Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Apabila wang berjaya membutakan mata dan hati...

" Login FB dapat RM100 hari-hari ". " Hidup untuk kaya adalah impian semua orang. Hendak tahu kaedah yang membolehkan anda mendapat jutaan ringgit (tanpa henti) setiap hari, sila masukkan nombor telefon dan e-mail ke dalam inbox. Saya akan tunjukkan caranya. " Saya percaya semua yang mempunyai akaun FB pernah mendapat mesej-mesej seperti di atas. Begitu juga dengan saya, yang membuatkan saya berasa jelak dan muak. Jelak dan muak kerana percaya itu semua KARUT belaka. Hati saya menolak segala tawaran itu walaupun ketika ini saya memang tengah sesak. Bagi saya konsep untuk hidup senang ialah bermula dengan usaha dan susah payah, barulah akan menikmati hasilnya, bukannya hanya goyang kaki tahu2 sudah bergolek wang ringgit di hadapan mata. Ooh... nonsense ! Kalau nak ikutkan saya peduli apa sekiranya dapat mesej2 begini. Cuma tekan delete dan hilanglah mesej ini. Tapi apa yg membuatkan saya terkejut, salah seorang sahabat di FB ( sorry to say , dia mempunyai ilmu

Koleksi gambar dari bumi Siam =)

Imej
Hari ini mood aku dok upload gambar2 yg ada dari dalam hard disk laptop aku ni. Petang tadi upload gambar 'old-skool-time' di profile Facebook, tapi dlm blog ni aku upload gambar2 yang aku dapat daripada ayah angkat aku dari Selatan Thailand. Huhu... Tengah hari tadi, aku dapat e-mel daripada ayah angkat. Bila aku check, rupanya dia hantar gambar. Tapi semuanya gambar pemandangan di puncak gunung...ermm...tak kutahu kat mana gunung tu tapi Subhanallah...indah belaka! Yang penting di Thailand la tp tak tahu kat province yg mana. Cuma yang pelik, tak ada pula muka ayah angkat kat dalam gambar tu. Tapi tak kisah la, apa pun terima kasih kerana sudi berkongsi dengan saya, ayah! =) Nice pic! p/s: Bilalah aku dapat ke sana lagi? Rindu pada kenangan manis di Thailand suatu masa dahulu...hu3 =(

Mukadimah :: Sebuah Permulaan...

Salam buat semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ini... Eh, mengapa pula saya berada di sini, ya? Bertukar anginkah? Hehe...mungkin ada benarnya, saya sengaja menukar angin sepoi-sepoi bahasa di sini. Akhirnya saya berhijrah ke Blogspot pada tahun 2010 ini. Namun begitu, blog lama saya di LiveJournal masih wujud, cuma ia tidak seaktif dahulu. Lagipun, blog lama saya itu agak bersifat peribadi (adakalanya saya meluahkan kata hati di situ). Oleh sebab itu, saya cuba untuk mewujudkan sebuah lagi blog yang lebih bersifat umum dan sesuai dibaca oleh semua golongan. Tiada bersifat peribadi (luahan ala 'jiwa kacau'), perkauman mahupun berbaur politik. Heh3. Tetapi kamu mungkin tertanya-tanya, mengapa pula blog ini diberi nama Ceritera Daripada Hati sedangkan baru tadi saya berkata bahawa tiada yang bersifat peribadi di sini. He3, baiklah saya hendak terangkanlah ini. Sebenarnya bukan mudah hendak mencari tajuk yang sesuai (kes tak ada idea la ini...) jadi entah mengapa terlinta