Catatan

Warkah Buat Nenek

Awal pagi ini, aku terkenangkan dia. Nenek. Sewaktu aku masih di bangku sekolah, masih ku ingat betapa dia begitu arif dengan selera makanku. Dia tahu benar aku seorang yang cerewet makan. Mak sendiri tak tahan dengan seleraku yang macam-macam itu. Aku masih ingat, bila aku datang bertandang ke rumah nenek, dia pasti akan hidangkan masakan kegemaranku, kari ayam dan kuah sardin. Seronok dia tengok cucunya itu makan nasi berpinggan-pinggan. Apabila tibanya Hari Raya, nenek hidangkan nasi himpit, rendang dan kuah kacang yang paling kugemari. Kelazatan masakan nenek setanding dengan masakan mak. Aku masih ingat semua itu. Sewaktu aku sakit demam, nenek akan mengubatiku dengan cara tradisional, menggunakan kunyit. Dalam kelesuan dan lemah kerana dilanda demam, rasa lucu juga melihat muka dan seluruh badan serba kuning, ditandai kesan kunyit. Malah, waktu aku mengalami sakit kepala yang teruk, dia pernah melumurkan kepalaku dengan perahan air asam jawa. Tanda kasih tak terhingga kepada...

~Portfolio~

Imej
*Himpunan 'artwork' yang saya 'upload' di album gambar Facebook  ^_^

Tanpa Tajuk

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Beberapa hari yang lepas (akhir bulan Mac yang lalu), saya dapat tahu melalui status dan gambar yang di'upload' dalam profail ayah angkat dan Aajaan Abd Razak Panaemalae (pensyarah di Universiti Walailak) di Facebook, bahawa  banjir besar berlaku di Nakhon Si Thammarat, Thailand. Pada waktu diberitahu, hujan turun tidak henti dan angin kencang. Sebenarnya ini bukan pertama kali berlaku kerana pada akhir tahun lepas, kejadian banjir juga pernah berlaku di tempat yang sama, namun banjir kali ini agak kritikal kerana menurut Aajaan Razak, terdapat beberapa kampung yang terputus hubungan akibat bencana tersebut. Malah, kakak saya memberitahu (dia ada menonton Buletin Utama di TV3 - malang bagi saya, sebab TV di rumah saya rosak pula, jadi tidak dapat mengikuti berita di sana >_<), ada beberapa orang penduduk di sana yang terkorban, namun tidak pasti berapa ramai mangsa yang terlibat. Apabila saya melihat gambar-g...

Dunia Komik: Graphic Diary (GD)

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah lama saya tidak menyiarkan entri yang berkaitan dengan dunia komik. Setahun yang lalu, saya ada menulis entri bertajuk 'Komik Syariah Compliant' (SC) yang menyentuh tentang perbezaan antara komik konvensional dengan Komik SC yang diperkenalkan oleh syarikat penerbitan PTS Millenia (anak syarikat PTS Publications). Boleh klik pada link ini untuk bacaan lanjut. Entri kali ini saya ingin membawa kepada salah satu genre dalam komik, dinamakan sebagai Graphic Diary (GD). Berdasarkan pemerhatian saya, setakat ini di Malaysia, genre komik lain seperti  Graphic Novel sedang berkembang pesat, dan diusahakan oleh beberapa buah syarikat penerbitan, antaranya Gempak Starz (lebih cenderung ke arah komik berkonsepkan manga hasil karya pekomik tempatan), Komik-M (PTS Millenia), dan Ana Muslim (Blue-T Publications). Saya percaya, semua peminat komik sudah mengenali apa itu Graphic Novel, tetapi tentu ada yang belum menge...

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

Imej
Prolog "Kamu belajar dalam bidang apa di UM?" "Pengajian Melayu." "Pengajian Melayu? Kamu kerja apa nanti kalau ambil bidang ini? " Satu soalan wajib yang kuterima sejak berada di peringkat ijazah pertama ( Bachelor degree ) lagi.  Oh, paling tidak pun akan ada yang tanya begini; "Nanti kamu akan menjadi gurukah apabila tamat pengajian nanti?" Sekiranya hakikatnya benar, seronok juga. Namun apakan daya, cita-cita yang  kuimpikan semenjak kecil itu tidak tercapai buat masa ini. Belum ada rezeki, barangkali. Mungkin juga aku tidak ada bakat hendak mengajar di depan kelas. Menyeksakan jiwa raga pelajar sahaja sekiranya mendapat guru sepertiku ini. Hahaha! Mungkin suatu ketika dahulu, apabila menyebut bidang Pengajian Melayu, tentu ramai yang kagum dan bangga. Yalah, setelah menamatkan pengajian, peluang pekerjaan terbuka luas. Tidak sempat hendak berehat lama-lama di rumah, sudah mendapat tawaran pekerjaan. Bagi yang menyambung pengajian ke ...

Gerimis di langit, gerimis di hati...dan tsunami...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah sekian lama menghilangkan diri... Sudah sekian lama menyepi... Sudah sekian lama jari tidak menari-nari di atas papan kekunci... Namun, Hilang tidak bermakna terus hanyut... Menyepi tidak bererti terus membisu... Dalam hati, sudah penuh dengan segala isi yang ingin dicurah~! Hari ini (11 Mac 2011), di akademi, suasana begitu 'panas' walaupun gerimis membasahi bumi sepanjang hari ini. Semuanya berpunca daripada isu persepsi terhadap bahasa. Ada yang menganggap menguasai bahasa ibunda semata-mata tidak mampu membawa kita ke mana-mana. Ada juga yang menganggap bahasa Inggeris  seolah-olah menjadi 'pintu rezeki' - sekiranya kita dapat menguasai bahasa Inggeris, maka peluang untuk mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian adalah sangat cerah. Aku sendiri sebenarnya agak terusik juga dengan kenyataan ini. Yalah, aku sendiri pun antara yang tergolong dalam golongan yang tidak mendapat pekerjaan ...

10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri

(Artikel ini dipetik daripada laman web I Luv Islam.com - tulisan Syarin Samsuri) Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri. 1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? 2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya. 3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. 4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. 5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai ' warm up ' dan dapat mengaktifkan diri seseorang. 6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu. 7...