Catatan

"Always Be There."

Imej
Always Be There - Maher Zain Allahu Akbar... If you ask me about love And what I'm know about it My answer would be Its everything about Allah The pure love, to our souls The creator of you and me, the heaven and whole universe The one that made us whole and free The guardian of HIS true believers So when the time is hard There's no way to turn As HE promise HE will always be there To bless us with HIS love and HIS mercy Coz, as HE promise HE will always be there He's always watching us, guiding us And HE knows what's in all in our heart So when you lose your way To Allah you should turn As HE promise HE will always be there... HE bring ourselves from the darkness into the light Subhanallah praise belongs to YOU for everything Shouldn't never feel afraid of anything As long as we follow HIS guidance all the way Through the short time we have in this life Soon it all will be over And we'll be in HIS heaven and we'll all be fi...

Kembali...

Imej
Alhamdulillah...akhirnya aku dapat kembali menari-narikan jari di sini setelah sebulan 'merehatkan' blog ini bagi menyelesaikan projek sulungku. Rindu pula nak berceloteh sendirian di sini. Dengan keizinanNya akhirnya projek tersebut telah siap sepenuhnya. Sekarang hanya menunggu proses seterusnya daripada pihak editorial, dan dijangkakan ia akan diterbitkan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Semoga segalanya berjalan lancar, Insya Allah. Projek seterusnya? Sekarang aku sedang merancang untuk menghasilkan karya kedua, tetapi tidak ada kena mengena dengan karya pertama yang baharu sahaja dihantar kepada editor baru-baru ini. Rancanganku adalah untuk menghasilkan novel kerjaya yang berkaitan dengan dunia masakan. Namun ia masih berada dalam proses perancangan dan sedang mengumpulkan maklumat dan bahan. Selain itu, aku juga sedang terfikirkan idea untuk menghasilkan karya ketiga yang berkaitan dengan dunia pra-U; persahabatan dan cita-cita. Karya ketiga ini akan di...

NOTIS PEMBERITAHUAN

Perhatian kepada pembaca setia blog CERITERA ZINC! Blog ini akan 'direhatkan' buat sementara waktu (selama sebulan dari sekarang) bagi memberi laluan kepada penulis blog untuk menyiapkan projek sulungnya. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Harap maklum.

"Insya Allah."

Imej
Jika kau rasakan... Dunia ini gelap gelita, Sendirian di malam hari, Sunyi dan sepi, Hanya air mata yang sudi menemani, Percayalah, ALLAH sentiasa bersama dirimu. Usah berputus harap kerana... ALLAH tidak jemu mendengar rintihan dan doa hambaNya. INSYA ALLAH, ALLAH akan makbulkan segala doamu. Jika tidak di dunia, tentunya di akhirat kelak. Percayalah, Janji ALLAH itu pasti. YA ALLAH, terima kasih buatMu, Ya Allah. Tinggal setapak lagi langkahku akan bermula. Moga-moga Kau berkati perjalanan seterusnya. -Amin.-

Nota R.I.N.D.U

Imej
Setahun telah berlalu. Tiada apa yang dapat diungkap dengan kata-kata buat ketika ini, kecuali hanya perkataan... R.I.N.D.U Rindu pada kenangan lalu, Rindu pada kisah manis dan pahit yang pernah dialami suatu ketika dahulu, Rindu pada insan yang pernah hadir dalam hidup ini dan kini tiada lagi di sisi, Rindu untuk kembali menjejakkan kaki ke tempat yang mengajarku erti kehidupan di dunia luar. Ya, di luar tanah airku. Namun, yang tinggal hanyalah rasa rindu di hati... Kenangan selama 27 hari di N.S.T tetap terpahat di ingatanku! p/s: Moga2 suatu masa nanti aku akan kembali ke sana lagi...

Transformasi Kehidupan

Entri 'jiwa kacau' untuk siri #2. Layan sahajalah ya? Laman sosial Facebook (tak tahu mengapa ia menjadi sangat "feymes" sejak akhir2 ni) menjadikan kita semakin dekat dengan kenalan baru dan lama, walaupun hakikatnya kita tetap membisu - hanya jari jemari yang lincah memainkan rentaknya. Walau mereka berada di Greenland sekalipun, selagi ada kemudahan akses internet, selagi itulah kita masih boleh berhubung. Hal ini kerana kita dapat mengetahui aktiviti seharian mereka setiap hari (bagi yang aktif dan agresif "berFB" la). Dari sebesar-besar hal hinggalah sekecil-kecil perkara, termasuk aktiviti hendak ke pasar malam pun nak juga dihebohkan dalam Facebook. Hebatnya Facebook. Hehehe. Kalau bab sebesar-besar hal, tentu la berkaitan dengan kerjaya dan kahwin. Untuk lepasan ijazah (termasuklah penggiat tanaman anggur mcm saya...?), tentulah akan diserbu pertanyaan lazim, "Awak sedang buat apa sekarang ini? Dah kerja ke?" Buat rakan-rakan yang...

Suratan atau Kebetulan?

Imej
Mungkin sekiranya anda membaca entri kali ini dari awal hingga habis, tentu anda akan katakan ini entri "Jiwa kacau"! Ternyata ia telah melanggar peraturan blog ini! (Rujuk entri Februari lepas) Baik, baik. Saya mengaku bersalah. Tetapi bukankah saya sudah kata pada entri yang lepas, saya hanyalah manusia biasa yang mempunyai graf perasaan yang sentiasa turun naik! Apapun, saya tetap tidak mahu dihukum kerana blog ini kepunyaan saya, jadi saya boleh taip apa yang saya suka. Baik, kembali kepada agenda utama. Sebenarnya, lewat dinihari semalam, hendak dijadikan cerita memang saya terlewat 'online' sebab leka menonton rancangan 'Gila Makan' di saluran Astro 703 AFC (Asian Food Channel). Saya memang penggemar rancangan masakan, jangan tak tahu ya. Kemudian, seperti biasa saya merayau2 tak tentu hala di Facebook. Waktu itulah tiba-tiba ada pop-up chat Facebook yang meletup (ehh tak sampai meletup yer) keluar di bawah kanan skrin. Nama yang tertera - A**** Ber...