di pasaran seperti pisang goreng panas, apa judul yang baru sahaja melompat keluar dari mesin pencetak, dan genre fiksyen apa yang baharu 'dilahirkan' pada masa kini. Semua saya mahu ambil tahu, dari novel kanak-kanak hinggalah novel dewasa. Tetapi saya lebih spesifik kepada novel remaja dan awal dewasa kerana itu yang lebih dekat dengan diri saya. (yakah?) ;P Malah, sejak beberapa bulan ini jugalah baharu saya tahu bahawa dalam fiksyen itu sendiri sudah ada banyak cabang genrenya. Suatu ketika dahulu, asal sahaja menyebut novel, orang pasti akan merujuk kepada novel cinta. Padahal, novel tidak sekadar novel cinta ya. Novel cinta itu hanyalah salah satu cabangnya sahaja, tetapi, ya maaflah wahai peminat tegar novel cinta, saya tidak berniat untuk merendah-rendahkan minat anda terhadap genre ter...

Hikayat Neko : Geng baru 'Legasi BR'

Imej
Hai kawan-kawan! Kami adalah Timmy (warna putih) dan Jojo (putih + coklat), geng paling awal mendaftar bagi ahli Legasi BR sesi 2010. Ibu kami namanya Puan Oreo dan bapa kami...err...sila tanya tuan kami! =P *p/s: Gambar ibu kami akan di'upload' kemudian...ermm...mana pula tuan kami simpan ye? Hai, nama saya Timmy . Comel tak? Memanglah comel sebab bulu saya putih (cuma ada tompok hitam di belakang kepala dan ekor) macam Snow White...tapi maaf ya, saya jantan jadi tak boleh panggil saya Snow White! Huhu...hobi saya ialah tidur di tepi pokok limau kasturi sebagaimana yang awak boleh lihat dalam gambar ni, selain bermain 'polis sentri' dengan partner saya, Jojo. Hmm, saya agak pemalu dengan tuan saya, jadi sampai sekarang saya tak berani nak masuk ke dalam rumah tuan saya. Saya juga sangat manja dengan ibu saya (ya, sudah tentulah sebab saya masih baby lagi!). Agaknya kalau ibu saya berjalan sampai ke Australia sekalipun, saya sanggup ikut walau terpaksa renangi la...

Koleksi gambar dari bumi Siam =)

Imej
Hari ini mood aku dok upload gambar2 yg ada dari dalam hard disk laptop aku ni. Petang tadi upload gambar 'old-skool-time' di profile Facebook, tapi dlm blog ni aku upload gambar2 yang aku dapat daripada ayah angkat aku dari Selatan Thailand. Huhu... Tengah hari tadi, aku dapat e-mel daripada ayah angkat. Bila aku check, rupanya dia hantar gambar. Tapi semuanya gambar pemandangan di puncak gunung...ermm...tak kutahu kat mana gunung tu tapi Subhanallah...indah belaka! Yang penting di Thailand la tp tak tahu kat province yg mana. Cuma yang pelik, tak ada pula muka ayah angkat kat dalam gambar tu. Tapi tak kisah la, apa pun terima kasih kerana sudi berkongsi dengan saya, ayah! =) Nice pic! p/s: Bilalah aku dapat ke sana lagi? Rindu pada kenangan manis di Thailand suatu masa dahulu...hu3 =(