SPM...

11 Mac lalu merupakan tarikh keramat bagi pelajar lepasan SPM pada tahun lalu. Jadi, rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jangan kecewa sebab ingatlah, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Yang penting, anda telah pun berusaha sedaya upaya sebelum ini. Jadi, lupakan sahaja hasrat untuk menghirup cecair clorox dicicah dengan racun tikus gara-gara tidak mendapat keputusan peperiksaan sebagaimana yang diharapkan, tidak ada gunanya! Siapa tahu, jika hari ini anda gagal, di luar sana ada rezeki lumayan yang menanti anda (sekiranya sudah berusahalah!).

Oh ya, dalam keluarga saya cuma seorang sepupu sahaja yang menduduki SPM tahun lepas. Dengar khabar, keputusannya agak memberangsangkan. Syabas dan tahniah buat sepupu saya yang tinggal nun jauh di sempadan Thailand, eh, bukan...di Perlis itu.

SPM tahun ini...wah, ramainya sepupu yang akan bersaing dengan adik perempuan saya! Tak sangka ramai yang lahir pada tahun 1993. Huhu! Adik-adikku sekalian, berusahalah semaksimum mungkin untuk tahun ini. Chaiyok! Chaiyok! ^______^

Saya mendapat tahu daripada adik bahawa keputusan SPM kali ini agak berbeza dari segi permarkahan (versi baru) yang mana gred yang diberikan agak sama dengan gred untuk peperiksaan akhir di universiti. A+, A-, B+, B-, bla bla bla...Mungkin nak beri pendedahan kepada pelajar SPM mengenai sistem permarkahan ala universiti.

Nota tangan: oh, teringat pula debaran setiap kali melihat keputusan peperiksaan dalam sistem online sewaktu belajar di UM dulu. Cuak semacam memikirkan subjek mana yang dapat A? Atau yang dapat C? Tapi kalau dah C ke bawah memang 'down' habis sebab sudah menjejaskan pointer keseluruhan untuk sem tersebut. Aarggh! T_T

Seterusnya, hala tuju selepas SPM. Kalau zaman a-go-go dulu, jika hajat di hati hendak melanjutkan pelajaran di dalam negara, UM sahajalah yang menjadi sebutan (sebab hanya universiti itu sahaja satu-satunya yang sudah wujud pada zaman itu). Zaman sekarang ini, banyak pilihan. Apa kata orang ASTRO, macam-macam ada...tapi pilihan itu terletak di tangan anda sendiri.

Saranan saya, sesiapa yang kuat semangat (bukan kuat makan tapi kental semangatnya untuk menuntut ilmu), silalah mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan enam dan mengambil peperiksaan STPM yang susah maut itu. Tapi ingat, walaupun susah maut hingga terburai isi otak, tetapi sekiranya anda mengamalkan DUIT (doa-usaha-istiqamah~usaha berterusan-tawakal), Insya Allah, sebelah kaki sahaja melangkah ke pintu gerbang universiti. Sekurang-kurangnya berbanggalah kerana anda berjaya menempuhi peperiksaan yang dikatakan termasuk dalam senarai carta billboard peperiksaan tersusah di dunia. Tidakkah bangga?

Ceh, mengalahkan pakar motivasi pula! Ermm..bukan motivasi, tapi "motibesi". Dah nama ZINC kan, tentulah besi...kwang3! Okay, buat lawak tak kelakar pula. Baiklah, jumpa lagi pada waktu lain dalam rancangan....(eh, ini skrip rancangan TV pula!)

-OUT- *(jari sudah menekan butang OFF pada remote control TV)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya