Catatan

NOTIS PEMBERITAHUAN

Perhatian kepada pembaca setia blog CERITERA ZINC! Blog ini akan 'direhatkan' buat sementara waktu (selama sebulan dari sekarang) bagi memberi laluan kepada penulis blog untuk menyiapkan projek sulungnya. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Harap maklum.

"Insya Allah."

Imej
Jika kau rasakan... Dunia ini gelap gelita, Sendirian di malam hari, Sunyi dan sepi, Hanya air mata yang sudi menemani, Percayalah, ALLAH sentiasa bersama dirimu. Usah berputus harap kerana... ALLAH tidak jemu mendengar rintihan dan doa hambaNya. INSYA ALLAH, ALLAH akan makbulkan segala doamu. Jika tidak di dunia, tentunya di akhirat kelak. Percayalah, Janji ALLAH itu pasti. YA ALLAH, terima kasih buatMu, Ya Allah. Tinggal setapak lagi langkahku akan bermula. Moga-moga Kau berkati perjalanan seterusnya. -Amin.-

Nota R.I.N.D.U

Imej
Setahun telah berlalu. Tiada apa yang dapat diungkap dengan kata-kata buat ketika ini, kecuali hanya perkataan... R.I.N.D.U Rindu pada kenangan lalu, Rindu pada kisah manis dan pahit yang pernah dialami suatu ketika dahulu, Rindu pada insan yang pernah hadir dalam hidup ini dan kini tiada lagi di sisi, Rindu untuk kembali menjejakkan kaki ke tempat yang mengajarku erti kehidupan di dunia luar. Ya, di luar tanah airku. Namun, yang tinggal hanyalah rasa rindu di hati... Kenangan selama 27 hari di N.S.T tetap terpahat di ingatanku! p/s: Moga2 suatu masa nanti aku akan kembali ke sana lagi...

Transformasi Kehidupan

Entri 'jiwa kacau' untuk siri #2. Layan sahajalah ya? Laman sosial Facebook (tak tahu mengapa ia menjadi sangat "feymes" sejak akhir2 ni) menjadikan kita semakin dekat dengan kenalan baru dan lama, walaupun hakikatnya kita tetap membisu - hanya jari jemari yang lincah memainkan rentaknya. Walau mereka berada di Greenland sekalipun, selagi ada kemudahan akses internet, selagi itulah kita masih boleh berhubung. Hal ini kerana kita dapat mengetahui aktiviti seharian mereka setiap hari (bagi yang aktif dan agresif "berFB" la). Dari sebesar-besar hal hinggalah sekecil-kecil perkara, termasuk aktiviti hendak ke pasar malam pun nak juga dihebohkan dalam Facebook. Hebatnya Facebook. Hehehe. Kalau bab sebesar-besar hal, tentu la berkaitan dengan kerjaya dan kahwin. Untuk lepasan ijazah (termasuklah penggiat tanaman anggur mcm saya...?), tentulah akan diserbu pertanyaan lazim, "Awak sedang buat apa sekarang ini? Dah kerja ke?" Buat rakan-rakan yang...

Suratan atau Kebetulan?

Imej
Mungkin sekiranya anda membaca entri kali ini dari awal hingga habis, tentu anda akan katakan ini entri "Jiwa kacau"! Ternyata ia telah melanggar peraturan blog ini! (Rujuk entri Februari lepas) Baik, baik. Saya mengaku bersalah. Tetapi bukankah saya sudah kata pada entri yang lepas, saya hanyalah manusia biasa yang mempunyai graf perasaan yang sentiasa turun naik! Apapun, saya tetap tidak mahu dihukum kerana blog ini kepunyaan saya, jadi saya boleh taip apa yang saya suka. Baik, kembali kepada agenda utama. Sebenarnya, lewat dinihari semalam, hendak dijadikan cerita memang saya terlewat 'online' sebab leka menonton rancangan 'Gila Makan' di saluran Astro 703 AFC (Asian Food Channel). Saya memang penggemar rancangan masakan, jangan tak tahu ya. Kemudian, seperti biasa saya merayau2 tak tentu hala di Facebook. Waktu itulah tiba-tiba ada pop-up chat Facebook yang meletup (ehh tak sampai meletup yer) keluar di bawah kanan skrin. Nama yang tertera - A**** Ber...

Segenggam Tabah

Imej
Lain sedikit nada entri kali ini. Cuba untuk serius, seiring dengan 'angin' yang kurang baik buat ketika ini. Maaflah kalau terselit juga mood 'jiwa kacau' kerana sesungguhnya saya tetap manusia biasa yang punya perasaan yang sering berubah grafnya. Setiap hari aku menghitung hari. Detik demi detik. Semakin lama, detik itu hampir tiba. Aku sendiri adakalanya buntu memikirkan apa yang akan berlaku kelak seandainya aku.....??? Suspen sedikit. Tiada kaitan dengan soal mencari jodoh atau yang sewaktu dengannya. Tiada. Walaupun telah menerima lebih daripada lima undangan perkahwinan + pertunangan daripada teman-teman, tetapi setakat ini pintu hati belum dibuka lagi untuk perkara seperti itu. Jadi, ia tentulah berkaitan dengan CITA-CITA dan MASA DEPAN yang TIDAK PASTI. Kali kedua mendapat tawaran, tentulah aku tidak mahu gagal lagi. Walaupun mengerti akan mendapat halangan daripada seseorang, tetapi memikirkan iklim ekonomi negara yang masih lagi pada tahap kuran...

Teenlit, Chicklit, PELIT, ....Lit???

Imej
Setelah menjadi novelaholic tegar sejak beberapa bulan yang lalu, saya memang sentiasa mengikuti perkembangan terkini novel-novel fiksyen terbitan dalam negara. Apa yang sedang laris di pasaran seperti pisang goreng panas, apa judul yang baru sahaja melompat keluar dari mesin pencetak, dan genre fiksyen apa yang baharu 'dilahirkan' pada masa kini. Semua saya mahu ambil tahu, dari novel kanak-kanak hinggalah novel dewasa. Tetapi saya lebih spesifik kepada novel remaja dan awal dewasa kerana itu yang lebih dekat dengan diri saya. (yakah?) ;P Malah, sejak beberapa bulan ini jugalah baharu saya tahu bahawa dalam fiksyen itu sendiri sudah ada banyak cabang genrenya. Suatu ketika dahulu, asal sahaja menyebut novel, orang pasti akan merujuk kepada novel cinta. Padahal, novel tidak sekadar novel cinta ya. Novel cinta itu hanyalah salah satu cabangnya sahaja, tetapi, ya maaflah wahai peminat tegar novel cinta, saya tidak berniat untuk merendah-rendahkan minat anda terhadap genre ter...