Kembali...

Alhamdulillah...akhirnya aku dapat kembali menari-narikan jari di sini setelah sebulan 'merehatkan' blog ini bagi menyelesaikan projek sulungku. Rindu pula nak berceloteh sendirian di sini.

Dengan keizinanNya akhirnya projek tersebut telah siap sepenuhnya. Sekarang hanya menunggu proses seterusnya daripada pihak editorial, dan dijangkakan ia akan diterbitkan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Semoga segalanya berjalan lancar, Insya Allah.

Projek seterusnya? Sekarang aku sedang merancang untuk menghasilkan karya kedua, tetapi tidak ada kena mengena dengan karya pertama yang baharu sahaja dihantar kepada editor baru-baru ini. Rancanganku adalah untuk menghasilkan novel kerjaya yang berkaitan dengan dunia masakan. Namun ia masih berada dalam proses perancangan dan sedang mengumpulkan maklumat dan bahan. Selain itu, aku juga sedang terfikirkan idea untuk menghasilkan karya ketiga yang berkaitan dengan dunia pra-U; persahabatan dan cita-cita. Karya ketiga ini akan diusahakan bersama kakak sulung, namun bergantung kepada masa dan keadaan juga.

Esok (15/7) aku akan kembali menggali ilmu, meneruskan usaha untuk mencapai cita-cita dan impian. Semoga usaha untuk ilmu takkan pernah terhenti, malah terus menerus berjalan sehingga ke liang lahad. Apapun, jutaan terima kasih buat semua yang selama ini tidak jemu memberi sokongan kepada diri ini. Moga Allah memberkati hidup kalian!
Kejayaan sebenarnya berada di depan mata dan samar-samar untuk dimengertikan serta sukar dicari tanpa ilmu dan pengalaman. Ia milik orang yang sabar, tekun, amanah, dan penuh doa setelah bertungkus-lumus berusaha dalam mengejar matlamat. (unknown)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya