Pagi @ Library

Hebat tak? Sejak pukul 8 pagi tadi aku sudah berlegar-legar di sekitar kampus padahal kuliah bermula jam 4 petang nanti!

Apa yang cik Rini buat di UM pagi buta begini ya? Selalunya pada waktu ni cik Rini sedang lepak dibiliknya atau berada di dapur membantu ibunya menyediakan sarapan (eewah ayat macam novel la pula!!!)

Hahaha...tak ada apa-apa pun. Sebenarnya ada 'misi rahsia' yang perlu dijalankan pada hari ini...emm moga-moga misi ini berhasil pada hari ini. Yalah, susah payah datang ke UM pada awal pagi semata-mata misi ini sahaja! (Mode: mengantuk -__- zzzz)

Pagi ini, para junior APM batch 2007/2008 sedang berdansa...bukan, sedang menerima ijazah masing-masing. Apa kata orang Indonesia, hari 'Wisuda' (konvokesyen). Apapun sebagai kakak senior yang baik hati (ermm), aku nak ucapkan tahniah dan semoga dapat menempuhi kehidupan di luar yang mencabar selepas ini. ^______^ Semoga saat terindah untukku di DTC akan berulang lagi kelak, Insya Allah.

Mari kita nyanyi lagu 'Graduation (Friends Forever) [lagu oleh Vitamin C]. Sedih woo lagu ni =(
Alamak, tiba2 aku rasa sentimental pulak!


Tatkala kepala bingung memikirkan proposal penyelidikan (untuk subjek Metodologi Penyelidikan Kuantitatif) yang perlu disiapkan saban minggu tu, tiba-tiba ilham untuk novel kedua datang mencurah-curah. Seringkali ilham tu datang sewaktu aku mandi...hahaha! Tak tahu kenapa, sejak dulu lagi, tak kisahlah sama ada novel atau komik, ilham mesti datang masa aku di dalam bilik air. Kalau orang lain suka 'berkaraoke jamban' di dalam bilik air, aku pula menjadikan bilik air sebagai port memikirkan idea/ilham! Nampaknya aku perlu mencatat di dalam buku idea supaya ilham tu tak akan terbang lari dan lenyap dari ingatan.

Huhu...aku mesti rajin untuk semester ni, tapi setiap kali aku membelek buku rujukan penyelidikan (dalam B. Inggeris la) mata aku mesti 'blurr'. Adui, mengapa ya aku tak dapat 'enjoy' membaca buku rujukan sebagaimana novel? Agaknya kalau ada serbuk perasa untuk buku rujukan yang penuh teori tu, tentu aku akan membelinya 10 kotak! Tapi tak mengapa, walau apa yang terjadi, aku perlu menempuhi semua ini dengan hati yang tabah. Aku tak mahu menghampakan hati insan-insan yang telah memberi sokongan dari belakang!

Demi ilmu, aku sanggup merentasi lautan api!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya