Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya

Imej
Saya masih terkenang sewaktu saya di bangku sekolah...apabila menjelang Syawal, perkara yang paling saya nantikan ialah...kiriman kad ucapan Hari Raya! Paling mesra disebut sebagai ‘kad raya’. Kad raya lazimnya dihantar oleh seseorang yang menetap jauh di perantauan kepada insan-insan yang disayanginya di kampung halaman – misalnya ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan tidak lupa...isteri / suami atau kekasih hati. Dapatlah dikatakan kad raya dijadikan sebagai pengganti diri kepada penerima, lebih-lebih lagi sang penghantar itu tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi meraikan lebaran. Namun, kad raya ini juga diperluaskan fungsinya dengan tidak sahaja dihantar kepada insan yang jauh di mata, tetapi juga yang seringkali kita jumpa, seperti rakan sekelas, sekuliah dan rakan pejabat, sebagai tanda penghargaan dan ingatan kita kerana mengenali dan menerima mereka sebagai sahabat yang mewarnai hidup kita.  Apabila saya ke sekolah, betapa gembiranya hati ini ap

Ceritera Aku dan Komik

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah lama tidak mencoretkan rasa hati di blog ini. Rasa hati ini terpendam sekian lama, namun tatkala membaca novel Komika: Ada Apa Dengan Komik? karya Nazry Salam, ia mengingatkanku kepada kecintaanku selama ini. Kecintaanku terhadap melukis komik. Terdetik di hati untuk meluahkan rasa hati, bercerita tentang kisah cintaku dengan komik, dari awal hingga kini. Novel remaja kedua karya Nazry Salam (penulis komik bestseller Misi 8A) *Ceriteraku ini sangat panjang dan digalakkan untuk membaca cerita ini apabila mempunyai masa yang lapang. Aku mengenali komik sebelum menjejakkan kaki ke alam tadika. Waktu itu, aku begitu gemar membaca komik Doraemon yang sering dibeli oleh sepupuku. Komik Doraemon yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu itu begitu menarik hatiku, disebabkan ilustrasinya yang cantik dan halus serta jalan ceritanya yang menarik dan melucukan. Seringkali aku meminjam komik Doraemon daripada

Ceritera Awal Tahun 2012

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahh...sudah 2 bulan memasuki tahun 2012, tetapi Ceritera Hati masih belum ada sebarang entri terbaru!  Sah, bak kata teman sekampusku, "blog sudah pengsan!" Perkembangan terbaru tuan punya blog ini: Dalam proses menyiapkan tesis. Alhamdulillah, proposal penyelidikan sudah diluluskan pada 16 Disember 2011 yang lalu. Tajuk penyelidikanku: "Perkembangan Gaya dan Tema dalam Komik Melayu Era 1980-an dan Tahun 2000-2010". Sebuah kajian perbandingan dari sudut formalistik / gaya (melihat dari segi stroke lukisan, teknik dan lain-lain) dan tema dengan memilih komik dari dua era yang berbeza. Komik Mat Som (1989) karya Dato' Lat mewakili era 1980-an, sementara komik Misi 8A (2010) oleh kartunis bersaudara, iaitu Afiq Salam dan Nazry Salam mewakili komik Melayu tahun 2000-2010. Kajian ini juga mengenal pasti pengaruh asing yang terdapat pada komik yang dipilih.  Agak berdebar juga kerana aku mas