Mukadimah :: Sebuah Permulaan...

Salam buat semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ini...

Eh, mengapa pula saya berada di sini, ya? Bertukar anginkah?

Hehe...mungkin ada benarnya, saya sengaja menukar angin sepoi-sepoi bahasa di sini. Akhirnya saya berhijrah ke Blogspot pada tahun 2010 ini. Namun begitu, blog lama saya di LiveJournal masih wujud, cuma ia tidak seaktif dahulu. Lagipun, blog lama saya itu agak bersifat peribadi (adakalanya saya meluahkan kata hati di situ). Oleh sebab itu, saya cuba untuk mewujudkan sebuah lagi blog yang lebih bersifat umum dan sesuai dibaca oleh semua golongan. Tiada bersifat peribadi (luahan ala 'jiwa kacau'), perkauman mahupun berbaur politik. Heh3.

Tetapi kamu mungkin tertanya-tanya, mengapa pula blog ini diberi nama Ceritera Daripada Hati sedangkan baru tadi saya berkata bahawa tiada yang bersifat peribadi di sini. He3, baiklah saya hendak terangkanlah ini. Sebenarnya bukan mudah hendak mencari tajuk yang sesuai (kes tak ada idea la ini...) jadi entah mengapa terlintas di kepala perkataan 'ceritera' lalu saya letakkan perkataan itu menjadi tajuk utama. Mahunya tak ada idea, selama ini guna judul dalam B.Inggeris. Nah, bila hendak cuba dalam Bahasa Melayu, terus 'blur' pula! Alahai!

Mungkin blog ini dijadikan sebagai tempat untuk saya mengulas buku yang telah saya baca, ruang promosi produk Puteri Alya - AWETMUDA (sebenarnya saya merupakan salah seorang daripada pengedar produk itu, saya akan terangkan lebih lanjut dalam post akan datang.) dan lain-lain yang dirasakan menarik untuk dikongsi bersama.

Akhir kata, saya ucapkan selamat membaca dan dipersilakan untuk meninggalkan sebarang komen, cadangan, pesanan dan kritikan (yang membina sahaja) sebaik selesai membacanya.

Sekian, terima kasih/ Thank You/Syukran/Khop Khun Kha!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya