Perutusan Idul Fitri 1431 H


Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Allahu Akhbar.
Segala puji hanya untuk Allah S.W.T.

"Taqabbalallahu minna wa minkum"
(Semoga Allah menerima amalan dan ibadat kita semua di bulan Ramadan).


Ramadan berlalu pergi, dan pemergiannya tetap dirindui. Semoga dengan keizinanNya, aku akan bertemu lagi dengan Ramadan kerana aku berasa tidak puas berdampingan dengannya.

Syawal dirai dengan penuh kesyukuran.

p/s: Tapi mengapa program raya di TV kali ini banyak sangat disiarkan filem hantu seram angker? Meluat pula rasanya. Ingat Raya ni perayaan Halloween ke???

Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri 1431H kepada semua pembaca blog ini serta semua yang mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf andai ada sebarang tulisan yang menyakitkan hati kalian selama ini.

Kepada sahabat-sahabat saya yang berada di perantauan pada hari raya kali ini, harap jangan bersedih. Tabahkan hati kalian kerana saya percaya kalian antara insan terhebat yang tetap merayakan Idul Fitri tanpa keluarga tersayang di sisi. Saya sendiri pernah mengalaminya beberapa tahun dahulu (tahun pertama sewaktu ijazah di UM, tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga yang tinggal di Sabah pada waktu itu), namun mujurlah ada nenek dan saudara mara yang bersama dengan saya pada waktu itu.

Dalam kita bergembira, jangan dilupa pada saudara kita yang kurang bernasib baik, yang hidup di bumi bergolak. Mereka tidak berpeluang bergembira pada hari raya sebagaimana kita di sini.

Kepada rakan-rakan yang menghantar ucapan raya (yang penting tak ada kad raya tahun ni) menerusi SMS dan FB, terima kasih saya ucapkan. Maaflah kerana tak dapat membalasnya. Kalau online FB, baca sahaja status saya, itu adalah ingatan tulus ikhlas saya untuk kalian. Terima kasih kerana sudi mengingati diri ini.

'Last but not least', berhati-hati di jalan raya. Hehehe.

Dengan ingatan tulus ikhlas,
RUZAINI AHMAD @ RINI SAFIYYAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya