Transformasi Kehidupan

Entri 'jiwa kacau' untuk siri #2. Layan sahajalah ya?

Laman sosial Facebook (tak tahu mengapa ia menjadi sangat "feymes" sejak akhir2 ni) menjadikan kita semakin dekat dengan kenalan baru dan lama, walaupun hakikatnya kita tetap membisu - hanya jari jemari yang lincah memainkan rentaknya. Walau mereka berada di Greenland sekalipun, selagi ada kemudahan akses internet, selagi itulah kita masih boleh berhubung.

Hal ini kerana kita dapat mengetahui aktiviti seharian mereka setiap hari (bagi yang aktif dan agresif "berFB" la). Dari sebesar-besar hal hinggalah sekecil-kecil perkara, termasuk aktiviti hendak ke pasar malam pun nak juga dihebohkan dalam Facebook. Hebatnya Facebook. Hehehe.

Kalau bab sebesar-besar hal, tentu la berkaitan dengan kerjaya dan kahwin. Untuk lepasan ijazah (termasuklah penggiat tanaman anggur mcm saya...?), tentulah akan diserbu pertanyaan lazim,

"Awak sedang buat apa sekarang ini? Dah kerja ke?"

Buat rakan-rakan yang pernah bertanyakan hal itu kepada saya suatu ketika dahulu, maaf sekiranya saya langsung tak pernah melayan pertanyaan kalian. Ketika itu, bukan kerana mahu menjadi sombong, tetapi saya langsung tak bersedia. Tak bersedia untuk menjawab pertanyaan itu. Saya sedar, saya tidak sebagus dan bernasib baik seperti kalian. Mungkin belum ada rezeki lagi. Walaupun ya, ramai lagi rakan saya di luar sana yang mengalami nasib serupa, tetapi mungkin saya tidak setabah mereka.

Bagi yang telah berkerjaya (walau hanya sekadar guru sandaran atau kerani biasa), kerja bersungguh-sungguh ya kerana ia merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Ada rezeki lebih, belanja la saya ya?(haha tak malunya)=P

Ya, FB juga menyaksikan suatu 'transformasi kehidupan':

* Perubahan pencapaian diri. Kalau dahulu pernah menjadi rakan sekelas atau sekuliah, sering meluangkan masa bersama untuk ber-hu-ha-hu-ha, kini hendak bersua muka pun agak payah. Maklum, masing2 sibuk dengan urusan hidup sendiri. Terutama bagi yang bekerjaya + berkahwin. Ada perancangan hendak membuat reunion, tapi belum tentu semuanya dapat memenuhi undangan tersebut. Percayalah. Sedangkan undangan perkahwinan pun payah hendak dipenuhi, inikan pula reunion. Tetapi rasanya tidak mustahil sekiranya masing2 saling memberi komitmen yang padu untuk menjayakan reunion tersebut.

*Perubahan sikap/penampilan diri. Isu sensitif ini. Mungkin ramai yang tak boleh terima kalau saya ulas panjang-panjang di sini. Pendek kata, "tepuk dada, tanya iman." Seperti kata Nabil,
"lu fikir la sendiri."

* Perubahan status: yang mana ketika memasuki umur 20-an ke atas, pertukaran status telah mula berlaku. Dari membujang akan melangkah ke alam pertunangan, dan seterusnya perkahwinan...

Tentang kahwin...ermm...tahun ini sahaja saya telah menerima banyak undangan perkahwinan menerusi Facebook...undangan daripada rakan lama mahupun rakan baru. Namun, maaf kerana saya tak dapat memenuhi semua undangan tersebut, kerana kebanyakan undangan itu datang dari jauh; P.Pinang, Kelantan, Labuan, Sabah...apapun saya telah pun kirimkan doa buat kalian agar kekal bahagia hingga hujung nyawa. Amin!

Cik Zaini bila lagi?

Err..err...time will tell, okay?

Mungkin benarlah seperti apa yang pernah saya baca,

"setiap hari orang datang dan pergi dari hidup kita."


Tapi rasanya nak tambah sikit,

"...tetapi hanya kenangan yang masih kekal tinggal dalam hati. Takkan pergi sehinggalah jasad bersemadi di dalam tanah."


Sedih? Memang la sedih, tapi inilah hakikat kehidupan. Perubahan akan tetap berlaku. Perubahan itu perlu. Tetapi berubah ke arah kebaikan la. Janganlah sebaliknya pula. Na'uzubillahi min zalik. Doakan yang terbaik sahajalah ya kalian.

Transformasi.

Namun...

saya masih di sini...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya