Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

GOOD LUCK!!!

Imej
Dedikasi khas buat: Kawan-kawan seperjuanganku ~ M.A Pengajian Melayu Sesi 2010/2011 (coursework & partial) My sister...Miss Hime Chan (UNIMAS) - tinggal satu 'paper' je lagi kan... Kawan-kawan di IPTA lain yang baru atau sedang menjalani peperiksaan akhir... Adik-adikku (termasuk sepupu) yang merupakan calon SPM tahun ni: ~Diah Kioga (adikku!!! ^^) ~Anis Shahrul (Bidor) ~Siti Nur Ayuni (PJ) ~Madina (Perlis) ~Hafiz (Puchong)

"Cinta tak semestinya memiliki"

Imej
Wah wah wah...apakah ini? Sejak bila Rini Safiyyah berbicara mengenai soal cinta ye?? =P Okay, entri kali ni bukan nak membuka pekung di dada ya. Ini bukan berkenaan kisah cinta saya sebab saya akui buat masa ini saya masih belum berpengalaman merasai itu semua. Abaikan status "It's Complicated" dalam FB kerana ia langsung tidak ada kena mengena dengan entri kali ni. Sebenarnya...selepas makan malam, macam biasa saya menolong mak mengemas dapur (ceewah...).Selalunya sambil menyiapkan kerja, kami akan berbual-bual mengenai pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini. Seringkali perihal agama, berkongsi-kongsi ilmu yang mak peroleh melalui pembacaan dan mendengar radio IKIM, sementara saya pula melalui internet. Namun, pada malam tadi, mak terbuka cerita berkenaan kisah pahit yang dialami oleh salah seorang sahabat akrab mak saya. Jadi, kisah pahit itulah yang saya mahu 'share' di sini, namun tak bermakna nak mengaibkan nama baiknya, sebab saya takkan letak nama p

10 perkara tentang RINI SAFIYYAH

Seorang yang sangat mudah berubah 'mood'nya. Boleh jadi dalam satu hari itu, pagi moodnya OK, tetapi pada sebelah petang tiba-tiba jadi 'bad mood'. Pendiam dan pemalu. Tetapi apabila bersama kawan rapat dan keluarga, tiba-tiba mulutnya jadi becok mengalahkan Minah Kepoh. Apabila meminati seseorang, dia hanya akan membuat wajah selamba dan berpura-pura tidak tahu apabila berhadapan dengan jejaka tersebut, tetapi dalam masa yang sama jantungnya berdegup kencang sampai nyaris tertanggal lalu terjatuh ke tanah. Satu lagi, dia juga jarang bertegur sapa dengan orang yang diminatinya. Malu... Tidak suka makan sayur yang bermula dengan huruf 'T' - timun, tomato, terung dan paling penting, taugeh. Paling benci akan bunyi mercun. Serangga paling ditakuti : LIPAS. Sanggup melepak di dalam kedai buku berjam-jam lamanya. =P Sangat sayangkan kucing ^_^ Agak kelelakian sewaktu kanak-kanak: bola sepak, figura Ultraman termasuk dalam senarai permainan kegemaran =