Catatan

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Imej
Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Hari ini merupakan hari kedua kita meraikan hari kemenangan setelah sebulan kita berjuang menahan hawa nafsu makan, minum, semua benda larangan termasuk membawang, hehee... ~Phewww...serius sudah lama kutinggalkan blog ini tanpa sebarang cerita dan khabar. Entri paling terakhir - 2012. Dah 6 tahun kot! Zaini, where have you been all my life...-_- Apapun, entri tahun 2018 dimulakan dengan itinerari kembaraku ke destinasi yang sudah sekian lama kuimpikan...KRABI, THAILAND! Tarikh: 18 April - 21 April 2018 (4 hari 3 malam) Tempat: Krabi, Selatan Thailand (Ao Nang, bandar Krabi, Pulau Phi Phi, Bamboo Island, Emerald Pool, Khlong Thom, Sumate Koh Lanta Yai Safari Park) Ahli trip: Rini (tuan empunya blog), Anna, Diah, Nor (ketua trip) dan Ali (member Nor) Pantai Ao Phra Nang, atau Ao Nang, Krabi KRABI - destinasi mempesonakan, dengan keindahan alam semulajadinya, makanan sedap dan halal yang mudah didapa

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya

Imej
Saya masih terkenang sewaktu saya di bangku sekolah...apabila menjelang Syawal, perkara yang paling saya nantikan ialah...kiriman kad ucapan Hari Raya! Paling mesra disebut sebagai ‘kad raya’. Kad raya lazimnya dihantar oleh seseorang yang menetap jauh di perantauan kepada insan-insan yang disayanginya di kampung halaman – misalnya ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan tidak lupa...isteri / suami atau kekasih hati. Dapatlah dikatakan kad raya dijadikan sebagai pengganti diri kepada penerima, lebih-lebih lagi sang penghantar itu tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi meraikan lebaran. Namun, kad raya ini juga diperluaskan fungsinya dengan tidak sahaja dihantar kepada insan yang jauh di mata, tetapi juga yang seringkali kita jumpa, seperti rakan sekelas, sekuliah dan rakan pejabat, sebagai tanda penghargaan dan ingatan kita kerana mengenali dan menerima mereka sebagai sahabat yang mewarnai hidup kita.  Apabila saya ke sekolah, betapa gembiranya hati ini ap

Ceritera Aku dan Komik

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah lama tidak mencoretkan rasa hati di blog ini. Rasa hati ini terpendam sekian lama, namun tatkala membaca novel Komika: Ada Apa Dengan Komik? karya Nazry Salam, ia mengingatkanku kepada kecintaanku selama ini. Kecintaanku terhadap melukis komik. Terdetik di hati untuk meluahkan rasa hati, bercerita tentang kisah cintaku dengan komik, dari awal hingga kini. Novel remaja kedua karya Nazry Salam (penulis komik bestseller Misi 8A) *Ceriteraku ini sangat panjang dan digalakkan untuk membaca cerita ini apabila mempunyai masa yang lapang. Aku mengenali komik sebelum menjejakkan kaki ke alam tadika. Waktu itu, aku begitu gemar membaca komik Doraemon yang sering dibeli oleh sepupuku. Komik Doraemon yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu itu begitu menarik hatiku, disebabkan ilustrasinya yang cantik dan halus serta jalan ceritanya yang menarik dan melucukan. Seringkali aku meminjam komik Doraemon daripada