Gerimis di langit, gerimis di hati...dan tsunami...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sudah sekian lama menghilangkan diri...
Sudah sekian lama menyepi...
Sudah sekian lama jari tidak menari-nari di atas papan kekunci...

Namun,
Hilang tidak bermakna terus hanyut...
Menyepi tidak bererti terus membisu...
Dalam hati, sudah penuh dengan segala isi yang ingin dicurah~!

Hari ini (11 Mac 2011), di akademi, suasana begitu 'panas' walaupun gerimis membasahi bumi sepanjang hari ini. Semuanya berpunca daripada isu persepsi terhadap bahasa. Ada yang menganggap menguasai bahasa ibunda semata-mata tidak mampu membawa kita ke mana-mana. Ada juga yang menganggap bahasa Inggeris  seolah-olah menjadi 'pintu rezeki' - sekiranya kita dapat menguasai bahasa Inggeris, maka peluang untuk mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian adalah sangat cerah.

Aku sendiri sebenarnya agak terusik juga dengan kenyataan ini. Yalah, aku sendiri pun antara yang tergolong dalam golongan yang tidak mendapat pekerjaan setelah 6 bulan menamatkan pengajian. Walaupun kenyataan itu sebenarnya ada kebenarannya, tetapi janganlah sampai ke tahap menghina kami. Mungkin, sekiranya 'individu berkenaan' memberi saranan kepada kami supaya meningkatkan prestasi diri dengan menguasai Bahasa Inggeris, dan juga bahasa-bahasa lain, tetapi dalam masa yang sama, tetap memartabatkan bahasa ibunda kami, maka itu amatlah kami terima dan hargai. Kami bukanlah terlalu ekstrim dengan bahasa ibunda kami sehingga tidak mahu mempelajari bahasa lain, memang kami akui banyak kelebihan sekiranya menguasai lebih daripada satu bahasa. Namun, hinaan yang terpaksa diterima dalam satu situasi itulah amat sukar untuk diterima.

Namun, apabila pada petang tadi, aku menghadiri perjumpaan berkenaan isu ini, aku cuba bersangka baik. Ya, moga-moga semuanya selesai dengan baik. Masing-masing akan berbincang dengan baik dan saling bermaafan kerana ya, tiada manusia yang sempurna di dunia ini (kecuali Rasulullah S.A.W). Masing-masing punya kekuatan dan kelemahan sendiri. Namun, apa yang diharapkan nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Keadaan menjadi tegang dan bertambah 'panas' (mungkin juga sebab masing-masing tidak solat Asar ketika itu, maka semakin mudah syaitan menjalankan tugasnya!) apabila sudah setengah jam berlalu, dan penjelasan yang diberi seolah-olah tidak 'menyelesaikan masalah', malah menambah masalah. Pihak yang terlibat tidak berpuas hati. Masing-masing menunjukkan 'taring', kuku, 'pedang', 'M-16'...nya.

Sebenarnya aku tidak dapat mengikuti perjumpaan itu sehingga habis. Hal ini kerana aku sendiri tidak mahu dipandang hina oleh Allah pula. Sudah cukup 'orang' menghina golongan yang mendalami bidang kemanusiaan sepertiku, jangan pula membiarkan Tuhan menghina kita pula kerana tidak 'bertemu' denganNya. Jadi, aku tidak pasti masalah ini dapat diselesaikan atau tidak. Namun, dari apa yang aku dengar, masalah ini sebenarnya masih belum tamat! Jalan penyelesaian masih menemui jalan buntu.

Apa yang akan berlaku selepas ini? Hanya Tuhan yang tahu...

Hari ini (11 Mac 2011), dunia digemparkan dengan kejadian tsunami terbaru di Jepun, dengan kekuatan yang luar biasa. Mungkin juga lebih dahsyat daripada kejadian 26 Disember 2004.
Dilaporkan juga...beberapa kawasan berada dalam tahap berjaga-jaga...termasuk di Malaysia.
Sebelum ini, kita juga melihat senario beberapa negara di sekitar Timur Tengah, yang mana rakyat mula bangkit menuntut perubahan dalam pentadbiran...
Tidak campur lagi dengan senario lain...gejala sosial, politik yang kacau bilau, bencana alam lain (banjir besar, letusan gunung berapi dll) yang terus menerus berlaku...

Dunia di akhir usia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya