Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Warkah Cinta Buat DIA

KepadaMu YA ALLAH, Aku ingin mencurahkan isi hati ini kepadaMu... Aku berasa malu... MALU sangat, YA ALLAH! Saat aku sedih, Saat aku sendiri tanpa ada yang menemani, Saat aku berasa terluka, Saat aku berasa takut akan segala ancaman yang mendatang, Saat aku ditimpa sakit dan keluh kesah, Barulah aku teringat padaMu! Mengapa aku jarang mengingatiMu saat aku peroleh kesenangan dan kegembiraan? Sedangkan kesenangan itu jugalah suatu UJIAN YANG LEBIH SUKAR berbanding ujian kesusahan! Kadangkala, aku BENCI pada diriku sendiri! Kadangkala, aku MALU meminta-minta kepadaMu... Walaupun kutahu, KAU pasti tidak akan menghampakan segala permintaanku, Walaupun kutahu, KAU sentiasa merindui keluhan dan doa hambaMu, Namun, seringkali aku melanggar segala perintahMu! Sungguh, akulah hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya... Sungguh, akulah hambaMu yang sentiasa dipenuhi noda dan dosa! Without YOU, I'm NOTHING! Namun, aku tetap memohon kepadaMu, Ya Allah, Yang Memiliki Segal

...Doa (untuk muslimah)...

Imej
"Ya Allah, Pilihkan untuk kami pasangan yang soleh yang akan menyunting kami dan berkahwin dengan kami, dan menjadi teman kami di dunia dan syurga...."  p/s: Dipetik daripada teman sekampus saya di UM, Syahadatul Hafizah :)

Ceritera Hati Berwajah Baru!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ku doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Bagi yang baru sahaja tiba di blog Ceritera Hati, selamat datang kuucapkan. Bagi pembaca lama yang sentiasa singgah di blog ini... TADAA! Ada perubahan kan pada blog ini? Kini blog ini telah berwajah baru! Aku mekapkan blog ini supaya lebih comel... (sebenarnya sudah jemu dengan design lama, gambar bunga terapung-apung itu XP...) Comel tak? Haha, susah payah tahu touch-up semua tu! ;) p/s: Yang gambar gadis termenung di sebelah kanan tu bukan aku yang lukis, jadi kredit kepada pelukis asalnya (sebenarnya tidak tahu siapa pelukisnya). Buat masa ini (bagi sesiapa yang ada FB), aku sengaja menyepikan diri buat seketika, bagi memberi laluan kepadaku untuk menyelesaikan satu tugasan penting...tugasan tertunggak semenjak setahun yang lalu, tetapi aku perlu lakukan pembaikan semula terhadap tugasan itu, demi kebaikan bersama. Aku akan kemb

Hari Raya bersama yang tiada...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau sudah memasuki 3 Syawal, namun harapnya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog yang tidak seberapa ini. Pada kesempatan ini, aku memohon sejuta kemaafan kalau sebarang tulisan di blog ini dan notes di Facebook ada yang mengguris hati kalian. Aku akui, aku adalah manusia biasa yang serba lemah dan tak pernah terlepas daripada berbuat kesilapan... "Taqabbalallahu minna wa minkum" - Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga Ramadan yang lalu telah menjadikan diri kita semua lebih bertakwa dan terus sentiasa mengingatiNya tidak kira sama ada senang atau susah. Insya Allah. Hari Raya kali ini bagiku ternyata sangat berbeza. Tidak lagi seperti sebelumnya. 1 Syawal 1432H...hari raya pertama. Kami berhari raya di dua tempat yang sangat signifikan...di Taman Baiduri, PJ dan Seksyen 9 Kota Damansara. 2 Syawal 1432H...hari raya kedua, kami ke Klang...

Komik : Aku, Dia dan Seterika

Imej
Huh??? Ada apa dengan seterika? Mengapa seterika jadi isu utama komik ini ya? ;P (Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas). Tajuk: Aku, Dia dan Seterika Pelukis: Rini S.  Media: Pensel mekanikal  Perisian grafik: PhotoScape  Tahun: 2011 

Paling Comel...=P

Imej
Hahaha....berapa kali saya menatap lukisan ini, saya asyik ketawa...sangat lucu, namun comel! (Masuk bakul angkat sendiri). Nampaknya sang pelukis ini masih teringat kenangan sewaktu saya dan kawan-kawan Delegasi Sarjana APM ke Makassar tiba di Wajo...yang mana ketika itu merupakan sesi suaikenal. Paling tak boleh lupa, setiap seorang akan ditanya 'status' masing-masing...jadi saya sengaja berlawak dengan mereka semua...saya beritahu bahawa saya sebenarnya 'sudah berpunya'...tetapi kepunyaan mak dan ayahlah! =P Betul lah kan? Memanglah saya masih kepunyaan mak dan ayah lagi...jadi sesiapa yang mahu melamar diri ini, kenalah bertanya kepada mak dan ayah saya terlebih dahulu...kan? Kan? Kan? #^^#;;; Terima kasih buat Andi Agussalim @ Alim Hanas yang rajin melukis wajah saya yang comel ini...(masuk bakul lagi...) Hahahahaha....!!!! XP Oh ye, ini gambar asal...;) "Saya sudah berpunya, tetapi kepunyaan mak dan ayah saya..." ;P Mode petang ini: Seng

Kuntum Cinta Yang Hilang

Hilangnya insan yang kucintai Setelah menerima jemputan dari Ilahi  Perginya takkan kembali Perpisahan ini pastinya abadi Hilangnya insan yang kucintai Setelah hilangnya rasa percaya dalam hatinya Atas kesilapan dan kealpaanku sebagai insan biasa Rasa cinta yang terbina kian pudar dan suram warnanya Hilangnya insan yang kucintai  Setelah lenyapnya cinta dalam hatinya Kerna diriku tidak punya apa-apa  Apabila harta, kedudukan, pencapaian, paras rupa dan keturunan menjadi ukuran Berbanding budi pekerti  Aku sentiasa mengharap  agar kuntum cinta yang berkembang mekar ini akan terus mengharumkan taman hatimu Walau kupupuk dan kujaga sepenuh hatiku, Namun apakan daya, Suatu masa, kuntum cinta ini kan layu jua. Kini, barulah ku mengerti Cinta manusia takkan kekal abadi Rasa cinta yang tumbuh pasti akan hilang suatu masa nanti Tuhanku, Kau hadiahkanlah kuntuman cintaMu yang kekal abadi ini buatku Sebagai pengganti kuntuman cinta insan yang sentiasa pergi Dari hidupku… RINI S. 8 Ogos 201

Ceritera Makassar

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Phew!!! Sepeninggalanku ke bumi Sulawesi, tanah tumpahnya darah nenek moyangku (kerna diriku berasal dari keturunan Bugis), ternyata blog ini dibiarkan habuk 2 inci! Oh, sebelum itu, Aga Kareba? Hehehe... Cakap Bahasa Bugis pula di sini ;P Maaf, sebulan lebih tiada sebarang perkembangan...atas sebab pelbagai masalah teknikal...dan oh ya, jadual kegiatanku di Makassar, Indonesia yang sungguh padat tidak memungkinkanku untuk mencoret kata-kata di sini. Tetapi tidak mengapa, kini aku sudah kembali! \^0^/ ...walaupun proposal penyelidikanku masih belum diselesaikan buat masa ini...~_~;;; Namun, buat masa ini aku tidak punya masa untuk bercerita panjang mengenai segala aktiviti, pengalaman dan kisah suka duka yang telah kualami sepanjang 28 hari di Makassar...berikut merupakan diari ringkas sepanjang kegiatanku di sana: 6 - 9 Jun 2011 : Berkampung di Kolej Kediaman Kinabalu (8th RC), UM.- Menyiapkan makalah, kerja2

Warkah Buat Nenek

Awal pagi ini, aku terkenangkan dia. Nenek. Sewaktu aku masih di bangku sekolah, masih ku ingat betapa dia begitu arif dengan selera makanku. Dia tahu benar aku seorang yang cerewet makan. Mak sendiri tak tahan dengan seleraku yang macam-macam itu. Aku masih ingat, bila aku datang bertandang ke rumah nenek, dia pasti akan hidangkan masakan kegemaranku, kari ayam dan kuah sardin. Seronok dia tengok cucunya itu makan nasi berpinggan-pinggan. Apabila tibanya Hari Raya, nenek hidangkan nasi himpit, rendang dan kuah kacang yang paling kugemari. Kelazatan masakan nenek setanding dengan masakan mak. Aku masih ingat semua itu. Sewaktu aku sakit demam, nenek akan mengubatiku dengan cara tradisional, menggunakan kunyit. Dalam kelesuan dan lemah kerana dilanda demam, rasa lucu juga melihat muka dan seluruh badan serba kuning, ditandai kesan kunyit. Malah, waktu aku mengalami sakit kepala yang teruk, dia pernah melumurkan kepalaku dengan perahan air asam jawa. Tanda kasih tak terhingga kepada

~Portfolio~

Imej
*Himpunan 'artwork' yang saya 'upload' di album gambar Facebook  ^_^

Tanpa Tajuk

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Beberapa hari yang lepas (akhir bulan Mac yang lalu), saya dapat tahu melalui status dan gambar yang di'upload' dalam profail ayah angkat dan Aajaan Abd Razak Panaemalae (pensyarah di Universiti Walailak) di Facebook, bahawa  banjir besar berlaku di Nakhon Si Thammarat, Thailand. Pada waktu diberitahu, hujan turun tidak henti dan angin kencang. Sebenarnya ini bukan pertama kali berlaku kerana pada akhir tahun lepas, kejadian banjir juga pernah berlaku di tempat yang sama, namun banjir kali ini agak kritikal kerana menurut Aajaan Razak, terdapat beberapa kampung yang terputus hubungan akibat bencana tersebut. Malah, kakak saya memberitahu (dia ada menonton Buletin Utama di TV3 - malang bagi saya, sebab TV di rumah saya rosak pula, jadi tidak dapat mengikuti berita di sana >_<), ada beberapa orang penduduk di sana yang terkorban, namun tidak pasti berapa ramai mangsa yang terlibat. Apabila saya melihat gambar-g

Dunia Komik: Graphic Diary (GD)

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah lama saya tidak menyiarkan entri yang berkaitan dengan dunia komik. Setahun yang lalu, saya ada menulis entri bertajuk 'Komik Syariah Compliant' (SC) yang menyentuh tentang perbezaan antara komik konvensional dengan Komik SC yang diperkenalkan oleh syarikat penerbitan PTS Millenia (anak syarikat PTS Publications). Boleh klik pada link ini untuk bacaan lanjut. Entri kali ini saya ingin membawa kepada salah satu genre dalam komik, dinamakan sebagai Graphic Diary (GD). Berdasarkan pemerhatian saya, setakat ini di Malaysia, genre komik lain seperti  Graphic Novel sedang berkembang pesat, dan diusahakan oleh beberapa buah syarikat penerbitan, antaranya Gempak Starz (lebih cenderung ke arah komik berkonsepkan manga hasil karya pekomik tempatan), Komik-M (PTS Millenia), dan Ana Muslim (Blue-T Publications). Saya percaya, semua peminat komik sudah mengenali apa itu Graphic Novel, tetapi tentu ada yang belum menge

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

Imej
Prolog "Kamu belajar dalam bidang apa di UM?" "Pengajian Melayu." "Pengajian Melayu? Kamu kerja apa nanti kalau ambil bidang ini? " Satu soalan wajib yang kuterima sejak berada di peringkat ijazah pertama ( Bachelor degree ) lagi.  Oh, paling tidak pun akan ada yang tanya begini; "Nanti kamu akan menjadi gurukah apabila tamat pengajian nanti?" Sekiranya hakikatnya benar, seronok juga. Namun apakan daya, cita-cita yang  kuimpikan semenjak kecil itu tidak tercapai buat masa ini. Belum ada rezeki, barangkali. Mungkin juga aku tidak ada bakat hendak mengajar di depan kelas. Menyeksakan jiwa raga pelajar sahaja sekiranya mendapat guru sepertiku ini. Hahaha! Mungkin suatu ketika dahulu, apabila menyebut bidang Pengajian Melayu, tentu ramai yang kagum dan bangga. Yalah, setelah menamatkan pengajian, peluang pekerjaan terbuka luas. Tidak sempat hendak berehat lama-lama di rumah, sudah mendapat tawaran pekerjaan. Bagi yang menyambung pengajian ke

Gerimis di langit, gerimis di hati...dan tsunami...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah sekian lama menghilangkan diri... Sudah sekian lama menyepi... Sudah sekian lama jari tidak menari-nari di atas papan kekunci... Namun, Hilang tidak bermakna terus hanyut... Menyepi tidak bererti terus membisu... Dalam hati, sudah penuh dengan segala isi yang ingin dicurah~! Hari ini (11 Mac 2011), di akademi, suasana begitu 'panas' walaupun gerimis membasahi bumi sepanjang hari ini. Semuanya berpunca daripada isu persepsi terhadap bahasa. Ada yang menganggap menguasai bahasa ibunda semata-mata tidak mampu membawa kita ke mana-mana. Ada juga yang menganggap bahasa Inggeris  seolah-olah menjadi 'pintu rezeki' - sekiranya kita dapat menguasai bahasa Inggeris, maka peluang untuk mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian adalah sangat cerah. Aku sendiri sebenarnya agak terusik juga dengan kenyataan ini. Yalah, aku sendiri pun antara yang tergolong dalam golongan yang tidak mendapat pekerjaan

10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri

(Artikel ini dipetik daripada laman web I Luv Islam.com - tulisan Syarin Samsuri) Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri. 1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? 2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya. 3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. 4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. 5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai ' warm up ' dan dapat mengaktifkan diri seseorang. 6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu. 7

Definisi SAHABAT

Apa erti sahabat??? Definisi SAHABAT (pada akhir zaman ini): A. Sahabat yang hadir pada waktu senang, gembira dan saling gelak ketawa...HAHAHA!!! B. Sahabat yang melarikan diri, menghilangkan diri tatkala diri dilanda kesusahan dan kesempitan hidup. C. Sahabat yang muncul tiba-tiba setelah lama menghilangkan diri, tetapi disertakan dengan niat dan tujuan tertentu. (contoh: mahu pinjam duit dll.) D. Sahabat dunia akhirat. Tidak kira waktu senang atau susah, dia sentiasa ada di sisi. Tumpang gembira apabila diri mendapat kejayaan, dan turut mengalirkan air mata apabila diri menerima musibah. (Sahabat jenis ini hanya satu dalam sejuta dalam dunia yang serba mencabar ini.) Anda tergolong dalam kategori yang mana?

Masa oh Masa...

Januari 2011... Begitu cepat masa berlalu... Adikku, Asri sudah melangkah ke sekolah menengah...sudah bergelar pelajar Tingkatan Satu Adikku, Diah sudah menamatkan persekolahannya setelah menduduki peperiksaan SPM... Kakakku, Zanna Hime sudah bergelar pelajar tahun akhir. Insya Allah semester kali ini merupakan semester terakhir berada di UNIMAS Sarawak... Aku... Sudah melangkah masuk ke Semester 2... Eh??? Esok kelas sudah bermula! Ahhhh!!!! >_<;;;;

~R-I-P~

Imej
Allah sangat sayangkan kamu. Jadi... Rest in peace. Semoga kamu tenang di sana...T_T 2008 - 2011 2009-2010

Kisah Klasik untuk Masa Depan #2: Aku dan Pantai

Imej
Running around the sandy beach barefooted So happy, so enjoyable Humming along a song (YUI - "Sea") Suatu masa dahulu, aku pernah 'tercampak' ke pulau ini. Sejak aku di bangku sekolah lagi, iait u sewaktu aku dan k eluarga menetap di Labuan, Malaysia Timur pada tahun 2001, pantai seolah-olah tempat 're treat' untuk aku melepaskan lelah, penat dan tekanan perasaan kerana be lajar d an masa lah lain... Apabila mata menatap pemandangan di tepi pantai... Subhanallah...indah! Apabila pipi ditampar manja dek angin laut... Apabila kaki memijak pasir pantai dan gigi ai r... Terasa hilang seketika perasaan gundah yang melanda hati p ada waktu itu. Sejak itu, aku terus jatuh cinta dengan keindahan pantai... Maklum, selama ini, sejak aku kecil, jarang sungguh aku bertemu dengan pantai. Yalah, di Petaling Jay a, di tengah bandar yang penuh kesesakan dan kesibukan, mana ada pantai yang boleh kulawati apabila hati berasa gundah? Di Kuala Lumpur, ada suatu