Apabila wang berjaya membutakan mata dan hati...

"Login FB dapat RM100 hari-hari".
"Hidup untuk kaya adalah impian semua orang. Hendak tahu kaedah yang membolehkan anda mendapat jutaan ringgit (tanpa henti) setiap hari, sila masukkan nombor telefon dan e-mail ke dalam inbox. Saya akan tunjukkan caranya."

Saya percaya semua yang mempunyai akaun FB pernah mendapat mesej-mesej seperti di atas. Begitu juga dengan saya, yang membuatkan saya berasa jelak dan muak. Jelak dan muak kerana percaya itu semua KARUT belaka. Hati saya menolak segala tawaran itu walaupun ketika ini saya memang tengah sesak.

Bagi saya konsep untuk hidup senang ialah bermula dengan usaha dan susah payah, barulah akan menikmati hasilnya, bukannya hanya goyang kaki tahu2 sudah bergolek wang ringgit di hadapan mata. Ooh...nonsense!

Kalau nak ikutkan saya peduli apa sekiranya dapat mesej2 begini. Cuma tekan delete dan hilanglah mesej ini. Tapi apa yg membuatkan saya terkejut, salah seorang sahabat di FB (sorry to say, dia mempunyai ilmu agama yg lebih tinggi daripada saya) sudah terpengaruh dengan salah satu kaedah di atas. Malah, salah seorang ahli keluarga saya yang berlatar belakangkan ilmu bisnes juga tidak terkecuali. Alangkah sedihnya!!!

Sebelum ini saya pernah berbincang dengan Hime-chan mengenai hal ini. Alhamdulillah, dia juga seperti saya, tidak terpengaruh dgn segala macam tawaran berupa MLM ini. Malah dia berasa ragu sekiranya benar tawaran iklan tersebut, adakah ahli keluarga saya yg sudah 'terpengaruh' itu sudah kaya raya, memiliki banglo tersergam indah dan memiliki beberapa buah kereta mewah sebagaimana yang didakwa oleh iklan tersebut????

Alhamdulillah, salah seorang sahabat menghantar post berupa link daripada Zaharuddin.net dan akhirnya terjawab sudah status mengenai tawaran2 MLM tersebut.

Saya tak mahulah mengulas panjang mengenai status tersebut kerana kalian boleh baca sendiri dalam laman FB Zaharuddin.net. Kepada sahabat2 yang lain (yang masih belum sedar) saya berdoa semoga Allah membuka pintu hati kalian agar dapat menilai adakah tindakan kalian itu benar atau sebaliknya.

Wallahu a'lam.

Ulasan

  1. Membutakan hati seseorang tidak teletak kepada orang yang sama ada intelligent lebih tinggi drpd kita ke, personaliti lebih tinggi drpd kita ke dan seumpamanya. Pandai macam mana pun mereka takkan lari drp penipuan. Itu satu hal. Kalau lihat dari segi keberkatannya, sejauh manakah keberkatan itu? Kalau kita pergi tunaikan haji pakai duit itu, adakah sah, atau tidak. Berkatkah? Takut2 kita pulang dari Mekkah dengan haji yg madud! Na'uzubillah...
    Perkara yang menarik perhatian saya,
    "Malah, salah seorang ahli keluarga saya yang berlatar belakangkan ilmu bisnes juga tidak terkecuali. Alangkah sedihnya!!!"
    Orang yang ber'business-minded' (maaf, merojakkan bahasa) memang fikir duit. Apa2 sahaja cara asalkan duit. Jadi mereka merasakan skim cepat kaya itu tak salah. Kita sedar kita tidaklah sepandai mereka. Tapi lantaklah. Kita dengan cara kita, mereka dengan cara mereka. Saya berharap juga mereka sedar daripada mengecapi nikmat fana itu.

    Wallahu a'lam. Gomene kalau ada kesilapan bahasa ataupun taip.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya