Kisah Klasik untuk Masa Depan #2: Aku dan Pantai




Running around the sandy beach barefooted
So happy, so enjoyable
Humming along a song

(YUI - "Sea")

Suatu masa dahulu, aku pernah 'tercampak' ke pulau ini.

Sejak aku di bangku sekolah lagi, iaitu sewaktu aku dan keluarga menetap di Labuan, Malaysia Timur pada tahun 2001, pantai seolah-olah tempat 'retreat' untuk aku melepaskan lelah, penat dan tekanan perasaan kerana belajar dan masalah lain...

Apabila mata menatap pemandangan di tepi pantai...

Subhanallah...indah!

Apabila pipi ditampar manja dek angin laut...

Apabila kaki memijak pasir pantai dan gigi air...

Terasa hilang seketika perasaan gundah yang melanda hati pada waktu itu.

Sejak itu, aku terus jatuh cinta dengan keindahan pantai...

Maklum, selama ini, sejak aku kecil, jarang sungguh aku bertemu dengan pantai.

Yalah, di Petaling Jaya, di tengah bandar yang penuh kesesakan dan kesibukan, mana ada pantai yang boleh kulawati apabila hati berasa gundah?

Di Kuala Lumpur, ada suatu tempat bernama PANTAI DALAM...

Tetapi, mana ada laut? Mana ada pantai? Hanya sekadar nama sahaja!

(Tidak kelakar? Abaikan sahaja.)


Dalam entri kali ini, aku senaraikan beberapa lokasi pantai yang pernah kulawati di Malaysia dan Selatan Thailand semenjak aku di bangku sekolah sehinggalah menjadi pelajar universiti...

MALAYSIA

Pantai Navy, Labuan (2003...sewaktu Tingkatan 5)


Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah (2007)



Tanjung Aru, Sabah...koleksi cengkerang siput



Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah (2007)



Tanjung Simpang Mengayau @ Tip of Borneo, Kudat


Pantai Balok, Kuantan, Pahang (2007)


THAILAND



Pantai Sichon, Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand (2009)



Papan tanda amaran Tsunami di Pulau Phi Phi, Krabi, Thailand




Pulau Phi Phi, Krabi, Thailand (2009)


Oh ye...bagi mengakhiri entri Kisah Klasik untuk Masa Depan #2 ini, saksikan juga video klip yang bertemakan 'Aku dan Pantai', iaitu "Sea" daripada YUI.

Jumpa lagi dalam entri akan datang!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya