Definisi SAHABAT

Apa erti sahabat???

Definisi SAHABAT (pada akhir zaman ini):

A. Sahabat yang hadir pada waktu senang, gembira dan saling gelak ketawa...HAHAHA!!!

B. Sahabat yang melarikan diri, menghilangkan diri tatkala diri dilanda kesusahan dan kesempitan hidup.

C. Sahabat yang muncul tiba-tiba setelah lama menghilangkan diri, tetapi disertakan dengan niat dan tujuan tertentu. (contoh: mahu pinjam duit dll.)

D. Sahabat dunia akhirat. Tidak kira waktu senang atau susah, dia sentiasa ada di sisi. Tumpang gembira apabila diri mendapat kejayaan, dan turut mengalirkan air mata apabila diri menerima musibah. (Sahabat jenis ini hanya satu dalam sejuta dalam dunia yang serba mencabar ini.)


Anda tergolong dalam kategori yang mana?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya