Catatan

Ceritera Aku dan Komik

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah lama tidak mencoretkan rasa hati di blog ini. Rasa hati ini terpendam sekian lama, namun tatkala membaca novel Komika: Ada Apa Dengan Komik? karya Nazry Salam, ia mengingatkanku kepada kecintaanku selama ini. Kecintaanku terhadap melukis komik. Terdetik di hati untuk meluahkan rasa hati, bercerita tentang kisah cintaku dengan komik, dari awal hingga kini. Novel remaja kedua karya Nazry Salam (penulis komik bestseller Misi 8A) *Ceriteraku ini sangat panjang dan digalakkan untuk membaca cerita ini apabila mempunyai masa yang lapang. Aku mengenali komik sebelum menjejakkan kaki ke alam tadika. Waktu itu, aku begitu gemar membaca komik Doraemon yang sering dibeli oleh sepupuku. Komik Doraemon yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu itu begitu menarik hatiku, disebabkan ilustrasinya yang cantik dan halus serta jalan ceritanya yang menarik dan melucukan. Seringkali aku meminjam komik Doraemon daripada ...

Ceritera Awal Tahun 2012

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahh...sudah 2 bulan memasuki tahun 2012, tetapi Ceritera Hati masih belum ada sebarang entri terbaru!  Sah, bak kata teman sekampusku, "blog sudah pengsan!" Perkembangan terbaru tuan punya blog ini: Dalam proses menyiapkan tesis. Alhamdulillah, proposal penyelidikan sudah diluluskan pada 16 Disember 2011 yang lalu. Tajuk penyelidikanku: "Perkembangan Gaya dan Tema dalam Komik Melayu Era 1980-an dan Tahun 2000-2010". Sebuah kajian perbandingan dari sudut formalistik / gaya (melihat dari segi stroke lukisan, teknik dan lain-lain) dan tema dengan memilih komik dari dua era yang berbeza. Komik Mat Som (1989) karya Dato' Lat mewakili era 1980-an, sementara komik Misi 8A (2010) oleh kartunis bersaudara, iaitu Afiq Salam dan Nazry Salam mewakili komik Melayu tahun 2000-2010. Kajian ini juga mengenal pasti pengaruh asing yang terdapat pada komik yang dipilih.  Agak berdebar juga kerana aku mas...

Warkah Cinta Buat DIA

KepadaMu YA ALLAH, Aku ingin mencurahkan isi hati ini kepadaMu... Aku berasa malu... MALU sangat, YA ALLAH! Saat aku sedih, Saat aku sendiri tanpa ada yang menemani, Saat aku berasa terluka, Saat aku berasa takut akan segala ancaman yang mendatang, Saat aku ditimpa sakit dan keluh kesah, Barulah aku teringat padaMu! Mengapa aku jarang mengingatiMu saat aku peroleh kesenangan dan kegembiraan? Sedangkan kesenangan itu jugalah suatu UJIAN YANG LEBIH SUKAR berbanding ujian kesusahan! Kadangkala, aku BENCI pada diriku sendiri! Kadangkala, aku MALU meminta-minta kepadaMu... Walaupun kutahu, KAU pasti tidak akan menghampakan segala permintaanku, Walaupun kutahu, KAU sentiasa merindui keluhan dan doa hambaMu, Namun, seringkali aku melanggar segala perintahMu! Sungguh, akulah hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya... Sungguh, akulah hambaMu yang sentiasa dipenuhi noda dan dosa! Without YOU, I'm NOTHING! Namun, aku tetap memohon kepadaMu, Ya Allah, Yang Memiliki Segal...

...Doa (untuk muslimah)...

Imej
"Ya Allah, Pilihkan untuk kami pasangan yang soleh yang akan menyunting kami dan berkahwin dengan kami, dan menjadi teman kami di dunia dan syurga...."  p/s: Dipetik daripada teman sekampus saya di UM, Syahadatul Hafizah :)

Ceritera Hati Berwajah Baru!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ku doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Bagi yang baru sahaja tiba di blog Ceritera Hati, selamat datang kuucapkan. Bagi pembaca lama yang sentiasa singgah di blog ini... TADAA! Ada perubahan kan pada blog ini? Kini blog ini telah berwajah baru! Aku mekapkan blog ini supaya lebih comel... (sebenarnya sudah jemu dengan design lama, gambar bunga terapung-apung itu XP...) Comel tak? Haha, susah payah tahu touch-up semua tu! ;) p/s: Yang gambar gadis termenung di sebelah kanan tu bukan aku yang lukis, jadi kredit kepada pelukis asalnya (sebenarnya tidak tahu siapa pelukisnya). Buat masa ini (bagi sesiapa yang ada FB), aku sengaja menyepikan diri buat seketika, bagi memberi laluan kepadaku untuk menyelesaikan satu tugasan penting...tugasan tertunggak semenjak setahun yang lalu, tetapi aku perlu lakukan pembaikan semula terhadap tugasan itu, demi kebaikan bersama. Aku akan ...

Hari Raya bersama yang tiada...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau sudah memasuki 3 Syawal, namun harapnya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog yang tidak seberapa ini. Pada kesempatan ini, aku memohon sejuta kemaafan kalau sebarang tulisan di blog ini dan notes di Facebook ada yang mengguris hati kalian. Aku akui, aku adalah manusia biasa yang serba lemah dan tak pernah terlepas daripada berbuat kesilapan... "Taqabbalallahu minna wa minkum" - Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga Ramadan yang lalu telah menjadikan diri kita semua lebih bertakwa dan terus sentiasa mengingatiNya tidak kira sama ada senang atau susah. Insya Allah. Hari Raya kali ini bagiku ternyata sangat berbeza. Tidak lagi seperti sebelumnya. 1 Syawal 1432H...hari raya pertama. Kami berhari raya di dua tempat yang sangat signifikan...di Taman Baiduri, PJ dan Seksyen 9 Kota Damansara. 2 Syawal 1432H...hari raya kedua, kami ke Klang......

Komik : Aku, Dia dan Seterika

Imej
Huh??? Ada apa dengan seterika? Mengapa seterika jadi isu utama komik ini ya? ;P (Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas). Tajuk: Aku, Dia dan Seterika Pelukis: Rini S.  Media: Pensel mekanikal  Perisian grafik: PhotoScape  Tahun: 2011