Catatan

...Doa (untuk muslimah)...

Imej
"Ya Allah, Pilihkan untuk kami pasangan yang soleh yang akan menyunting kami dan berkahwin dengan kami, dan menjadi teman kami di dunia dan syurga...."  p/s: Dipetik daripada teman sekampus saya di UM, Syahadatul Hafizah :)

Ceritera Hati Berwajah Baru!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ku doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Bagi yang baru sahaja tiba di blog Ceritera Hati, selamat datang kuucapkan. Bagi pembaca lama yang sentiasa singgah di blog ini... TADAA! Ada perubahan kan pada blog ini? Kini blog ini telah berwajah baru! Aku mekapkan blog ini supaya lebih comel... (sebenarnya sudah jemu dengan design lama, gambar bunga terapung-apung itu XP...) Comel tak? Haha, susah payah tahu touch-up semua tu! ;) p/s: Yang gambar gadis termenung di sebelah kanan tu bukan aku yang lukis, jadi kredit kepada pelukis asalnya (sebenarnya tidak tahu siapa pelukisnya). Buat masa ini (bagi sesiapa yang ada FB), aku sengaja menyepikan diri buat seketika, bagi memberi laluan kepadaku untuk menyelesaikan satu tugasan penting...tugasan tertunggak semenjak setahun yang lalu, tetapi aku perlu lakukan pembaikan semula terhadap tugasan itu, demi kebaikan bersama. Aku akan ...

Hari Raya bersama yang tiada...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau sudah memasuki 3 Syawal, namun harapnya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog yang tidak seberapa ini. Pada kesempatan ini, aku memohon sejuta kemaafan kalau sebarang tulisan di blog ini dan notes di Facebook ada yang mengguris hati kalian. Aku akui, aku adalah manusia biasa yang serba lemah dan tak pernah terlepas daripada berbuat kesilapan... "Taqabbalallahu minna wa minkum" - Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga Ramadan yang lalu telah menjadikan diri kita semua lebih bertakwa dan terus sentiasa mengingatiNya tidak kira sama ada senang atau susah. Insya Allah. Hari Raya kali ini bagiku ternyata sangat berbeza. Tidak lagi seperti sebelumnya. 1 Syawal 1432H...hari raya pertama. Kami berhari raya di dua tempat yang sangat signifikan...di Taman Baiduri, PJ dan Seksyen 9 Kota Damansara. 2 Syawal 1432H...hari raya kedua, kami ke Klang......

Komik : Aku, Dia dan Seterika

Imej
Huh??? Ada apa dengan seterika? Mengapa seterika jadi isu utama komik ini ya? ;P (Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas). Tajuk: Aku, Dia dan Seterika Pelukis: Rini S.  Media: Pensel mekanikal  Perisian grafik: PhotoScape  Tahun: 2011 

Paling Comel...=P

Imej
Hahaha....berapa kali saya menatap lukisan ini, saya asyik ketawa...sangat lucu, namun comel! (Masuk bakul angkat sendiri). Nampaknya sang pelukis ini masih teringat kenangan sewaktu saya dan kawan-kawan Delegasi Sarjana APM ke Makassar tiba di Wajo...yang mana ketika itu merupakan sesi suaikenal. Paling tak boleh lupa, setiap seorang akan ditanya 'status' masing-masing...jadi saya sengaja berlawak dengan mereka semua...saya beritahu bahawa saya sebenarnya 'sudah berpunya'...tetapi kepunyaan mak dan ayahlah! =P Betul lah kan? Memanglah saya masih kepunyaan mak dan ayah lagi...jadi sesiapa yang mahu melamar diri ini, kenalah bertanya kepada mak dan ayah saya terlebih dahulu...kan? Kan? Kan? #^^#;;; Terima kasih buat Andi Agussalim @ Alim Hanas yang rajin melukis wajah saya yang comel ini...(masuk bakul lagi...) Hahahahaha....!!!! XP Oh ye, ini gambar asal...;) "Saya sudah berpunya, tetapi kepunyaan mak dan ayah saya..." ;P Mode petang ini: Seng...

Kuntum Cinta Yang Hilang

Hilangnya insan yang kucintai Setelah menerima jemputan dari Ilahi  Perginya takkan kembali Perpisahan ini pastinya abadi Hilangnya insan yang kucintai Setelah hilangnya rasa percaya dalam hatinya Atas kesilapan dan kealpaanku sebagai insan biasa Rasa cinta yang terbina kian pudar dan suram warnanya Hilangnya insan yang kucintai  Setelah lenyapnya cinta dalam hatinya Kerna diriku tidak punya apa-apa  Apabila harta, kedudukan, pencapaian, paras rupa dan keturunan menjadi ukuran Berbanding budi pekerti  Aku sentiasa mengharap  agar kuntum cinta yang berkembang mekar ini akan terus mengharumkan taman hatimu Walau kupupuk dan kujaga sepenuh hatiku, Namun apakan daya, Suatu masa, kuntum cinta ini kan layu jua. Kini, barulah ku mengerti Cinta manusia takkan kekal abadi Rasa cinta yang tumbuh pasti akan hilang suatu masa nanti Tuhanku, Kau hadiahkanlah kuntuman cintaMu yang kekal abadi ini buatku Sebagai pengganti kuntuman cinta insan yang sentiasa pergi Dari hidu...

Ceritera Makassar

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Phew!!! Sepeninggalanku ke bumi Sulawesi, tanah tumpahnya darah nenek moyangku (kerna diriku berasal dari keturunan Bugis), ternyata blog ini dibiarkan habuk 2 inci! Oh, sebelum itu, Aga Kareba? Hehehe... Cakap Bahasa Bugis pula di sini ;P Maaf, sebulan lebih tiada sebarang perkembangan...atas sebab pelbagai masalah teknikal...dan oh ya, jadual kegiatanku di Makassar, Indonesia yang sungguh padat tidak memungkinkanku untuk mencoret kata-kata di sini. Tetapi tidak mengapa, kini aku sudah kembali! \^0^/ ...walaupun proposal penyelidikanku masih belum diselesaikan buat masa ini...~_~;;; Namun, buat masa ini aku tidak punya masa untuk bercerita panjang mengenai segala aktiviti, pengalaman dan kisah suka duka yang telah kualami sepanjang 28 hari di Makassar...berikut merupakan diari ringkas sepanjang kegiatanku di sana: 6 - 9 Jun 2011 : Berkampung di Kolej Kediaman Kinabalu (8th RC), UM.- Menyiapkan makalah, kerja2 ...