Tanpa Tajuk

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Beberapa hari yang lepas (akhir bulan Mac yang lalu), saya dapat tahu melalui status dan gambar yang di'upload' dalam profail ayah angkat dan Aajaan Abd Razak Panaemalae (pensyarah di Universiti Walailak) di Facebook, bahawa  banjir besar berlaku di Nakhon Si Thammarat, Thailand. Pada waktu diberitahu, hujan turun tidak henti dan angin kencang.

Sebenarnya ini bukan pertama kali berlaku kerana pada akhir tahun lepas, kejadian banjir juga pernah berlaku di tempat yang sama, namun banjir kali ini agak kritikal kerana menurut Aajaan Razak, terdapat beberapa kampung yang terputus hubungan akibat bencana tersebut. Malah, kakak saya memberitahu (dia ada menonton Buletin Utama di TV3 - malang bagi saya, sebab TV di rumah saya rosak pula, jadi tidak dapat mengikuti berita di sana >_<), ada beberapa orang penduduk di sana yang terkorban, namun tidak pasti berapa ramai mangsa yang terlibat.

Apabila saya melihat gambar-gambar bencana yang berlaku di sana, sungguh saya terkejut. Maha Suci Allah. Tempat-tempat yang saya kunjungi sewaktu program delegasi dahulu, termasuk di kampus Walailak semuanya ditenggelami air!

Apa pun, hanya doa yang saya mampu titipkan buat keluarga angkatku, dan semua yang berada di Nakhon. Semoga redha dan tabah menerima dugaan ini. Mungkin Allah ingin menguji tahap keimanan kita dengan turunnya musibah ini. 



Berita Gembira (New Sakha)

Mungkinkan saja kamu tak senang
Melihat musibah di hadapanmu
Bolehlah saja kamu menangis
Semua di balik itu Allah memberinya kebaikan

Kabarkan berita gembira bagi yang sabar
Bila datang musibah dia ucapkan
Innalillahi wa inna ilahi rooji'un
Kami milik Allah akan kembali pada Allah
Kamu 'kan mendapatkan tempat dan kedudukan
Yang mulia di sisi Allah

Janganlah kamu bersangka buruk
Mari pujilah Allah walau dalam bencana
Allah menguji ketaatanmu
Dengan rasa takut... lapar....sengsara...
Jiwa raga.....

Wahai...orang beriman bersabarlah
Bangkitlah tingkatkan takwa kepada Allah
Di mana ada satu kesulitan
Di sana ada dua jalan
Bagimu kemudahan





Jalan ke Universiti Walailak


Rumah keluarga angkat saya (bahagian hadapan)...ditenggelami air

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya