Make a wish, take a chance, make a change and BREAKAWAY!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Segala pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurniaNya, Dia telah mengirimkan hujan pada petang ini yang tidak seperti pada beberapa hari yang lepas, hujan kali ini diiringi angin yang begitu dingin dan menyamankan. ^^ p/s: Saya sebenarnya seorang yang amat gemarkan hujan rahmat

Oh ya, petang ini juga otakku banyak memikirkan hala tujuku buat tahun ini dan tahun seterusnya (semestinya bukan perancangan untuk berumah tangga)...maka tatkala terdengar lagu kegemaranku sejak di bangku sekolah lagi, Breakaway nyanyian Kelly Clarkson, ada beberapa rangkap lirik yang membuatkan semangatku membuak-buak...

I'll spread my wings and I'll learn how to fly.
I'll do what it takes till I touch the sky.
Make a wish, take a chance,
Make a change, and break away.

Out of the darkness and into the sun.
But I won't forget all the ones that I love.
I'll take a risk, take a chance,
Make a change, and break away...

Sebenarnya ada beberapa perancangan yang ingin dilaksanakan (bangkit daripada kegagalan yang lepas) pada tahun ini;

1. Menyambung pelajaran ke peringkat sarjana pada Julai nanti (Insya Allah)
2. Ingin menceburi bidang penulisan novel (masih samar-samar)
3. Menceburi bidang yang paling aku minati sejak di bangku sekolah - berkarya dalam komik
4. Mencari kerja sambilan aka part-time (oh yes! Insya Allah sepanjang cuti sekolah nanti)
5. Mencari kerja tetap untuk meninggalkan gelaran pemetik anggur yang telah kupegang buat beberapa dekad ini (???)
6. Belajar memandu

Misi 1 tu sebenarnya sudah lama dirancang sejak tahun lepas, namun ada banyak kekangan yang menyebabkan misi itu terpaksa ditangguhkan untuk tahun ini, hu3...

Misi 2 pula...ermm...entahlah, mungkin bukan rezekiku di situ. Ada juga aku hantarkan proposal sinopsis kepada pihak editor, namun masih belum ada jawapan yang pasti. Tidak mengapa, mungkin ada hikmahnya dan aku redha...

Misi 3...Insya Allah selepas aku selesai kerja part time pada minggu cuti sekolah itu nanti, aku akan cuba menghantar proposal sinopsis komik (yay, sudah siap didrafkan minggu lepas!) kepada encik editor. Moga2 rezeki menyebelahi diriku kali ini, Amin! Oh ya, aku bersama seorang sahabatku yang sama2 menggali ilmu di UM, Cik Dak EyMAH sudah merancang untuk menghasilkan komik bersama. Sekarang ini aku masih menunggu lakaran idea daripadanya...;D

Misi 4 Alhamdulillah. Aku akan masuk kerja bermula 19 Mac hingga 28 Mac nanti. Tempat kerjanya di Kuala Lumpur. Itu sahaja yang boleh aku beritahu di sini, heh3.

Misi 5...Buat masa ini, bukan aku tidak mahu mencari kerja tetap, tetapi aku mahu memenuhi misi 1 itu terlebih dahulu.

Misi 6...Kalau ada rezeki ($$$ la) Insya Allah saya akan belajar driving. Senang la nak ke mana-mana.

Walau sebanyak mana yang aku rancangkan, tetapi aku mengerti Allah penentu segalanya. Oleh itu, aku panjatkan doa kepadaMu Ya Allah semoga apa yang aku impikan selama ini akan menjadi kenyataan...Amin Ya Rabbul Alamin...^_^...
*I Love U, Allah...
*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya