Catatan

Kabare aku...14 Ramadan 1431

Huhu, sejak akhir-akhir ni, aku lebih suka memerapkan diri di rumah. Selalunya masa ini aku pasti akan berada di Main Lib UM untuk mencari bahan research proposal yang seringkali ditanya lecturer saban minggu tu (wahh, ayat...tak tahan!). Tapi disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik kerana diserang virus trojan...ehh...bukan, virus selesema, jadi aku mengambil keputusan untuk berehat di rumah saja (aku tak rela sakitku bertambah teruk dek penangan air-cond library yang terlalu sejuk membeku macam di Antartika!). Lagi tak seronoknya, sudahlah diserang selesema, otak pun jadi 'beku' memikirkan tajuk proposal untuk subjek Kualitatif. Sudahlah perlu dibentangkan dalam seminar lepas Raya nanti. Minta-minta sempatlah siap nanti, huk3! (Nasib kau la jadi student Master, jangan nak membebel macam-macam pula!) Ok, tajuk sebenarnya sudah ada, tapi masih memerlukan sedikit pencerahan. Sekurang-kurangnya ada 2 jurnal. Masalahnya, tajuk aku yang berkaitan dengan komik ni, ada ke ...

Siapakah gerangan Rini Safiyyah?

RINI SAFIYYAH. Siapa dia? Haha, tak payah nak berteka teki lagilah. Sebenarnya RINI SAFIYYAH tu nama samaran saya sahaja. Mengapa? Hendak tahu jugakah? Errmm...tak mengapalah, suatu masa nanti kalian akan tahu juga. =P RINI tu adalah nama singkatan saya = Ruzaini. Memandangkan ramai yang kata nama saya macam nama lelaki (terutamanya cikgu @ pensyarah yang selalu berkata demikian!), jadi saya singkatkan kepada RINI. Hmm, hampir sama dengan nama panggilan saya di rumah **** (hanya diketahui oleh keluarga dan kenalan paling rapat sahaja, dan bakal suami akan datang =P). SAFIYYAH...haha, memang itu bukan nama saya. Cuma letak sahaja sebagai sesedap sebutan. Sebenarnya itu cadangan saya dan rakan saya merangkap classmate yang gila2 bahasa, EyMAH sewaktu sibuk mencari nama samaran saya dahulu. Oh ya, dia sendiri pun ada nama penanya, Mia Kireina. Apa maksudnya? Tanya dia sendiri. =P Sejak letak nama samaran di profile FB, nampaknya ramai yang gemar panggil saya Rini termasuk ayah a...

Teka Teki...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: (Teka-Teki) : Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = ” Orang tua “ Murid 2 = ” Guru “ Murid 3 = ” Teman “ Murid 4 = ” Kaum kerabat “ Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?” Murid 1 = ” Negeri China “ Murid 2 = ” Bulan “ Murid 3 = ” Matahari “ Murid 4 = ” Bintang-bintang “ Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”. Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia ini ?” Murid...

Ramadan 1431 Hijrah

Imej
Assalamualaikum w.b.t... Aku rasa wall post di FB rakan2ku meriah dengan wish 'selamat berpuasa', 'salam ramadan' dan yang sama waktu dengannya. Apapun moga2 semuanya benar-benar berpuasa la ya (bukan sekadar tak makan dan minum pada siang hari sahaja, hehehe). Tadi Aajaan Razak (pensyarah Pengajian Malaysia di Universiti Walailak yg saya kenali) beritahu umat Islam di Thailand akan mula berpuasa esok (12/8), sedangkan umat Islam di Malaysia sudah bermula hari ni. Siap suruh aku pergi ke sana supaya dapat join mereka yang masih makan tengah hari tadi. Hahahaha! Itu taktik nak ponteng puasalah tu, Aajaan...Apa pun selamat berpuasa buat kalian. Jangan lupa solat terawih malam ni. =P Kadang2 aku ada terfikir, teringin nak merasai suasana berpuasa di tempat lain, selain Malaysia. Tak kisahlah di Thailand, Indonesia, atau di Timur Tengah. Sesekali bertukar angin, bagus juga. Yalah, mahu tahu juga aktiviti umat Islam di sana sewaktu menyambut ketibaan Ramadan. Semalam...

Pagi @ Library

Hebat tak? Sejak pukul 8 pagi tadi aku sudah berlegar-legar di sekitar kampus padahal kuliah bermula jam 4 petang nanti! Apa yang cik Rini buat di UM pagi buta begini ya? Selalunya pada waktu ni cik Rini sedang lepak dibiliknya atau berada di dapur membantu ibunya menyediakan sarapan (eewah ayat macam novel la pula!!!) Hahaha...tak ada apa-apa pun. Sebenarnya ada 'misi rahsia' yang perlu dijalankan pada hari ini...emm moga-moga misi ini berhasil pada hari ini. Yalah, susah payah datang ke UM pada awal pagi semata-mata misi ini sahaja! (Mode: mengantuk -__- zzzz) Pagi ini, para junior APM batch 2007/2008 sedang berdansa...bukan, sedang menerima ijazah masing-masing. Apa kata orang Indonesia, hari 'Wisuda' (konvokesyen). Apapun sebagai kakak senior yang baik hati (ermm), aku nak ucapkan tahniah dan semoga dapat menempuhi kehidupan di luar yang mencabar selepas ini. ^______^ Semoga saat terindah untukku di DTC akan berulang lagi kelak, Insya Allah. Mari kita nyany...

"Always Be There."

Imej
Always Be There - Maher Zain Allahu Akbar... If you ask me about love And what I'm know about it My answer would be Its everything about Allah The pure love, to our souls The creator of you and me, the heaven and whole universe The one that made us whole and free The guardian of HIS true believers So when the time is hard There's no way to turn As HE promise HE will always be there To bless us with HIS love and HIS mercy Coz, as HE promise HE will always be there He's always watching us, guiding us And HE knows what's in all in our heart So when you lose your way To Allah you should turn As HE promise HE will always be there... HE bring ourselves from the darkness into the light Subhanallah praise belongs to YOU for everything Shouldn't never feel afraid of anything As long as we follow HIS guidance all the way Through the short time we have in this life Soon it all will be over And we'll be in HIS heaven and we'll all be fi...

Kembali...

Imej
Alhamdulillah...akhirnya aku dapat kembali menari-narikan jari di sini setelah sebulan 'merehatkan' blog ini bagi menyelesaikan projek sulungku. Rindu pula nak berceloteh sendirian di sini. Dengan keizinanNya akhirnya projek tersebut telah siap sepenuhnya. Sekarang hanya menunggu proses seterusnya daripada pihak editorial, dan dijangkakan ia akan diterbitkan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Semoga segalanya berjalan lancar, Insya Allah. Projek seterusnya? Sekarang aku sedang merancang untuk menghasilkan karya kedua, tetapi tidak ada kena mengena dengan karya pertama yang baharu sahaja dihantar kepada editor baru-baru ini. Rancanganku adalah untuk menghasilkan novel kerjaya yang berkaitan dengan dunia masakan. Namun ia masih berada dalam proses perancangan dan sedang mengumpulkan maklumat dan bahan. Selain itu, aku juga sedang terfikirkan idea untuk menghasilkan karya ketiga yang berkaitan dengan dunia pra-U; persahabatan dan cita-cita. Karya ketiga ini akan di...