Prolog "Kamu belajar dalam bidang apa di UM?" "Pengajian Melayu." "Pengajian Melayu? Kamu kerja apa nanti kalau ambil bidang ini? " Satu soalan wajib yang kuterima sejak berada di peringkat ijazah pertama ( Bachelor degree ) lagi. Oh, paling tidak pun akan ada yang tanya begini; "Nanti kamu akan menjadi gurukah apabila tamat pengajian nanti?" Sekiranya hakikatnya benar, seronok juga. Namun apakan daya, cita-cita yang kuimpikan semenjak kecil itu tidak tercapai buat masa ini. Belum ada rezeki, barangkali. Mungkin juga aku tidak ada bakat hendak mengajar di depan kelas. Menyeksakan jiwa raga pelajar sahaja sekiranya mendapat guru sepertiku ini. Hahaha! Mungkin suatu ketika dahulu, apabila menyebut bidang Pengajian Melayu, tentu ramai yang kagum dan bangga. Yalah, setelah menamatkan pengajian, peluang pekerjaan terbuka luas. Tidak sempat hendak berehat lama-lama di rumah, sudah mendapat tawaran pekerjaan. Bagi yang menyambung pengajian ke ...
Assalamualaikum semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Hari ini merupakan hari kedua kita meraikan hari kemenangan setelah sebulan kita berjuang menahan hawa nafsu makan, minum, semua benda larangan termasuk membawang, hehee... ~Phewww...serius sudah lama kutinggalkan blog ini tanpa sebarang cerita dan khabar. Entri paling terakhir - 2012. Dah 6 tahun kot! Zaini, where have you been all my life...-_- Apapun, entri tahun 2018 dimulakan dengan itinerari kembaraku ke destinasi yang sudah sekian lama kuimpikan...KRABI, THAILAND! Tarikh: 18 April - 21 April 2018 (4 hari 3 malam) Tempat: Krabi, Selatan Thailand (Ao Nang, bandar Krabi, Pulau Phi Phi, Bamboo Island, Emerald Pool, Khlong Thom, Sumate Koh Lanta Yai Safari Park) Ahli trip: Rini (tuan empunya blog), Anna, Diah, Nor (ketua trip) dan Ali (member Nor) Pantai Ao Phra Nang, atau Ao Nang, Krabi KRABI - destinasi mempesonakan, dengan keindahan alam semulajadinya, makanan sedap dan halal yang mudah didapa...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sudah lama tidak mencoretkan rasa hati di blog ini. Rasa hati ini terpendam sekian lama, namun tatkala membaca novel Komika: Ada Apa Dengan Komik? karya Nazry Salam, ia mengingatkanku kepada kecintaanku selama ini. Kecintaanku terhadap melukis komik. Terdetik di hati untuk meluahkan rasa hati, bercerita tentang kisah cintaku dengan komik, dari awal hingga kini. Novel remaja kedua karya Nazry Salam (penulis komik bestseller Misi 8A) *Ceriteraku ini sangat panjang dan digalakkan untuk membaca cerita ini apabila mempunyai masa yang lapang. Aku mengenali komik sebelum menjejakkan kaki ke alam tadika. Waktu itu, aku begitu gemar membaca komik Doraemon yang sering dibeli oleh sepupuku. Komik Doraemon yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu itu begitu menarik hatiku, disebabkan ilustrasinya yang cantik dan halus serta jalan ceritanya yang menarik dan melucukan. Seringkali aku meminjam komik Doraemon daripada ...
Ulasan
Catat Ulasan