Segenggam Tabah

Lain sedikit nada entri kali ini. Cuba untuk serius, seiring dengan 'angin' yang kurang baik buat ketika ini. Maaflah kalau terselit juga mood 'jiwa kacau' kerana sesungguhnya saya tetap manusia biasa yang punya perasaan yang sering berubah grafnya.

Setiap hari aku menghitung hari. Detik demi detik. Semakin lama, detik itu hampir tiba. Aku sendiri adakalanya buntu memikirkan apa yang akan berlaku kelak seandainya aku.....???


Suspen sedikit.



Tiada kaitan dengan soal mencari jodoh atau yang sewaktu dengannya. Tiada. Walaupun telah menerima lebih daripada lima undangan perkahwinan + pertunangan daripada teman-teman, tetapi setakat ini pintu hati belum dibuka lagi untuk perkara seperti itu.

Jadi, ia tentulah berkaitan dengan CITA-CITA dan MASA DEPAN yang TIDAK PASTI.

Kali kedua mendapat tawaran, tentulah aku tidak mahu gagal lagi. Walaupun mengerti akan mendapat halangan daripada seseorang, tetapi memikirkan iklim ekonomi negara yang masih lagi pada tahap kurang memberangsangkan, adalah lebih baik aku mengisi masa yang terbuang ini dengan menerima tawaran tersebut.


Masalahnya, dapatkah "seseorang" itu merestui permintaanku kali ini?


Ketika ini, buat masa ini, aku tetap berusaha menjayakan misiku kali ini. Beberapa perancangan telah disusun, agar semuanya berjalan lancar. Tinggal lagi, meletakkan segalanya pada tangan YANG BERADA DI ATAS.

Aku sendiri tidak mahu bayangkan perkara negatif. Apa orang kata, tidak mahu fikir yang bukan-bukan. Mungkin ketika ini adalah lebih baik sekiranya aku sentiasa berdoa agar semuanya berjalan sebagaimana yang dirancang. Insya Allah.

Kini, aku menjadikan sepotong ayat Quran yang berbunyi, "Setiap kesulitan disertai dengan kemudahan" (94: 5-6) sebagai 'azimat' untuk menguatkan semangat dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang.

Walau apapun yang terjadi, semoga ketabahan dan kesabaran sentiasa memayungi hati dan jiwaku.

Buat mak yang sentiasa menyokong perjuangan hidup ini, seinfiniti terima kasih kukalungkan padamu. Tanpamu aku takkan menjadi Ruzaini seperti pada hari ini.


"Jangan bimbang menghadapi segala penderitaan kerana semakin dekat cita-cita tercapai, semakin banyak penderitaannya." - Plato



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya