Ramadan 1431 Hijrah



Assalamualaikum w.b.t...

Aku rasa wall post di FB rakan2ku meriah dengan wish 'selamat berpuasa', 'salam ramadan' dan yang sama waktu dengannya. Apapun moga2 semuanya benar-benar berpuasa la ya (bukan sekadar tak makan dan minum pada siang hari sahaja, hehehe).

Tadi Aajaan Razak (pensyarah Pengajian Malaysia di Universiti Walailak yg saya kenali) beritahu umat Islam di Thailand akan mula berpuasa esok (12/8), sedangkan umat Islam di Malaysia sudah bermula hari ni. Siap suruh aku pergi ke sana supaya dapat join mereka yang masih makan tengah hari tadi. Hahahaha! Itu taktik nak ponteng puasalah tu, Aajaan...Apa pun selamat berpuasa buat kalian. Jangan lupa solat terawih malam ni. =P

Kadang2 aku ada terfikir, teringin nak merasai suasana berpuasa di tempat lain, selain Malaysia. Tak kisahlah di Thailand, Indonesia, atau di Timur Tengah. Sesekali bertukar angin, bagus juga. Yalah, mahu tahu juga aktiviti umat Islam di sana sewaktu menyambut ketibaan Ramadan. Semalam, tengok di Buletin Utama TV3, org Islam di Jakarta melawat kubur keluarga dan sanak saudara pada petang sebelum 1 Ramadan. Padahal org Islam di Malaysia melawat kubur sewaktu pagi 1 Syawal. Thailand? Aku tak tahu lagi bagaimana suasana di sana. Nah, dah rasa macam nak buat research pula. Hehehe...

Tak ada apa pun nak cerita di sini, yalah nanti 'termengumpat' dah kurang pahala puasa. Jadi, ku harap moga2 segala amal ibadah kita semua pada bulan Ramadan ni akan diterima Allah SWT. Itu yang paling penting.

Selamat berpuasa buat semua umat Islam sedunia! ^___^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya