KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)


Assalamualaikum semua!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Hari ini merupakan hari kedua kita meraikan hari kemenangan setelah sebulan kita berjuang menahan hawa nafsu makan, minum, semua benda larangan termasuk membawang, hehee...

~Phewww...serius sudah lama kutinggalkan blog ini tanpa sebarang cerita dan khabar. Entri paling terakhir - 2012. Dah 6 tahun kot! Zaini, where have you been all my life...-_-

Apapun, entri tahun 2018 dimulakan dengan itinerari kembaraku ke destinasi yang sudah sekian lama kuimpikan...KRABI, THAILAND!

Tarikh: 18 April - 21 April 2018 (4 hari 3 malam)
Tempat: Krabi, Selatan Thailand (Ao Nang, bandar Krabi, Pulau Phi Phi, Bamboo Island, Emerald Pool, Khlong Thom, Sumate Koh Lanta Yai Safari Park)
Ahli trip: Rini (tuan empunya blog), Anna, Diah, Nor (ketua trip) dan Ali (member Nor)

Pantai Ao Phra Nang, atau Ao Nang, Krabi

KRABI - destinasi mempesonakan, dengan keindahan alam semulajadinya, makanan sedap dan halal yang mudah didapati, keramahan penduduk dan kenangan indah yang tercipta.

Atas permintaan sahabat, saya sediakan butiran itinerari bersama bajet sepanjang 4 hari 3 malam di sana. Perlu diingatkan, kos perbelanjaan yang tertera adalah tertakluk kepada nilai tukaran matawang semasa. Mungkin ada perubahan dari semasa ke semasa.

So, check it out!


18 APRIL 2018 (Rabu):

AK860 (AIR ASIA) KLIA2 – KBV (Krabi International Airport)
4.15 p.m – 4.40 p.m (GMT Thai)/5.40 p.m (waktu Malaysia) 1 jam 25 minit
Tiket Air Asia (KL-Krabi)   RM100 (beli sewaktu Air Asia promo, luggage 7 kg)
                        (Krabi - KL) RM172 (termasuk luggage 20kg)
Kos keseluruhan tiket penerbangan (return) = RM272

11.00 a.m – Bertolak dari rumah (Bandar Sunway) ke stesen LRT Subang Jaya, kemudian terus ke KL Sentral. Naik bas shuttle SKYBUS dari KL Sentral ke KLIA2 (RM12 sehala).

Seronok nak pergi oversea. Padahal pergi ke negara jiran sebelah jer.

12.00 p.m – Bertolak ke KLIA2. Tiba di sana lebih kurang satu jam. Self check- in di kiosk. 

Pasport jangan lupa bawa. Kalau tak berhuhu je la kat bucu kerusi airport sorang2 haha.


Babai Malaysia..3 dara jelita ni mahu mengembara ke bumi Siam

4.15 p.m – Berlepas dari KLIA2. Dalam pesawat pramugari edarkan sekeping kad putih iaitu Kad Ketibaan (Arrival Card) ke Thailand kepada semua penumpang. Isi kad ketibaan siap-siap di dalam flight. Jimat masa di situ. Nanti sampai di Krabi Airport terus je bagi kad tu dengan pasport kepada pegawai imigresen. Tulis semua maklumat, termasuk nama hotel/resort/hostel/homestay yang kita nak stay di Thailand. Pastikan semuanya lengkap, kalau tak, kena banyak soal oleh pegawai imigresen nanti. Kalau tak tahu alamat penuh, nama hotel pun dah cukup.

Arrival Card (kad ketibaan)


4.40 p.m (GMT Thailand) – Tiba di Krabi International Airport. Selesai urusan cop imigresen, beli kad sim internet AIS kongsi 5 orang (buat hotspot).

5.00 p.m – Naik teksi (van) airport ke Sleeper Hostel, pekan Ao Nang. Booking siap-siap teksi untuk ke airport bila balik KL nanti (300 baht return).

Van teksi di Thailand besar dan selesa.

6.00 p.m – Tiba di hostel, check in; 235 Baht satu malam. Stay 3 malam dapat diskaun 670 Baht seorang.


Hostel kitorang selama 3 malam.

Survey harga pakej untuk aktiviti hari kedua dan ketiga (19 April & 20 April). Ambil pakej kat kedai seberang jalan hostel (CHIANGMAI TRAVEL & TOUR). Semua sepakat ambil pakej Phi Phi Island untuk hari pertama dan Jungle Trip untuk hari kedua + pasar malam Krabi pada petang hari kedua selepas Jungle Trip.


1. Phi Phi Island – 1,200 Baht seorang (termasuk 400 Baht bayaran masuk Taman Negara Thailand, makan tengah hari di Phi Phi Don, air mineral (boleh ambil tanpa had), peralatan snorkeling (optional) dan buah-buahan segar (serius sedap dan manis).

2. Jungle Trip (Emerald Pool, Hot Spring & Elephant Trekking) – 950 Baht seorang (termasuk makan tengah hari, tiket masuk dan shuttle pergi balik).

3. Pasar malam Krabi – 200 Baht seorang (return). Pasar malam cuma ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

*Harga sebelum tawar-menawar
Setelah sesi tawar-menawar, dapat harga 2200 Baht seorang untuk keseluruhan aktiviti.

Chiangmai Travel and Tour. Boleh contact kalau nak ambil pakej. 


9.00 p.m – Keluar makan malam. Sempat beli gelato ice cream roll coklat (100 Baht) di gerai depan hotel Sugar Marina. Makan malam di Jame Food Centre (Ao Nang Food Market), sebuah medan selera berhampiran Masjid Ao Nang. Menu nasi putih, tomyam seafood, kerabu maggi dan ikan siakap tiga rasa. Semua sekali lebih kurang 500 Baht. Harga berpatutan, sesuai untuk pelancong backpack berbajet rendah.

Pilih pilih pilih...



Tomyam Seafood. Mohon terliur.

10.00 p.m - Lepas makan pusing-pusing pekan Ao Nang, beli waterproof bag 300 Baht (harga asal 350 Baht, dapat diskaun) di kedai cenderamata area Muslim Street Ao Nang. Naik Songthaew ke Ao Nang Catalunya Walking Street (20 baht seorang). Di situ ada tugu ikan todak besar yang menjadi mercu tanda pekan Ao Nang. Balik hostel jalan kaki ambil masa 15 minit. Singgah di 7 Eleven berhampiran hostel beli air mineral dan kudapan.



11.30 p.m - Balik hostel, berehat. 


19 APRIL 2018 (Khamis)

8.00 pagi – Sarapan di gerai makcik Muslim di seberang jalan hostel. Harga agak pricey, sepinggan nasi briyani (sama macam khao mok gai) dengan telur goreng dan teh ais Chayen 75 baht.

8.30 pagi – Songthaew (shuttle) Ao Nang Speed Boat Tour datang ambil di depan hostel.

9.00 pagi – Berkumpul di pantai Noppharat Tara, mendengar taklimat daripada pemandu pelancong dan menunggu giliran untuk naik bot laju.

Lepas makan nasi lemak, berjalan kakilah kita untuk membakar lemak hahaha...dekat 10 minit jugalah nak jumpa bot


9.30 pagi – Berjalan kaki dari pantai ke terminal bot, lebih kurang 5-10 minit. Naik bot, bertolak ke pulau Phi Phi. Trip ke Phi Phi merangkumi lokasi-lokasi berikut;
- Viking Cave
- Phi Phi Leh
- Maya Bay dan Lohsamah Bay
- Monkey Beach
- Phi Phi Don
- Bamboo Island
Bot cuma lalu (tak singgah) di Viking Cave dan Phi Phi Leh untuk ambil gambar.

10.50 pagi – Turun ke Maya Bay dan singgah sebentar selama 40 minit.

Phi Phi Leh


Maya Bay


11.30 pagi – Singgah lalu di Monkey Beach untuk ambil gambar monyet di sekitarnya.

12.00 tengah hari – tiba di Phi Phi Don untuk makan tengah hari di Chongkhao Resort (restoran halal). Hidangan nasi putih, sayur campur kubis, lobak dengan telur (sedap macam masakan mak), daging goreng dan sup tomyam (tak sedap, masam giler!). Ada juga spaghetti bolognese, air mineral, kopi dan teh.

1.00 petang – Bertolak keluar dari Phi Phi Don. Snorkeling di tengah laut selama 30 minit. Yang tak snorkeling duduk diam-diam dalam bot yang bergoyang-goyang sampai naik pening! :p

2.00 petang – Tiba di lokasi terakhir, Bamboo Island. Bersantai selama satu jam.

3 gadis ayu bercanda di Bamboo Island


Jernih airnya

3.00 petang – Bergerak pulang ke Ao Nang. Hidangan buah tembikai dan nanas segar sebagai tanda penutup trip.

4.00 petang – Tiba di terminal bot laju pantai Noppharat Tara. Songthaew shuttle hantar pulang ke tempat penginapan masing2.

5.00 petang – Sampai hostel.

8.00 malam – Disebabkan hujan lebat sejak lewat petang, keluar makan malam agak lewat sedikit. Makan di tempat sama. Terpaksa makan dalam gelap kerana tiba-tiba bandar Ao Nang terputus bekalan elektrik. Kata pakcik Kelantan tauke gerai seafood, memang biasa terjadi bandar Ao Nang bergelap selama beberapa jam. Menu hampir sama; nasi putih, tomyam (minta udang tapi tertukar dengan cendawan, hmm), cendawan goreng dan ikan siakap 3 rasa, air coklat sejuk (nak order teh chayen tapi takut perut meragam).

Ikan siakap 3 rasa. Tetap berselera makan walaupun dalam gelap.

10.00 malam – Ngam-ngam keluar dari food court, bekalan elektrik kembali pulih. Ao Nang kembali terang-benderang. Mahu singgah di 7 Eleven tapi masih tutup - terpaksa menunggu 20 minit untuk sistem kembali pulih. 

Kemudian singgah ke gerai jual pancake Krabi, order Pancake pisang dan coklat Nutella (35 baht). Sedap makan panas-panas. Rasa pancake sama macam roti canai atau murtabak, tapi kulitnya lebih rangup dan ringan. Kombinasi pisang yang manis dan coklat Nutella menambah keenakannya. Taburan susu cair menyerlahkan lagi rasa pancake. Patutlah pancake Krabi begitu terkenal; menjadi makanan trademark Krabi. Tak sah ke Krabi tanpa mencuba pancake Krabi ;) 
Lepas makan pancake, singgah ke Family Mart depan hostel beli air mineral dan makanan ringan.

Pancake Krabi yang famous.




Biskut favourite. Dah lama cari sejak tahun 2009. Takde jual kat Malaysia huhu



20 APRIL 2018 (Jumaat)
*Krabi Jungle Trip merangkumi 3 lokasi;
- Hot Stream di Khlong Thom Nuea
- Emerald Pool dan Blue Pool
- Taman safari gajah

8.30 pagi – Bertolak dari hostel ke lokasi pertama, Hot Stream (kolam air panas) di Khlong Thom. Selain kami, pemandu van turut mengambil penumpang lain dari beberapa hotel di sekitar Ao Nang. Majoriti pelancong dari China dan Korea. Hanya kami berlima dari Malaysia.

10.00 pagi – Tiba di Hot Stream. Hanya diberi 40 minit berada di situ. Naik caddy car (tambang 20 Baht untuk seorang) sebab dari pintu masuk ke hot stream sejauh lebih kurang 800 meter. Jimat masa dan tenaga.

Hot Stream Khlong Thom

11.00 pagi – Meneruskan perjalanan ke Emerald Pool. Tiba lebih kurang setengah jam kemudian. Sampai terus makan tengah hari di restoran Ruen Morakot. Menu hampir sama dengan menu di Phi Phi. Nasi putih, tomyam ayam, ayam masak merah, sayur campur. Tetapi sup tomyam di sini sangat sedap, sama seperti tomyam yang kami makan di Alor Setar, Kedah sewaktu bercuti ke sana pada Disember 2017. Terpaksa makan dengan cepat sebab tepat jam 11.30 tengah hari kami diarahkan untuk bergerak ke Emerald Pool. 

Perjalanan dari pintu masuk ke Emerald Pool memakan masa lebih kurang setengah jam berjalan kaki (800 meter). Agak memenatkan, ditambah dengan jalan tidak berturap, penuh ranting kayu dan batu-batuan, lumpur kering dan cuaca panas terik. Dinasihatkan bawa botol air mineral bersama.

Hari-hari berjalan kaki sejauh ini confirm boleh pakai kebaya saiz M next raya


12.00 tengah hari – Tiba di Emerald Pool. Begitu padat dengan manusia bermandi-manda di situ. Terpaksa bergerak dengan berhati-hati kerana berapa kali hampir tergelincir. Batu-batuan di kolam begitu licin kerana ditumbuhi alga dan lumut. Lebih baik berjalan tanpa memakai selipar. Mujur pakai stokin SAFA yang mempunyai ciri anti licin. Kerana kesuntukan masa, hanya sempat berendam kaki di situ seperti di Hot Stream tadi. 



Nasiblah tak pandai berenang. Berendam je la mampu.

Tidak berpeluang ke Blue Pool kerana perjalanan ke sana hampir sama jauhnya dengan perjalanan dari pintu masuk ke Emerald Pool (860 meter). 

Blue Pool. Gambar ihsan Nor, ketua kumpulan travel kami.

1.10 petang – Bergerak keluar dari Emerald Pool menuju ke lokasi terakhir, iaitu taman gajah Sumate Koh Lanta Yai Safari, Sai Thai (pinggir bandar Krabi).

2.30 petang – Tiba di taman gajah untuk menyaksikan pertunjukan anak gajah (baby elephant show). Mangmee, anak gajah berusia 3 tahun pandai bermain bola dan gegelung hula-hop dan main harmonika! Malah dilatih untuk menghiburkan pengunjung; memakaikan topi di kepala pengunjung, menyahut bila dipanggil namanya dan mendekati setiap pengunjung. Kami beri makan pisang kepada Mangmee dan bergambar dengannya (50 Baht).

Hai, Mangmee!


3.15 petang – Bergerak pulang ke hostel menaiki songthaew safari. Kami sepakat untuk tidak menunggang gajah atas alasan masing-masing, selain harga yang agak mahal. Kalau nak menunggang gajah, bayaran yang dikenakan 150 Baht untuk 2 orang.

3.30 petang – Tiba di hostel. Mandi dan berehat sebentar sementara menunggu waktu ke pasar malam Krabi pada jam 6 petang nanti.

Kerabu Mama (Maggi). Adik saya beli kat gerai depan Masjid Ao Nang. Masya Allah sedap sangat.

5.00 petang – Bersiar-siar di pantai Ao Nang dan bergambar kenangan. Naik songthaew dari hostel ke pantai dengan bayaran 20 Baht seorang (setelah tawar-menawar). Pulang semula ke hostel berjalan kaki selama 15 minit.





6.00 petang – Bertolak ke pasar malam Jalan Srisawat Maharaj 8 di bandar Krabi. Perjalanan memakan masa selama 30 minit. Kami diberi masa selama 2 jam 30 minit untuk membeli-belah di situ. Sedikit hampa kerana barangan cenderahati yang dijual di sini rata-rata tidak begitu banyak pilihan berbanding di Ao Nang. Malah tidak ramai penjual Thai Muslim menjual makanan dan minuman di situ. Tapi yang tak boleh blah tu, habiskan jugak 2000 Baht di sini sebab mengenangkan esok paginya dah nak balik KL tapi duit Baht Thailand masih banyak kat dalam dompet...hahaha! Kalau dah nama perempuan kan...perempuan dan shopping tak boleh dipisahkan!




9.00 malam – Bertolak pulang ke hostel. Van berhenti di depan Masjid Ao Nang. Makan malam di Yaya Seafood, gerai kecil tepi jalan bersebelahan Casa De Aonang (galeri lukisan). Menu maggi goreng dengan telur dadar + burger ayam yang dibeli di gerai Thai Muslim di pasar Krabi. Maggi (Mama) goreng (59 baht) + telur dadar saiz besar sebesar pinggan makan (28 baht) + burger ayam (25 baht). Beli air jus oren yang dibeli di 7 Eleven (kongsi). Minta segelas ais kosong – percuma.

10.30 malam – Singgah ke Dee Dee Massage yang terletak selang dua kedai dari hostel. Urutan kaki dan bahu selama satu jam cuma 190 Baht (lebih kurang RM19 - tawaran happy hour katanya). Mana dapat harga macam ni di Malaysia?

12 tengah malam – Balik hostel, kemas barang, tidur.


21 APRIL 2018 (Sabtu)
AK867 (AIR ASIA)
KBV – KLIA2
8.00 a.m (GMT Thai) – 10.30 a.m (waktu Malaysia) 1 jam 25 minit

4.00 pagi – Bangun, mandi, solat Subuh, bersiap.

6.00 pagi – Check out hostel, bertolak ke airport (driver lewat 30 minit daripada waktu yang dijadualkan. Sepatutnya kami bertolak jam 5.30 pagi).

6.30 pagi – Tiba di airport. Check-in luggage, pemeriksaan kastam.

8.00 pagi – Berlepas ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal, Krabi (sobs sobs)


10.30 pagi (waktu Malaysia) – Selamat tiba di KLIA2. 


Itinerari ini cuma sebagai 'teaser' saja. Insha Allah sekiranya ada kelapangan, saya akan bercerita lebih panjang lagi tentang kenangan dan pengalaman travel ala backpacker selama 4 hari 3 malam ke Krabi, Thailand yang sangat 'happening'. Banyak lagi kisah yang nak dikongsi sebenarnya. 

Jumpa lagi! 

~RINI SAFIYYAH~



Ulasan

  1. hai, saya nak tanya. u ambik pakej di mana ye? and berapa total cost untuk satu pakej?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya