Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Kisah Klasik untuk Masa Depan #1: Surat Pena

Imej
Post kali ini aku cuba untuk mengajak para pembaca sekalian untuk melupakan sejenak Facebook, Twitter, Wikileaks (sungguh kontroversi ini website), Iphone dan macam-macam lagi yang menduduki carta popular di enjin carian Google. Sila lupakan mereka semua di atas buat sementara waktu! =P Aku ingin membawa anda ke masa silam, yang mana anda mungkin pernah alaminya suatu masa dahulu. Oh ya, awal-awal aku ingatkan kepada sesiapa yang tidak berminat untuk membaca kisah berkenaan kisah lampau (maklum la, berbaur sejarah...tentu mengantuk!), dipersilakan untuk mengundurkan diri daripada terus membaca post kali ini. Terima kasih! Kepada yang tetap setia untuk membaca post ini, sila pasangkan mata dan hati. Haha, ini bukan post yang serius dan berat untuk difikirkan seperti seputar dunia politik dan gejala sosial yang mengecamukkan kepala otak, tetapi hanya sekadar untuk mengimbau kenangan lampau yang mungkin pernah mewarnai hari muda anda suatu ketika dahulu... Kali ini aku ingin bercerit

Meniti usia, Melangkah ke tahun baharu dengan azam baharu

Sekarang sudah melangkah ke 11 Muharram. Sudah 11 hari meraikan tahun baharu Hijrah. 10 Disember juga sudah berlalu. Dengan rasminya umurku mencecah 24. 24??? Sementara kawan-kawanku yang lain (selain bulan Disember) akan melangkah ke 25 lebih awal. Kira aku muda lagilah kan? Hehehe... Kepada rakan-rakan FB yang menghadiahkan ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiranku, jutaan terima kasih kuucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas baik budi kalian. Aku turut mendoakan agar kalian juga diberkati Tuhan, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, serta bagi yang masih belum berpunya cepat2 bertukar status. Hahaha...=P Selepas Isyak tadi, mak ada tunjukkan satu artikel (majalah Anis) yang benar-benar memberiku semangat. Artikel itu menceritakan seorang penulis novel Islami di negara ini (bapanya seorang penulis dan penerbit rancangan dokumentari & drama TV Islami terkenal) yang akhirnya bertemu jodoh tepat pada masa yang telah beliau tetapkan setelah bersungguh-sungguh berdo

GOOD LUCK!!!

Imej
Dedikasi khas buat: Kawan-kawan seperjuanganku ~ M.A Pengajian Melayu Sesi 2010/2011 (coursework & partial) My sister...Miss Hime Chan (UNIMAS) - tinggal satu 'paper' je lagi kan... Kawan-kawan di IPTA lain yang baru atau sedang menjalani peperiksaan akhir... Adik-adikku (termasuk sepupu) yang merupakan calon SPM tahun ni: ~Diah Kioga (adikku!!! ^^) ~Anis Shahrul (Bidor) ~Siti Nur Ayuni (PJ) ~Madina (Perlis) ~Hafiz (Puchong)

"Cinta tak semestinya memiliki"

Imej
Wah wah wah...apakah ini? Sejak bila Rini Safiyyah berbicara mengenai soal cinta ye?? =P Okay, entri kali ni bukan nak membuka pekung di dada ya. Ini bukan berkenaan kisah cinta saya sebab saya akui buat masa ini saya masih belum berpengalaman merasai itu semua. Abaikan status "It's Complicated" dalam FB kerana ia langsung tidak ada kena mengena dengan entri kali ni. Sebenarnya...selepas makan malam, macam biasa saya menolong mak mengemas dapur (ceewah...).Selalunya sambil menyiapkan kerja, kami akan berbual-bual mengenai pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini. Seringkali perihal agama, berkongsi-kongsi ilmu yang mak peroleh melalui pembacaan dan mendengar radio IKIM, sementara saya pula melalui internet. Namun, pada malam tadi, mak terbuka cerita berkenaan kisah pahit yang dialami oleh salah seorang sahabat akrab mak saya. Jadi, kisah pahit itulah yang saya mahu 'share' di sini, namun tak bermakna nak mengaibkan nama baiknya, sebab saya takkan letak nama p

10 perkara tentang RINI SAFIYYAH

Seorang yang sangat mudah berubah 'mood'nya. Boleh jadi dalam satu hari itu, pagi moodnya OK, tetapi pada sebelah petang tiba-tiba jadi 'bad mood'. Pendiam dan pemalu. Tetapi apabila bersama kawan rapat dan keluarga, tiba-tiba mulutnya jadi becok mengalahkan Minah Kepoh. Apabila meminati seseorang, dia hanya akan membuat wajah selamba dan berpura-pura tidak tahu apabila berhadapan dengan jejaka tersebut, tetapi dalam masa yang sama jantungnya berdegup kencang sampai nyaris tertanggal lalu terjatuh ke tanah. Satu lagi, dia juga jarang bertegur sapa dengan orang yang diminatinya. Malu... Tidak suka makan sayur yang bermula dengan huruf 'T' - timun, tomato, terung dan paling penting, taugeh. Paling benci akan bunyi mercun. Serangga paling ditakuti : LIPAS. Sanggup melepak di dalam kedai buku berjam-jam lamanya. =P Sangat sayangkan kucing ^_^ Agak kelelakian sewaktu kanak-kanak: bola sepak, figura Ultraman termasuk dalam senarai permainan kegemaran =

Perancangan 2011

Hari ini, rakyat Malaysia sedang sibuk membincangkan Bajet (Belanjawan) 2011 yang baru sahaja dibentangkan. Seperti biasa, aku sering tidak mempedulikan semua ini sebab biar segah mana pun perancangan orang atasan, bagi aku yang merupakan rakyat marhen (sudahlah menganggur, hendak sambung belajar pun atas inisiatif sendiri; ihsan daripada keluarga sahaja) tidak berasa apa-apa yang istimewa melainkan hanya tumpang mendengar sahaja. Sedangkan bajet tahun lepas entah sudah dilaksanakan ataupun tidak... Kalau mereka sibuk dengan bajet negara pada tahun hadapan, aku pula perlu fokus untuk perancangan hidupku pada tahun 2011 (kalau panjang umurlah). Tahun 2011 nanti, aku ingin... * Menyelesaikan pengajianku yang dijangka berakhir pada akhir tahun 2011 (Insya Allah). Moga-moga aku dapat bergraduasi pada tahun berikutnya (2012). Insya Allah. * Menulis dua atau tiga buah novel. Insya Allah, akhir tahun ini aku cuba untuk menyiapkan novel kedua pula. * Ingin melihat novel pertamaku dilet

Diriku bukan insan sempurna, maaf untuk segalanya =(

"Nobody is perfect." Ya. Akulah manusia itu. Hanya insan biasa. Punya sempurna sifat, tapi masih ada cacat celanya. Masih ada sisi hitam yang sukar untuk dikikis. Aku juga seorang yang tidak pandai menyembunyikan perasaan. Sukar menjadi seorang yang 'plastik'. Apabila aku tidak berpuas hati akan sesuatu, wajahku akan menggambarkannya. Apabila aku marah dan kecewa, aku tidak berupaya menguntum senyum lagi. Aku tidak mampu untuk ketawa tatkala hati bergelodak marah. Aku cuba juga untuk mengatasi perasaan kurang senang itu, namun gagal. Ternyata ia sangat sukar bagiku. Payah. Suatu petang itu, pada waktu itu, aku seolah-olah memprotes semua orang. Namun, lama-kelamaan aku merasakan ia suatu tindakan yang bodoh. Tidak matang. Aku sendiri berasa tidak matang walau umur mencecah 24 tahun pada Disember kelak. Sebab itulah aku katakan, aku adalah manusia yang tidak sempurna. Aku tidak berupaya memenangi hati semua pihak. Malah, aku berasa malu kerana berti

Perutusan Idul Fitri 1431 H

Imej
Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Segala puji hanya untuk Allah S.W.T. "Taqabbalallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima amalan dan ibadat kita semua di bulan Ramadan). Ramadan berlalu pergi, dan pemergiannya tetap dirindui. Semoga dengan keizinanNya, aku akan bertemu lagi dengan Ramadan kerana aku berasa tidak puas berdampingan dengannya. Syawal dirai dengan penuh kesyukuran. p/s: Tapi mengapa program raya di TV kali ini banyak sangat disiarkan filem hantu seram angker? Meluat pula rasanya. Ingat Raya ni perayaan Halloween ke??? Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri 1431H kepada semua pembaca blog ini serta semua yang mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf andai ada sebarang tulisan yang menyakitkan hati kalian selama ini. Kepada sahabat-sahabat saya yang berada di perantauan pada hari raya kali ini, harap jangan bersedih. Tabahkan hati kalian kerana saya percaya kalian antara insan terhebat yang tetap merayakan Idul Fitri tanpa keluarga te

Kabare aku...14 Ramadan 1431

Huhu, sejak akhir-akhir ni, aku lebih suka memerapkan diri di rumah. Selalunya masa ini aku pasti akan berada di Main Lib UM untuk mencari bahan research proposal yang seringkali ditanya lecturer saban minggu tu (wahh, ayat...tak tahan!). Tapi disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik kerana diserang virus trojan...ehh...bukan, virus selesema, jadi aku mengambil keputusan untuk berehat di rumah saja (aku tak rela sakitku bertambah teruk dek penangan air-cond library yang terlalu sejuk membeku macam di Antartika!). Lagi tak seronoknya, sudahlah diserang selesema, otak pun jadi 'beku' memikirkan tajuk proposal untuk subjek Kualitatif. Sudahlah perlu dibentangkan dalam seminar lepas Raya nanti. Minta-minta sempatlah siap nanti, huk3! (Nasib kau la jadi student Master, jangan nak membebel macam-macam pula!) Ok, tajuk sebenarnya sudah ada, tapi masih memerlukan sedikit pencerahan. Sekurang-kurangnya ada 2 jurnal. Masalahnya, tajuk aku yang berkaitan dengan komik ni, ada ke

Siapakah gerangan Rini Safiyyah?

RINI SAFIYYAH. Siapa dia? Haha, tak payah nak berteka teki lagilah. Sebenarnya RINI SAFIYYAH tu nama samaran saya sahaja. Mengapa? Hendak tahu jugakah? Errmm...tak mengapalah, suatu masa nanti kalian akan tahu juga. =P RINI tu adalah nama singkatan saya = Ruzaini. Memandangkan ramai yang kata nama saya macam nama lelaki (terutamanya cikgu @ pensyarah yang selalu berkata demikian!), jadi saya singkatkan kepada RINI. Hmm, hampir sama dengan nama panggilan saya di rumah **** (hanya diketahui oleh keluarga dan kenalan paling rapat sahaja, dan bakal suami akan datang =P). SAFIYYAH...haha, memang itu bukan nama saya. Cuma letak sahaja sebagai sesedap sebutan. Sebenarnya itu cadangan saya dan rakan saya merangkap classmate yang gila2 bahasa, EyMAH sewaktu sibuk mencari nama samaran saya dahulu. Oh ya, dia sendiri pun ada nama penanya, Mia Kireina. Apa maksudnya? Tanya dia sendiri. =P Sejak letak nama samaran di profile FB, nampaknya ramai yang gemar panggil saya Rini termasuk ayah a

Teka Teki...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: (Teka-Teki) : Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = ” Orang tua “ Murid 2 = ” Guru “ Murid 3 = ” Teman “ Murid 4 = ” Kaum kerabat “ Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?” Murid 1 = ” Negeri China “ Murid 2 = ” Bulan “ Murid 3 = ” Matahari “ Murid 4 = ” Bintang-bintang “ Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”. Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia ini ?” Murid

Ramadan 1431 Hijrah

Imej
Assalamualaikum w.b.t... Aku rasa wall post di FB rakan2ku meriah dengan wish 'selamat berpuasa', 'salam ramadan' dan yang sama waktu dengannya. Apapun moga2 semuanya benar-benar berpuasa la ya (bukan sekadar tak makan dan minum pada siang hari sahaja, hehehe). Tadi Aajaan Razak (pensyarah Pengajian Malaysia di Universiti Walailak yg saya kenali) beritahu umat Islam di Thailand akan mula berpuasa esok (12/8), sedangkan umat Islam di Malaysia sudah bermula hari ni. Siap suruh aku pergi ke sana supaya dapat join mereka yang masih makan tengah hari tadi. Hahahaha! Itu taktik nak ponteng puasalah tu, Aajaan...Apa pun selamat berpuasa buat kalian. Jangan lupa solat terawih malam ni. =P Kadang2 aku ada terfikir, teringin nak merasai suasana berpuasa di tempat lain, selain Malaysia. Tak kisahlah di Thailand, Indonesia, atau di Timur Tengah. Sesekali bertukar angin, bagus juga. Yalah, mahu tahu juga aktiviti umat Islam di sana sewaktu menyambut ketibaan Ramadan. Semalam

Pagi @ Library

Hebat tak? Sejak pukul 8 pagi tadi aku sudah berlegar-legar di sekitar kampus padahal kuliah bermula jam 4 petang nanti! Apa yang cik Rini buat di UM pagi buta begini ya? Selalunya pada waktu ni cik Rini sedang lepak dibiliknya atau berada di dapur membantu ibunya menyediakan sarapan (eewah ayat macam novel la pula!!!) Hahaha...tak ada apa-apa pun. Sebenarnya ada 'misi rahsia' yang perlu dijalankan pada hari ini...emm moga-moga misi ini berhasil pada hari ini. Yalah, susah payah datang ke UM pada awal pagi semata-mata misi ini sahaja! (Mode: mengantuk -__- zzzz) Pagi ini, para junior APM batch 2007/2008 sedang berdansa...bukan, sedang menerima ijazah masing-masing. Apa kata orang Indonesia, hari 'Wisuda' (konvokesyen). Apapun sebagai kakak senior yang baik hati (ermm), aku nak ucapkan tahniah dan semoga dapat menempuhi kehidupan di luar yang mencabar selepas ini. ^______^ Semoga saat terindah untukku di DTC akan berulang lagi kelak, Insya Allah. Mari kita nyany

"Always Be There."

Imej
Always Be There - Maher Zain Allahu Akbar... If you ask me about love And what I'm know about it My answer would be Its everything about Allah The pure love, to our souls The creator of you and me, the heaven and whole universe The one that made us whole and free The guardian of HIS true believers So when the time is hard There's no way to turn As HE promise HE will always be there To bless us with HIS love and HIS mercy Coz, as HE promise HE will always be there He's always watching us, guiding us And HE knows what's in all in our heart So when you lose your way To Allah you should turn As HE promise HE will always be there... HE bring ourselves from the darkness into the light Subhanallah praise belongs to YOU for everything Shouldn't never feel afraid of anything As long as we follow HIS guidance all the way Through the short time we have in this life Soon it all will be over And we'll be in HIS heaven and we'll all be fi

Kembali...

Imej
Alhamdulillah...akhirnya aku dapat kembali menari-narikan jari di sini setelah sebulan 'merehatkan' blog ini bagi menyelesaikan projek sulungku. Rindu pula nak berceloteh sendirian di sini. Dengan keizinanNya akhirnya projek tersebut telah siap sepenuhnya. Sekarang hanya menunggu proses seterusnya daripada pihak editorial, dan dijangkakan ia akan diterbitkan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Semoga segalanya berjalan lancar, Insya Allah. Projek seterusnya? Sekarang aku sedang merancang untuk menghasilkan karya kedua, tetapi tidak ada kena mengena dengan karya pertama yang baharu sahaja dihantar kepada editor baru-baru ini. Rancanganku adalah untuk menghasilkan novel kerjaya yang berkaitan dengan dunia masakan. Namun ia masih berada dalam proses perancangan dan sedang mengumpulkan maklumat dan bahan. Selain itu, aku juga sedang terfikirkan idea untuk menghasilkan karya ketiga yang berkaitan dengan dunia pra-U; persahabatan dan cita-cita. Karya ketiga ini akan di

NOTIS PEMBERITAHUAN

Perhatian kepada pembaca setia blog CERITERA ZINC! Blog ini akan 'direhatkan' buat sementara waktu (selama sebulan dari sekarang) bagi memberi laluan kepada penulis blog untuk menyiapkan projek sulungnya. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Harap maklum.

"Insya Allah."

Imej
Jika kau rasakan... Dunia ini gelap gelita, Sendirian di malam hari, Sunyi dan sepi, Hanya air mata yang sudi menemani, Percayalah, ALLAH sentiasa bersama dirimu. Usah berputus harap kerana... ALLAH tidak jemu mendengar rintihan dan doa hambaNya. INSYA ALLAH, ALLAH akan makbulkan segala doamu. Jika tidak di dunia, tentunya di akhirat kelak. Percayalah, Janji ALLAH itu pasti. YA ALLAH, terima kasih buatMu, Ya Allah. Tinggal setapak lagi langkahku akan bermula. Moga-moga Kau berkati perjalanan seterusnya. -Amin.-

Nota R.I.N.D.U

Imej
Setahun telah berlalu. Tiada apa yang dapat diungkap dengan kata-kata buat ketika ini, kecuali hanya perkataan... R.I.N.D.U Rindu pada kenangan lalu, Rindu pada kisah manis dan pahit yang pernah dialami suatu ketika dahulu, Rindu pada insan yang pernah hadir dalam hidup ini dan kini tiada lagi di sisi, Rindu untuk kembali menjejakkan kaki ke tempat yang mengajarku erti kehidupan di dunia luar. Ya, di luar tanah airku. Namun, yang tinggal hanyalah rasa rindu di hati... Kenangan selama 27 hari di N.S.T tetap terpahat di ingatanku! p/s: Moga2 suatu masa nanti aku akan kembali ke sana lagi...

Transformasi Kehidupan

Entri 'jiwa kacau' untuk siri #2. Layan sahajalah ya? Laman sosial Facebook (tak tahu mengapa ia menjadi sangat "feymes" sejak akhir2 ni) menjadikan kita semakin dekat dengan kenalan baru dan lama, walaupun hakikatnya kita tetap membisu - hanya jari jemari yang lincah memainkan rentaknya. Walau mereka berada di Greenland sekalipun, selagi ada kemudahan akses internet, selagi itulah kita masih boleh berhubung. Hal ini kerana kita dapat mengetahui aktiviti seharian mereka setiap hari (bagi yang aktif dan agresif "berFB" la). Dari sebesar-besar hal hinggalah sekecil-kecil perkara, termasuk aktiviti hendak ke pasar malam pun nak juga dihebohkan dalam Facebook. Hebatnya Facebook. Hehehe. Kalau bab sebesar-besar hal, tentu la berkaitan dengan kerjaya dan kahwin. Untuk lepasan ijazah (termasuklah penggiat tanaman anggur mcm saya...?), tentulah akan diserbu pertanyaan lazim, "Awak sedang buat apa sekarang ini? Dah kerja ke?" Buat rakan-rakan yang

Suratan atau Kebetulan?

Imej
Mungkin sekiranya anda membaca entri kali ini dari awal hingga habis, tentu anda akan katakan ini entri "Jiwa kacau"! Ternyata ia telah melanggar peraturan blog ini! (Rujuk entri Februari lepas) Baik, baik. Saya mengaku bersalah. Tetapi bukankah saya sudah kata pada entri yang lepas, saya hanyalah manusia biasa yang mempunyai graf perasaan yang sentiasa turun naik! Apapun, saya tetap tidak mahu dihukum kerana blog ini kepunyaan saya, jadi saya boleh taip apa yang saya suka. Baik, kembali kepada agenda utama. Sebenarnya, lewat dinihari semalam, hendak dijadikan cerita memang saya terlewat 'online' sebab leka menonton rancangan 'Gila Makan' di saluran Astro 703 AFC (Asian Food Channel). Saya memang penggemar rancangan masakan, jangan tak tahu ya. Kemudian, seperti biasa saya merayau2 tak tentu hala di Facebook. Waktu itulah tiba-tiba ada pop-up chat Facebook yang meletup (ehh tak sampai meletup yer) keluar di bawah kanan skrin. Nama yang tertera - A**** Ber

Segenggam Tabah

Imej
Lain sedikit nada entri kali ini. Cuba untuk serius, seiring dengan 'angin' yang kurang baik buat ketika ini. Maaflah kalau terselit juga mood 'jiwa kacau' kerana sesungguhnya saya tetap manusia biasa yang punya perasaan yang sering berubah grafnya. Setiap hari aku menghitung hari. Detik demi detik. Semakin lama, detik itu hampir tiba. Aku sendiri adakalanya buntu memikirkan apa yang akan berlaku kelak seandainya aku.....??? Suspen sedikit. Tiada kaitan dengan soal mencari jodoh atau yang sewaktu dengannya. Tiada. Walaupun telah menerima lebih daripada lima undangan perkahwinan + pertunangan daripada teman-teman, tetapi setakat ini pintu hati belum dibuka lagi untuk perkara seperti itu. Jadi, ia tentulah berkaitan dengan CITA-CITA dan MASA DEPAN yang TIDAK PASTI. Kali kedua mendapat tawaran, tentulah aku tidak mahu gagal lagi. Walaupun mengerti akan mendapat halangan daripada seseorang, tetapi memikirkan iklim ekonomi negara yang masih lagi pada tahap kuran

Teenlit, Chicklit, PELIT, ....Lit???

Imej
Setelah menjadi novelaholic tegar sejak beberapa bulan yang lalu, saya memang sentiasa mengikuti perkembangan terkini novel-novel fiksyen terbitan dalam negara. Apa yang sedang laris di pasaran seperti pisang goreng panas, apa judul yang baru sahaja melompat keluar dari mesin pencetak, dan genre fiksyen apa yang baharu 'dilahirkan' pada masa kini. Semua saya mahu ambil tahu, dari novel kanak-kanak hinggalah novel dewasa. Tetapi saya lebih spesifik kepada novel remaja dan awal dewasa kerana itu yang lebih dekat dengan diri saya. (yakah?) ;P Malah, sejak beberapa bulan ini jugalah baharu saya tahu bahawa dalam fiksyen itu sendiri sudah ada banyak cabang genrenya. Suatu ketika dahulu, asal sahaja menyebut novel, orang pasti akan merujuk kepada novel cinta. Padahal, novel tidak sekadar novel cinta ya. Novel cinta itu hanyalah salah satu cabangnya sahaja, tetapi, ya maaflah wahai peminat tegar novel cinta, saya tidak berniat untuk merendah-rendahkan minat anda terhadap genre ter

Hikayat Neko : Geng baru 'Legasi BR'

Imej
Hai kawan-kawan! Kami adalah Timmy (warna putih) dan Jojo (putih + coklat), geng paling awal mendaftar bagi ahli Legasi BR sesi 2010. Ibu kami namanya Puan Oreo dan bapa kami...err...sila tanya tuan kami! =P *p/s: Gambar ibu kami akan di'upload' kemudian...ermm...mana pula tuan kami simpan ye? Hai, nama saya Timmy . Comel tak? Memanglah comel sebab bulu saya putih (cuma ada tompok hitam di belakang kepala dan ekor) macam Snow White...tapi maaf ya, saya jantan jadi tak boleh panggil saya Snow White! Huhu...hobi saya ialah tidur di tepi pokok limau kasturi sebagaimana yang awak boleh lihat dalam gambar ni, selain bermain 'polis sentri' dengan partner saya, Jojo. Hmm, saya agak pemalu dengan tuan saya, jadi sampai sekarang saya tak berani nak masuk ke dalam rumah tuan saya. Saya juga sangat manja dengan ibu saya (ya, sudah tentulah sebab saya masih baby lagi!). Agaknya kalau ibu saya berjalan sampai ke Australia sekalipun, saya sanggup ikut walau terpaksa renangi la

Ketika ulat buku menyerang PWTC...

Imej
"BERITA TERGEMPAR! PWTC diserang ulat buku dari 19 hingga 28 Mac 2010 yang lepas! Ulat-ulat buku tersebut menyerang semua booth yang ada, lebih-lebih lagi booth PTS, hehe!" Apa punya berita daa...Hehehe! Mukadimah kali ini saya letakkan berita tidak rasmi yang dibawakan khas oleh *Awang Channel...muahahaha! Okay, berhenti daripada melalut yang bukan-bukan. *Nota jari: Kalian tentu tertanya-tanya siapakah gerangan Encik Awang itu? Baiklah, saya akan beritahu di sini. Jawapannya....BIARLAH RAHSIA! =P Ulat buku tersebut, termasuklah saya yang merupakan ulat gebu =P telah berkampung di booth PTS selama lima hari (asalnya cuma tiga hari, tetapi atas persetujuan dengan ketua petugas booth, akhirnya saya diterima untuk menggantikan tempat dua orang petugas yang telah menarik diri yang mana mereka sepatutnya bertugas pada hari Sabtu dan Ahad. Nota Lengan: *Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ulat buku menjadi semakin agresif lagi aktif menyerang bangunan PWTC! Pengalam