Diriku bukan insan sempurna, maaf untuk segalanya =(
"Nobody is perfect." Ya. Akulah manusia itu. Hanya insan biasa. Punya sempurna sifat, tapi masih ada cacat celanya. Masih ada sisi hitam yang sukar untuk dikikis. Aku juga seorang yang tidak pandai menyembunyikan perasaan. Sukar menjadi seorang yang 'plastik'. Apabila aku tidak berpuas hati akan sesuatu, wajahku akan menggambarkannya. Apabila aku marah dan kecewa, aku tidak berupaya menguntum senyum lagi. Aku tidak mampu untuk ketawa tatkala hati bergelodak marah. Aku cuba juga untuk mengatasi perasaan kurang senang itu, namun gagal. Ternyata ia sangat sukar bagiku. Payah. Suatu petang itu, pada waktu itu, aku seolah-olah memprotes semua orang. Namun, lama-kelamaan aku merasakan ia suatu tindakan yang bodoh. Tidak matang. Aku sendiri berasa tidak matang walau umur mencecah 24 tahun pada Disember kelak. Sebab itulah aku katakan, aku adalah manusia yang tidak sempurna. Aku tidak berupaya memenangi hati semua pihak. Malah, aku berasa malu kerana berti