Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel diari

Hari Raya bersama yang tiada...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau sudah memasuki 3 Syawal, namun harapnya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog yang tidak seberapa ini. Pada kesempatan ini, aku memohon sejuta kemaafan kalau sebarang tulisan di blog ini dan notes di Facebook ada yang mengguris hati kalian. Aku akui, aku adalah manusia biasa yang serba lemah dan tak pernah terlepas daripada berbuat kesilapan... "Taqabbalallahu minna wa minkum" - Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga Ramadan yang lalu telah menjadikan diri kita semua lebih bertakwa dan terus sentiasa mengingatiNya tidak kira sama ada senang atau susah. Insya Allah. Hari Raya kali ini bagiku ternyata sangat berbeza. Tidak lagi seperti sebelumnya. 1 Syawal 1432H...hari raya pertama. Kami berhari raya di dua tempat yang sangat signifikan...di Taman Baiduri, PJ dan Seksyen 9 Kota Damansara. 2 Syawal 1432H...hari raya kedua, kami ke Klang......

Perancangan 2011

Hari ini, rakyat Malaysia sedang sibuk membincangkan Bajet (Belanjawan) 2011 yang baru sahaja dibentangkan. Seperti biasa, aku sering tidak mempedulikan semua ini sebab biar segah mana pun perancangan orang atasan, bagi aku yang merupakan rakyat marhen (sudahlah menganggur, hendak sambung belajar pun atas inisiatif sendiri; ihsan daripada keluarga sahaja) tidak berasa apa-apa yang istimewa melainkan hanya tumpang mendengar sahaja. Sedangkan bajet tahun lepas entah sudah dilaksanakan ataupun tidak... Kalau mereka sibuk dengan bajet negara pada tahun hadapan, aku pula perlu fokus untuk perancangan hidupku pada tahun 2011 (kalau panjang umurlah). Tahun 2011 nanti, aku ingin... * Menyelesaikan pengajianku yang dijangka berakhir pada akhir tahun 2011 (Insya Allah). Moga-moga aku dapat bergraduasi pada tahun berikutnya (2012). Insya Allah. * Menulis dua atau tiga buah novel. Insya Allah, akhir tahun ini aku cuba untuk menyiapkan novel kedua pula. * Ingin melihat novel pertamaku dilet...

Kabare aku...14 Ramadan 1431

Huhu, sejak akhir-akhir ni, aku lebih suka memerapkan diri di rumah. Selalunya masa ini aku pasti akan berada di Main Lib UM untuk mencari bahan research proposal yang seringkali ditanya lecturer saban minggu tu (wahh, ayat...tak tahan!). Tapi disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik kerana diserang virus trojan...ehh...bukan, virus selesema, jadi aku mengambil keputusan untuk berehat di rumah saja (aku tak rela sakitku bertambah teruk dek penangan air-cond library yang terlalu sejuk membeku macam di Antartika!). Lagi tak seronoknya, sudahlah diserang selesema, otak pun jadi 'beku' memikirkan tajuk proposal untuk subjek Kualitatif. Sudahlah perlu dibentangkan dalam seminar lepas Raya nanti. Minta-minta sempatlah siap nanti, huk3! (Nasib kau la jadi student Master, jangan nak membebel macam-macam pula!) Ok, tajuk sebenarnya sudah ada, tapi masih memerlukan sedikit pencerahan. Sekurang-kurangnya ada 2 jurnal. Masalahnya, tajuk aku yang berkaitan dengan komik ni, ada ke ...

Kembali...

Imej
Alhamdulillah...akhirnya aku dapat kembali menari-narikan jari di sini setelah sebulan 'merehatkan' blog ini bagi menyelesaikan projek sulungku. Rindu pula nak berceloteh sendirian di sini. Dengan keizinanNya akhirnya projek tersebut telah siap sepenuhnya. Sekarang hanya menunggu proses seterusnya daripada pihak editorial, dan dijangkakan ia akan diterbitkan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Semoga segalanya berjalan lancar, Insya Allah. Projek seterusnya? Sekarang aku sedang merancang untuk menghasilkan karya kedua, tetapi tidak ada kena mengena dengan karya pertama yang baharu sahaja dihantar kepada editor baru-baru ini. Rancanganku adalah untuk menghasilkan novel kerjaya yang berkaitan dengan dunia masakan. Namun ia masih berada dalam proses perancangan dan sedang mengumpulkan maklumat dan bahan. Selain itu, aku juga sedang terfikirkan idea untuk menghasilkan karya ketiga yang berkaitan dengan dunia pra-U; persahabatan dan cita-cita. Karya ketiga ini akan di...

Ketika ulat buku menyerang PWTC...

Imej
"BERITA TERGEMPAR! PWTC diserang ulat buku dari 19 hingga 28 Mac 2010 yang lepas! Ulat-ulat buku tersebut menyerang semua booth yang ada, lebih-lebih lagi booth PTS, hehe!" Apa punya berita daa...Hehehe! Mukadimah kali ini saya letakkan berita tidak rasmi yang dibawakan khas oleh *Awang Channel...muahahaha! Okay, berhenti daripada melalut yang bukan-bukan. *Nota jari: Kalian tentu tertanya-tanya siapakah gerangan Encik Awang itu? Baiklah, saya akan beritahu di sini. Jawapannya....BIARLAH RAHSIA! =P Ulat buku tersebut, termasuklah saya yang merupakan ulat gebu =P telah berkampung di booth PTS selama lima hari (asalnya cuma tiga hari, tetapi atas persetujuan dengan ketua petugas booth, akhirnya saya diterima untuk menggantikan tempat dua orang petugas yang telah menarik diri yang mana mereka sepatutnya bertugas pada hari Sabtu dan Ahad. Nota Lengan: *Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ulat buku menjadi semakin agresif lagi aktif menyerang bangunan PWTC! Pengalam...

Make a wish, take a chance, make a change and BREAKAWAY!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Segala pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurniaNya, Dia telah mengirimkan hujan pada petang ini yang tidak seperti pada beberapa hari yang lepas, hujan kali ini diiringi angin yang begitu dingin dan menyamankan. ^^ p/s: Saya sebenarnya seorang yang amat gemarkan hujan rahmat Oh ya, petang ini juga otakku banyak memikirkan hala tujuku buat tahun ini dan tahun seterusnya (semestinya bukan perancangan untuk berumah tangga)...maka tatkala terdengar lagu kegemaranku sejak di bangku sekolah lagi, Breakaway nyanyian Kelly Clarkson, ada beberapa rangkap lirik yang membuatkan semangatku membuak-buak... I'll spread my wings and I'll learn how to fly. I'll do what it takes till I touch the sky. Make a wish, take a chance, Make a change, and break away. Out of the darkness and into the sun. But I won't forget all the ones that I love. I'll take a risk, take a chance, Make a change, and break away ... Sebenarnya ...