Komik 'Syariah-Compliant'

Saya begitu yakin ramai pembaca di luar sana yang suka membaca komik. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak ketinggalan menjadi die-hard-fan. Sebut sahaja komik, tentu terbayang komik yang berada di dalam rak buku seperti Doraemon, Ujang, Lat-Kampung Boy, Shin Chan, Dragon Ball, dan banyak lagi...

Sebab-sebab komik menjadi pilihan untuk dijadikan bahan bacaan:
  • Lukisan/lakaran yang cantik dan 'detail' seperti kebanyakan manga dari Jepun.
  • Kebanyakan orang (terutama lelaki) agak lemas menatap perkataan semata-mata seperti novel, jadi lebih baik membaca komik - cepat habis dibaca!
  • Jalan ceritanya yang lucu seperti komik Shin Chan [hemm...tapi ada elemen negatif (tidak sesuai untuk kanak-kanak) dlm komik tu!]
  • Boleh juga dijadikan sumber maklumat dan pengetahuan am seperti komik Doraemon.
  • Sebagai satu cara untuk menyampaikan mesej + sindiran secara tersirat seperti yang terdapat dalam majalah atau surat khabar.
Sungguhpun begitu, kebanyakan komik, terutamanya yang diimport dari luar negara lazimnya bertentangan dengan nilai budaya, adat resam dan agama yang dipegang oleh masyarakat Melayu di negara ini yang beragama Islam. Malah ia dapatlah diistilahkan sebagai komik 'non-syariah compliant' yang mana budaya dan mesej yang diterapkan dalam komik tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tatapan mahupun teladan buat para pembaca kanak2 dan remaja. Adegan ganas (bunuh membunuh), pergaulan bebas (banyak tak terkira), imej perempuan berpakaian seksi (dan seksa!) antara elemen yang banyak diterapkan untuk menarik perhatian pembaca. Namun, ia tentulah mendatangkan kesan negatif kepada pemikiran pembaca tersebut. (Oh, ini sebenarnya bukanlah kuliah mahupun kertas kerja mengenai kesan komik ke atas pembaca ya, saya cuma mahu membebel bagai mak nenek dalam blog ni, boleh?)

Atas sebab itu, nampaknya ada syarikat penerbitan di negara ini yang sedang berusaha gigih untuk menghasilkan komik yang bukan sahaja mempunyai nilai yang mematuhi 'syariah-compliant' tetapi dalam masa yang sama ia menghiburkan sambil mendidik pembaca dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna. Hmm, mungkin kamu tertanya-tanya, apa itu 'syariah-compliant' dan apa kaitannya dengan komik? (Eh, ini bukannya sesi kuiz atau soal jawab ya. Jadi tidak ada hadiah bagi sesiapa yang dapat menjawabnya dengan tepat melainkan hanya ucapan tahniah daripada saya, he3!) =P

Komik berstatus 'syariah compliant' mempunyai ciri2 berikut;
1. Tidak ada adegan ganas seperti bunuh membunuh yang begitu 'detail' dan mengerikan.
2. Tidak ada babak romantik antara pasangan kekasih. Yang ada hanyalah babak seorang anak mencium pipi ibu atau bapanya. =)
3. Tidak ada unsur dewa dewi dan yang sewaktu dengannya.
4. Paling penting - watak semuanya menutup aurat. Watak perempuan Islam wajib pakai tudung!
5. Mesej yang cuba disampaikan dapat dijadikan teladan oleh para pembaca.

Saya akui juga, suatu masa dahulu (di bangku sekolah), komik yang saya hasilkan memang melanggar prinsip yang disebut di atas! Malah, majoriti komik saya banyak bertemakan cinta remaja (puppy love) ~ padahal pelukisnya sendiri tak pernah alami semua tu...ermm...*sigh*

TAPI!

Tahun ini saya berasa seolah-olah 'terpanggil' untuk berkarya semula (dengan serius) tetapi dengan 'nafas' baru; berunsurkan 'Syariah Compliant'. Jadi, saya sudah merancang untuk menghasilkan sebuah komik (Insya Allah, jika ada rezeki dan peluang)...tajuk dan tema? Biarlah rahsia...(nanti tidak ada unsur kejutan pula).



Komik paling 'evergreen' di seluruh dunia. Siapa tidak kenal dengan robot kucing yang pintar dan boleh berkata-kata ini? ;)

Sailormoon - popular dalam kalangan pembaca yg terdiri daripada gadis remaja di serata dunia pada suatu ketika dahulu.


Sebelum lambakan manga Jepun menguasai kedai buku seluruh negara, GG merupakan komik pilihan pembaca kerana selain untuk tujuan hiburan, GG ada menyelitkan maklumat, ilmu dan isu semasa. Kebanyakan unsur sindiran terhadap masyarakat dijadikan sebagai mesej tersirat (subliminal message) dlm komik ini.


KOMIK-M (Komik Malaysia) terbitan PTS yang menerapkan nilai 'Syariah-Compliant'. Usaha mereka wajar dipuji kerana tidak banyak komik yang diterbitkan oleh penerbit lain mempunyai nilai tersebut. Selain KOMIK-M PTS, contoh komik Islamik lain seperti Ana Muslim dan Alwan Comics.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya