Warkah Cinta Buat DIA

KepadaMu YA ALLAH,
Aku ingin mencurahkan isi hati ini kepadaMu...

Aku berasa malu...
MALU sangat, YA ALLAH!

Saat aku sedih,
Saat aku sendiri tanpa ada yang menemani,
Saat aku berasa terluka,
Saat aku berasa takut akan segala ancaman yang mendatang,
Saat aku ditimpa sakit dan keluh kesah,
Barulah aku teringat padaMu!

Mengapa aku jarang mengingatiMu saat aku peroleh kesenangan dan kegembiraan?
Sedangkan kesenangan itu jugalah suatu UJIAN YANG LEBIH SUKAR berbanding ujian kesusahan!

Kadangkala, aku BENCI pada diriku sendiri!
Kadangkala, aku MALU meminta-minta kepadaMu...
Walaupun kutahu, KAU pasti tidak akan menghampakan segala permintaanku,
Walaupun kutahu, KAU sentiasa merindui keluhan dan doa hambaMu,
Namun, seringkali aku melanggar segala perintahMu!
Sungguh, akulah hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya...
Sungguh, akulah hambaMu yang sentiasa dipenuhi noda dan dosa!
Without YOU, I'm NOTHING!

Namun, aku tetap memohon kepadaMu, Ya Allah, Yang Memiliki Segalanya di alam ini...
Berikanlah aku KEKUATAN,
Berikanlah aku KETABAHAN,
Berikanlah aku KESABARAN...
...dalam melayari lautan kehidupan yang sentiasa bergelora...

Ya Allah,
Semoga segala kesulitan dan kesakitan yang kuhadapi ketika ini
dapat MENGHAPUSKAN SEGALA DOSAKU...

Ya Allah,
Andainya memang takdirku bahawa aku akan sendiri hingga hujung nyawa,
Namun, janganlah pula aku sepi dari kasihMu, Ya Allah!
Ya Allah, KAUlah sumber kekuatan dalam hidupku!
Aku sentiasa mengharapkan CINTA, KASIH dan RAHMAT daripadaMu!


Ya Allah,
Lahirkanlah rasa cintaku kepadaMu lebih daripada segalanya yang ada di alam fana ini...
MencintaiMu yang terindah...


-HambaMu-

(14.12.2011, 11 pm)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya