Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Ketika ulat buku menyerang PWTC...

Imej
"BERITA TERGEMPAR! PWTC diserang ulat buku dari 19 hingga 28 Mac 2010 yang lepas! Ulat-ulat buku tersebut menyerang semua booth yang ada, lebih-lebih lagi booth PTS, hehe!" Apa punya berita daa...Hehehe! Mukadimah kali ini saya letakkan berita tidak rasmi yang dibawakan khas oleh *Awang Channel...muahahaha! Okay, berhenti daripada melalut yang bukan-bukan. *Nota jari: Kalian tentu tertanya-tanya siapakah gerangan Encik Awang itu? Baiklah, saya akan beritahu di sini. Jawapannya....BIARLAH RAHSIA! =P Ulat buku tersebut, termasuklah saya yang merupakan ulat gebu =P telah berkampung di booth PTS selama lima hari (asalnya cuma tiga hari, tetapi atas persetujuan dengan ketua petugas booth, akhirnya saya diterima untuk menggantikan tempat dua orang petugas yang telah menarik diri yang mana mereka sepatutnya bertugas pada hari Sabtu dan Ahad. Nota Lengan: *Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ulat buku menjadi semakin agresif lagi aktif menyerang bangunan PWTC! Pengalam

SPM...

11 Mac lalu merupakan tarikh keramat bagi pelajar lepasan SPM pada tahun lalu. Jadi, rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jangan kecewa sebab ingatlah, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Yang penting, anda telah pun berusaha sedaya upaya sebelum ini. Jadi, lupakan sahaja hasrat untuk menghirup cecair clorox dicicah dengan racun tikus gara-gara tidak mendapat keputusan peperiksaan sebagaimana yang diharapkan, tidak ada gunanya! Siapa tahu, jika hari ini anda gagal, di luar sana ada rezeki lumayan yang menanti anda (sekiranya sudah berusahalah!). Oh ya, dalam keluarga saya cuma seorang sepupu sahaja yang menduduki SPM tahun lepas. Dengar khabar, keputusannya agak memberangsangkan. Syabas dan tahniah buat sepupu saya yang tinggal nun jauh di sempadan Thailand, eh, bukan...di Perlis itu. SPM tahun ini...wah, ramainya sepupu yang akan bersaing dengan adik perempuan saya! Tak sangka ramai yang lahir pada tahun 199

Komik 'Syariah-Compliant'

Imej
Saya begitu yakin ramai pembaca di luar sana yang suka membaca komik. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak ketinggalan menjadi die-hard-fan . Sebut sahaja komik, tentu terbayang komik yang berada di dalam rak buku seperti Doraemon, Ujang, Lat-Kampung Boy, Shin Chan, Dragon Ball, dan banyak lagi... Sebab-sebab komik menjadi pilihan untuk dijadikan bahan bacaan: Lukisan/lakaran yang cantik dan 'detail' seperti kebanyakan manga dari Jepun. Kebanyakan orang (terutama lelaki) agak lemas menatap perkataan semata-mata seperti novel, jadi lebih baik membaca komik - cepat habis dibaca! Jalan ceritanya yang lucu seperti komik Shin Chan [hemm...tapi ada elemen negatif (tidak sesuai untuk kanak-kanak) dlm komik tu!] Boleh juga dijadikan sumber maklumat dan pengetahuan am seperti komik Doraemon. Sebagai satu cara untuk menyampaikan mesej + sindiran secara tersirat seperti yang terdapat dalam majalah atau surat khabar. Sungguhpun begitu, kebanyakan komik, teru

Make a wish, take a chance, make a change and BREAKAWAY!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Segala pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurniaNya, Dia telah mengirimkan hujan pada petang ini yang tidak seperti pada beberapa hari yang lepas, hujan kali ini diiringi angin yang begitu dingin dan menyamankan. ^^ p/s: Saya sebenarnya seorang yang amat gemarkan hujan rahmat Oh ya, petang ini juga otakku banyak memikirkan hala tujuku buat tahun ini dan tahun seterusnya (semestinya bukan perancangan untuk berumah tangga)...maka tatkala terdengar lagu kegemaranku sejak di bangku sekolah lagi, Breakaway nyanyian Kelly Clarkson, ada beberapa rangkap lirik yang membuatkan semangatku membuak-buak... I'll spread my wings and I'll learn how to fly. I'll do what it takes till I touch the sky. Make a wish, take a chance, Make a change, and break away. Out of the darkness and into the sun. But I won't forget all the ones that I love. I'll take a risk, take a chance, Make a change, and break away ... Sebenarnya