Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya

Imej
Saya masih terkenang sewaktu saya di bangku sekolah...apabila menjelang Syawal, perkara yang paling saya nantikan ialah...kiriman kad ucapan Hari Raya! Paling mesra disebut sebagai ‘kad raya’. Kad raya lazimnya dihantar oleh seseorang yang menetap jauh di perantauan kepada insan-insan yang disayanginya di kampung halaman – misalnya ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan tidak lupa...isteri / suami atau kekasih hati. Dapatlah dikatakan kad raya dijadikan sebagai pengganti diri kepada penerima, lebih-lebih lagi sang penghantar itu tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi meraikan lebaran. Namun, kad raya ini juga diperluaskan fungsinya dengan tidak sahaja dihantar kepada insan yang jauh di mata, tetapi juga yang seringkali kita jumpa, seperti rakan sekelas, sekuliah dan rakan pejabat, sebagai tanda penghargaan dan ingatan kita kerana mengenali dan menerima mereka sebagai sahabat yang mewarnai hidup kita.  Apabila saya ke sekolah, betapa gembiranya hati ini ap