Ceritera Hati Berwajah Baru!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ku doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah sentiasa.

Bagi yang baru sahaja tiba di blog Ceritera Hati, selamat datang kuucapkan.

Bagi pembaca lama yang sentiasa singgah di blog ini...

TADAA!

Ada perubahan kan pada blog ini?

Kini blog ini telah berwajah baru! Aku mekapkan blog ini supaya lebih comel...
(sebenarnya sudah jemu dengan design lama, gambar bunga terapung-apung itu XP...)

Comel tak? Haha, susah payah tahu touch-up semua tu! ;)
p/s: Yang gambar gadis termenung di sebelah kanan tu bukan aku yang lukis, jadi kredit kepada
pelukis asalnya (sebenarnya tidak tahu siapa pelukisnya).

Buat masa ini (bagi sesiapa yang ada FB), aku sengaja menyepikan diri buat seketika, bagi memberi laluan
kepadaku untuk menyelesaikan satu tugasan penting...tugasan tertunggak semenjak setahun yang lalu, tetapi aku perlu lakukan pembaikan semula terhadap tugasan itu, demi kebaikan bersama.

Aku akan kembali apabila tiba masanya.
(uhh...bajet artis pula! Kau siapa, Rini? Semua orang kenal kaukah?)

Tugasan apa ya? Suatu masa yang pasti, aku akan maklumkan kepada semua. Dengan izin Allah.

Doakan agar dapat ku menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya! ^_^

Ulasan

  1. akak...nk pm boleh? nk tnya bnyk psl akademi pengajian melayu di UM

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya