Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Catatan Ramadan

Kabare aku...14 Ramadan 1431

Huhu, sejak akhir-akhir ni, aku lebih suka memerapkan diri di rumah. Selalunya masa ini aku pasti akan berada di Main Lib UM untuk mencari bahan research proposal yang seringkali ditanya lecturer saban minggu tu (wahh, ayat...tak tahan!). Tapi disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik kerana diserang virus trojan...ehh...bukan, virus selesema, jadi aku mengambil keputusan untuk berehat di rumah saja (aku tak rela sakitku bertambah teruk dek penangan air-cond library yang terlalu sejuk membeku macam di Antartika!). Lagi tak seronoknya, sudahlah diserang selesema, otak pun jadi 'beku' memikirkan tajuk proposal untuk subjek Kualitatif. Sudahlah perlu dibentangkan dalam seminar lepas Raya nanti. Minta-minta sempatlah siap nanti, huk3! (Nasib kau la jadi student Master, jangan nak membebel macam-macam pula!) Ok, tajuk sebenarnya sudah ada, tapi masih memerlukan sedikit pencerahan. Sekurang-kurangnya ada 2 jurnal. Masalahnya, tajuk aku yang berkaitan dengan komik ni, ada ke ...

Ramadan 1431 Hijrah

Imej
Assalamualaikum w.b.t... Aku rasa wall post di FB rakan2ku meriah dengan wish 'selamat berpuasa', 'salam ramadan' dan yang sama waktu dengannya. Apapun moga2 semuanya benar-benar berpuasa la ya (bukan sekadar tak makan dan minum pada siang hari sahaja, hehehe). Tadi Aajaan Razak (pensyarah Pengajian Malaysia di Universiti Walailak yg saya kenali) beritahu umat Islam di Thailand akan mula berpuasa esok (12/8), sedangkan umat Islam di Malaysia sudah bermula hari ni. Siap suruh aku pergi ke sana supaya dapat join mereka yang masih makan tengah hari tadi. Hahahaha! Itu taktik nak ponteng puasalah tu, Aajaan...Apa pun selamat berpuasa buat kalian. Jangan lupa solat terawih malam ni. =P Kadang2 aku ada terfikir, teringin nak merasai suasana berpuasa di tempat lain, selain Malaysia. Tak kisahlah di Thailand, Indonesia, atau di Timur Tengah. Sesekali bertukar angin, bagus juga. Yalah, mahu tahu juga aktiviti umat Islam di sana sewaktu menyambut ketibaan Ramadan. Semalam...