Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Kisah Klasik untuk Masa Depan #1: Surat Pena

Imej
Post kali ini aku cuba untuk mengajak para pembaca sekalian untuk melupakan sejenak Facebook, Twitter, Wikileaks (sungguh kontroversi ini website), Iphone dan macam-macam lagi yang menduduki carta popular di enjin carian Google. Sila lupakan mereka semua di atas buat sementara waktu! =P Aku ingin membawa anda ke masa silam, yang mana anda mungkin pernah alaminya suatu masa dahulu. Oh ya, awal-awal aku ingatkan kepada sesiapa yang tidak berminat untuk membaca kisah berkenaan kisah lampau (maklum la, berbaur sejarah...tentu mengantuk!), dipersilakan untuk mengundurkan diri daripada terus membaca post kali ini. Terima kasih! Kepada yang tetap setia untuk membaca post ini, sila pasangkan mata dan hati. Haha, ini bukan post yang serius dan berat untuk difikirkan seperti seputar dunia politik dan gejala sosial yang mengecamukkan kepala otak, tetapi hanya sekadar untuk mengimbau kenangan lampau yang mungkin pernah mewarnai hari muda anda suatu ketika dahulu... Kali ini aku ingin bercerit

Meniti usia, Melangkah ke tahun baharu dengan azam baharu

Sekarang sudah melangkah ke 11 Muharram. Sudah 11 hari meraikan tahun baharu Hijrah. 10 Disember juga sudah berlalu. Dengan rasminya umurku mencecah 24. 24??? Sementara kawan-kawanku yang lain (selain bulan Disember) akan melangkah ke 25 lebih awal. Kira aku muda lagilah kan? Hehehe... Kepada rakan-rakan FB yang menghadiahkan ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiranku, jutaan terima kasih kuucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas baik budi kalian. Aku turut mendoakan agar kalian juga diberkati Tuhan, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, serta bagi yang masih belum berpunya cepat2 bertukar status. Hahaha...=P Selepas Isyak tadi, mak ada tunjukkan satu artikel (majalah Anis) yang benar-benar memberiku semangat. Artikel itu menceritakan seorang penulis novel Islami di negara ini (bapanya seorang penulis dan penerbit rancangan dokumentari & drama TV Islami terkenal) yang akhirnya bertemu jodoh tepat pada masa yang telah beliau tetapkan setelah bersungguh-sungguh berdo