Diriku bukan insan sempurna, maaf untuk segalanya =(

"Nobody is perfect."

Ya.

Akulah manusia itu. Hanya insan biasa. Punya sempurna sifat, tapi masih ada cacat celanya. Masih ada sisi hitam yang sukar untuk dikikis. Aku juga seorang yang tidak pandai menyembunyikan perasaan. Sukar menjadi seorang yang 'plastik'. Apabila aku tidak berpuas hati akan sesuatu, wajahku akan menggambarkannya. Apabila aku marah dan kecewa, aku tidak berupaya menguntum senyum lagi. Aku tidak mampu untuk ketawa tatkala hati bergelodak marah.

Aku cuba juga untuk mengatasi perasaan kurang senang itu, namun gagal. Ternyata ia sangat sukar bagiku. Payah. Suatu petang itu, pada waktu itu, aku seolah-olah memprotes semua orang. Namun, lama-kelamaan aku merasakan ia suatu tindakan yang bodoh. Tidak matang. Aku sendiri berasa tidak matang walau umur mencecah 24 tahun pada Disember kelak.

Sebab itulah aku katakan, aku adalah manusia yang tidak sempurna. Aku tidak berupaya memenangi hati semua pihak. Malah, aku berasa malu kerana bertindak demikian walaupun mungkin ada yang tidak menyedarinya, ataupun telah menyedarinya cuma tidak mahu menyuarakannya.

Dengan penuh hina, aku memohon sejuta keampunan dan kemaafan buat insan yang sangat berkecil hati dengan tindakan bodohku pada petang beberapa hari yang lalu. Aku tidak berniat untuk mengecewakan hati kalian, namun adakalanya keadaan membuatkan aku menjadi begini. Jadi, maafkanlah aku.

Moga-moga, pada hari yang mendatang, aku dapat mengubah dan seterusnya mengikis sikap negatifku.

Maaf untuk segalanya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya