Catatan

Ketika ulat buku menyerang PWTC...

Imej
"BERITA TERGEMPAR! PWTC diserang ulat buku dari 19 hingga 28 Mac 2010 yang lepas! Ulat-ulat buku tersebut menyerang semua booth yang ada, lebih-lebih lagi booth PTS, hehe!" Apa punya berita daa...Hehehe! Mukadimah kali ini saya letakkan berita tidak rasmi yang dibawakan khas oleh *Awang Channel...muahahaha! Okay, berhenti daripada melalut yang bukan-bukan. *Nota jari: Kalian tentu tertanya-tanya siapakah gerangan Encik Awang itu? Baiklah, saya akan beritahu di sini. Jawapannya....BIARLAH RAHSIA! =P Ulat buku tersebut, termasuklah saya yang merupakan ulat gebu =P telah berkampung di booth PTS selama lima hari (asalnya cuma tiga hari, tetapi atas persetujuan dengan ketua petugas booth, akhirnya saya diterima untuk menggantikan tempat dua orang petugas yang telah menarik diri yang mana mereka sepatutnya bertugas pada hari Sabtu dan Ahad. Nota Lengan: *Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ulat buku menjadi semakin agresif lagi aktif menyerang bangunan PWTC! Pengalam...

SPM...

11 Mac lalu merupakan tarikh keramat bagi pelajar lepasan SPM pada tahun lalu. Jadi, rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jangan kecewa sebab ingatlah, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Yang penting, anda telah pun berusaha sedaya upaya sebelum ini. Jadi, lupakan sahaja hasrat untuk menghirup cecair clorox dicicah dengan racun tikus gara-gara tidak mendapat keputusan peperiksaan sebagaimana yang diharapkan, tidak ada gunanya! Siapa tahu, jika hari ini anda gagal, di luar sana ada rezeki lumayan yang menanti anda (sekiranya sudah berusahalah!). Oh ya, dalam keluarga saya cuma seorang sepupu sahaja yang menduduki SPM tahun lepas. Dengar khabar, keputusannya agak memberangsangkan. Syabas dan tahniah buat sepupu saya yang tinggal nun jauh di sempadan Thailand, eh, bukan...di Perlis itu. SPM tahun ini...wah, ramainya sepupu yang akan bersaing dengan adik perempuan saya! Tak sangka ramai yang lahir pada tahun 199...

Komik 'Syariah-Compliant'

Imej
Saya begitu yakin ramai pembaca di luar sana yang suka membaca komik. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak ketinggalan menjadi die-hard-fan . Sebut sahaja komik, tentu terbayang komik yang berada di dalam rak buku seperti Doraemon, Ujang, Lat-Kampung Boy, Shin Chan, Dragon Ball, dan banyak lagi... Sebab-sebab komik menjadi pilihan untuk dijadikan bahan bacaan: Lukisan/lakaran yang cantik dan 'detail' seperti kebanyakan manga dari Jepun. Kebanyakan orang (terutama lelaki) agak lemas menatap perkataan semata-mata seperti novel, jadi lebih baik membaca komik - cepat habis dibaca! Jalan ceritanya yang lucu seperti komik Shin Chan [hemm...tapi ada elemen negatif (tidak sesuai untuk kanak-kanak) dlm komik tu!] Boleh juga dijadikan sumber maklumat dan pengetahuan am seperti komik Doraemon. Sebagai satu cara untuk menyampaikan mesej + sindiran secara tersirat seperti yang terdapat dalam majalah atau surat khabar. Sungguhpun begitu, kebanyakan komik, teru...

Make a wish, take a chance, make a change and BREAKAWAY!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Segala pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurniaNya, Dia telah mengirimkan hujan pada petang ini yang tidak seperti pada beberapa hari yang lepas, hujan kali ini diiringi angin yang begitu dingin dan menyamankan. ^^ p/s: Saya sebenarnya seorang yang amat gemarkan hujan rahmat Oh ya, petang ini juga otakku banyak memikirkan hala tujuku buat tahun ini dan tahun seterusnya (semestinya bukan perancangan untuk berumah tangga)...maka tatkala terdengar lagu kegemaranku sejak di bangku sekolah lagi, Breakaway nyanyian Kelly Clarkson, ada beberapa rangkap lirik yang membuatkan semangatku membuak-buak... I'll spread my wings and I'll learn how to fly. I'll do what it takes till I touch the sky. Make a wish, take a chance, Make a change, and break away. Out of the darkness and into the sun. But I won't forget all the ones that I love. I'll take a risk, take a chance, Make a change, and break away ... Sebenarnya ...

Apabila wang berjaya membutakan mata dan hati...

" Login FB dapat RM100 hari-hari ". " Hidup untuk kaya adalah impian semua orang. Hendak tahu kaedah yang membolehkan anda mendapat jutaan ringgit (tanpa henti) setiap hari, sila masukkan nombor telefon dan e-mail ke dalam inbox. Saya akan tunjukkan caranya. " Saya percaya semua yang mempunyai akaun FB pernah mendapat mesej-mesej seperti di atas. Begitu juga dengan saya, yang membuatkan saya berasa jelak dan muak. Jelak dan muak kerana percaya itu semua KARUT belaka. Hati saya menolak segala tawaran itu walaupun ketika ini saya memang tengah sesak. Bagi saya konsep untuk hidup senang ialah bermula dengan usaha dan susah payah, barulah akan menikmati hasilnya, bukannya hanya goyang kaki tahu2 sudah bergolek wang ringgit di hadapan mata. Ooh... nonsense ! Kalau nak ikutkan saya peduli apa sekiranya dapat mesej2 begini. Cuma tekan delete dan hilanglah mesej ini. Tapi apa yg membuatkan saya terkejut, salah seorang sahabat di FB ( sorry to say , dia mempunyai ilmu...

Koleksi gambar dari bumi Siam =)

Imej
Hari ini mood aku dok upload gambar2 yg ada dari dalam hard disk laptop aku ni. Petang tadi upload gambar 'old-skool-time' di profile Facebook, tapi dlm blog ni aku upload gambar2 yang aku dapat daripada ayah angkat aku dari Selatan Thailand. Huhu... Tengah hari tadi, aku dapat e-mel daripada ayah angkat. Bila aku check, rupanya dia hantar gambar. Tapi semuanya gambar pemandangan di puncak gunung...ermm...tak kutahu kat mana gunung tu tapi Subhanallah...indah belaka! Yang penting di Thailand la tp tak tahu kat province yg mana. Cuma yang pelik, tak ada pula muka ayah angkat kat dalam gambar tu. Tapi tak kisah la, apa pun terima kasih kerana sudi berkongsi dengan saya, ayah! =) Nice pic! p/s: Bilalah aku dapat ke sana lagi? Rindu pada kenangan manis di Thailand suatu masa dahulu...hu3 =(

Mukadimah :: Sebuah Permulaan...

Salam buat semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ini... Eh, mengapa pula saya berada di sini, ya? Bertukar anginkah? Hehe...mungkin ada benarnya, saya sengaja menukar angin sepoi-sepoi bahasa di sini. Akhirnya saya berhijrah ke Blogspot pada tahun 2010 ini. Namun begitu, blog lama saya di LiveJournal masih wujud, cuma ia tidak seaktif dahulu. Lagipun, blog lama saya itu agak bersifat peribadi (adakalanya saya meluahkan kata hati di situ). Oleh sebab itu, saya cuba untuk mewujudkan sebuah lagi blog yang lebih bersifat umum dan sesuai dibaca oleh semua golongan. Tiada bersifat peribadi (luahan ala 'jiwa kacau'), perkauman mahupun berbaur politik. Heh3. Tetapi kamu mungkin tertanya-tanya, mengapa pula blog ini diberi nama Ceritera Daripada Hati sedangkan baru tadi saya berkata bahawa tiada yang bersifat peribadi di sini. He3, baiklah saya hendak terangkanlah ini. Sebenarnya bukan mudah hendak mencari tajuk yang sesuai (kes tak ada idea la ini...) jadi entah mengapa terlinta...