Hikayat Neko : Geng baru 'Legasi BR'



Hai kawan-kawan! Kami adalah Timmy (warna putih) dan Jojo (putih + coklat), geng paling awal mendaftar bagi ahli Legasi BR sesi 2010. Ibu kami namanya Puan Oreo dan bapa kami...err...sila tanya tuan kami! =P
*p/s: Gambar ibu kami akan di'upload' kemudian...ermm...mana pula tuan kami simpan ye?

Hai, nama saya Timmy. Comel tak? Memanglah comel sebab bulu saya putih (cuma ada tompok hitam di belakang kepala dan ekor) macam Snow White...tapi maaf ya, saya jantan jadi tak boleh panggil saya Snow White! Huhu...hobi saya ialah tidur di tepi pokok limau kasturi sebagaimana yang awak boleh lihat dalam gambar ni, selain bermain 'polis sentri' dengan partner saya, Jojo. Hmm, saya agak pemalu dengan tuan saya, jadi sampai sekarang saya tak berani nak masuk ke dalam rumah tuan saya. Saya juga sangat manja dengan ibu saya (ya, sudah tentulah sebab saya masih baby lagi!). Agaknya kalau ibu saya berjalan sampai ke Australia sekalipun, saya sanggup ikut walau terpaksa renangi lautan dalam...Eh, baiklah awak semua teruskan berbual dengan Jojo ya, saya mahu sambung tidur lagi. Zzzzzzz....Aloha semua...! (Eh, versi Hawaii pula?) Sayalah Jojo yang paling tampan itu! Hehe, tuan saya agak pelik apabila bertemu dengan saya. Hal ini kerana warna bulu saya tidak serupa dengan warna ibu saya. Bulu ibu saya berwarna hitam putih, tetapi saya lebih menyerupai makcik saya, Makcik Diamond! Apapun saya tetap tampan dan bergaya! ;P
Okay, ini gambar makcik saya - Makcik Diamond. Comel tak? Tapi dia tidak lagi menjadi anak dara sunti. Dia sudah beranak dua, tapi malangnya kedua-dua anaknya mati. Kematian anaknya masih lagi misteri. Jadi, dia sekarang memegang gelaran 'ibu tinggal'. =P
Baik, sambung lagi tentang saya Jojo yang tampan. Hobi saya? Haha...saya suka berjalan-jalan di sana sini, bermain 'polis sentri' dengan Timmy, Abang Awang (woo, Abang Awang merupakan kucing kesayangan tuan saya! Dia sangat popular di dalam Facebook tuannya.), Abang Atam yang hitam, Abang Boboy dan Abang Cipotek. Oh ya, walaupun saya juga pemalu dengan tuan saya, tapi saya tak seperti Timmy. Bosanlah asyik lepak di tepi pokok limau kasturi! Biarlah lebih 'adventurous' dengan mengembara ke serata kawasan, termasuklah di dalam rumah tuan saya! Wah, sekarang saya ada hobi baru - memanjat bahagian bawah rak pinggan di dapur rumah tuan saya. Oh, tetapi tuan saya adakalanya tidak 'sporting' kerana suka hati dia sahaja mengambil saya lalu meletakkan saya di atas lantai. Kemudian, dengan suka hatinya juga dia menghantar saya ke luar rumah! Huh! Tapi saya peduli apa, oleh sebab tubuh saya sangat kecil, saya dengan selamba dapat membolos masuk ke dalam apabila pintu dapur dibuka! Malah, tuan saya yang besar itu agak susah hendak menangkap saya apabila saya menerjah masuk ke bawah rak pinggan dan bawah meja! Hah, padan muka!Cuma...apabila tuan merenjis saya dengan air, saya tak boleh buat apa-apa, terpaksalah keluar juga. Tak rela terkena air!
Tuan besar: Haha...padan muka! Dengan air baru kau kalah ya?

Soal makan...errmm saya tak cerewet seperti makcik Diamond, tapi saya suka makan berjemaah dengan geng2 Legasi BR yang lain...bukankah makan berjemaah lebih berkat daripada makan sendirian?Oh ya, nampaknya geng baru paling junior sudah lama menunggu giliran untuk bercerita. Baik, saya pergi dahulu! (terus berusaha memanjat rak pinggan)

Tuan besar: Hoi, masih tak keluar lagikah, Jojo?!
Jojo: Alamak! Tunggu apa lagi? Ca alif ba wau ta! (Terus menyembunyikan diri di bawah rak pinggan).

Yeehaaa! Dengan angkuhnya kami memperkenalkan ~ Da' Trio Kittens! *Tepuk tangan*
Sudah pergikah Encik Jojo yang banyak cakap itu? Menyibuk sahaja!

Ibu kami adalah Puan Amak yang cantik jelita itu walaupun sudah berusia setengah abad (heh?)
Gambar ibu kami tidak ada di sinikah? Huh, pemalas betul tuan kami ini!

Da' Trio Kittens terdiri daripada:
Ozie dan Boo! Kamilah si kembar (tapi bukan kembar siam mahupun kucing siam) yang sama tapi tak serupa!

Pembaca: Yang mana satu Ozie? Yang mana satu Boo?
Tuan besar: Mana-mana sahaja, ikut suka kalian. (Saya sendiri pun keliru sebenarnya! Huk3)


Ming...sayalah satu-satunya anak dara dalam kumpulan ini! Saya betina, okay? Tuan saya asyik memuji kecantikan dan kegebuan saya, tapi saya malas nak layan. Selalunya, apabila mereka datang mendekati, saya sengaja tunjuk garang terhadap mereka...RROOAARR! (Eh, itu bunyi singalah!)
Tuan besar: Eleh, mahu tunjuk garang ya? Nanti tak bagi makanan baru tahu!

Nampaknya setakat ini sahaja hikayat mengenai kami berlima yang bakal popular itu! Besarlah harapan kami agar tuan kami akan menghidangkan makanan yang lebih lazat, tidak hanya sekadar nasi + ikan rebus sahaja!
Tuan besar: Amboi, demand betul kalian! Kalian mahu apa pula? Ikan paus panggang cicah air asamkah? Ikan buntal masak sweet sour?

Pembaca: Apa kes admin blog asyik bercerita tentang kucing ini? Sudah tidak ada topik lainkah?
Oh ya, apa benda 'Legasi BR' itu?

Admin: Suka hati akulah hendak bercerita tentang apa! Takkan mahu bergosip tentang jiran sebelah rumah pula? Hei, saya bukan jenis suka jaga tepi kain langsir orang, okay?
Oh ya, Legasi BR itu ialah....Legasi Belakang Rumah laa!








Ulasan

  1. Hehe.. comelnya.. nk sekoq leh??=)

    BalasPadam
  2. hehehe...boleh...boleh...ambik je la mana yg berkenan, kitorang dah tak larat nak jaga semuanya. Stok makanan utk diorang slalu abis, hu3
    Sekarang dah ada 16 ekor semuanya, Anne.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya